KENAPA MAKAN VITAMIN TAPI TAK BERKESAN PUN?

Hari ini, saya nak kongsi dengan semua apakah faktor-faktor yang menyebabkan vitamin yang kita ambil tidak berkesan. Adakah kita salah ambil vitamin? atau adakah vitamin yang diambil tidak sesuai dengan kita?

Untuk menjawab semua persoalan ini, jom kita semak checklist di bawah:

1. Tak suka minum air masak
Ramai yang mengalami masalah untuk minum air masak. Alasannya ialah  air masak tak sedap, air masak tak ada perisa dan macam-macam lagi. Memang ramai antara kita yang abaikan pengambilan air masak sekurang-kurangnya 2liter sehari. Sebabnya, tak tahan nak kena masuk toilet sebab nak lepaskan hajat kecik.

Kita disarankan minum air masak dalam kuantiti yang banyak lebih-lebih lagi apabila mengambil vitamin untuk membolehkan penyerapan vitamin berlaku dengan baik dan khasiat makanan dapat diagihkan dengan baik ke seluruh badan.

2. Makan semua vitamin dengan banyak sekali gus dalam satu masa
Hah, yang ni pun ramai yang suka amalkan, lebih-lebih lagi semasa nak tidur. Untuk pengetahuan sahabat semua, tak boleh ye nak campurkan semua vitamin sekali gus dalam satu masa. Sebabnya ia hanya akan meningkatkan tekanan darah kita pada masa-masa tertentu dan selepas itu, kita kurang minum air, sedangkan air penting untuk penyerapan vitamin dan pengaliran darah.

Cuba agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian masa. Hal ini juga dapat mengurangkan bebanan pada buah pinggang kita. Sekurang-kurangnya jarakkan dalam masa 3-4 jam untuk sesuatu vitamin. Contohnya pukul 7 pagi kita ambil vitamin B kompleks dan pukul 10 pula kita ambil Vitamin E. Kalau takut terlupa, cuba setkan kat alarm handphone^^

3. Jangan ambil vitamin bersama dengan ubat
Elakkan ambil ubat secara serentak dengan vitamin. Yang ni khusus untuk sahabat-sahabat yang sentiasa dalam pemantauan doktor. Pengambilan ubat dan vitamin secara serentak akan menyebabkan darah kita bercelaru nak pilih vitamin atau ubat. Kesannya vitamin yang kita ambil dibazirkan begitu sahaja.

Untuk atasi masalah ini, cuba sediakan jadual makan. Jika kita kena ambil ubat pada waktu pagi, pastikan kita makan vitamin pada waktu malam. Jika jadual makan untuk ubat dan vitamin pada masa yang sama, cuba jarakkan dalam selang masa 3-4 jam untuk satu-satu ubat dan vitamin.

VS

4. Kurangkan pengambilan kafein dalam diet harian
Contoh makanan yang ada kafein ni adalah kopi, nescafe, teh. Pengambilan kafein yang berterusan menyebabkan vitamin yang kita ambil tidak dapat diserap dengan baik. Sesetengah orang akan bagi alasan, saya tak boleh nak berpisah la dengan air kopi, so, kalau itu la pilihan korang, saya suggestkan lebih baik stop terus pengambilan vitamin!!! Kalau ambil pun, u all just bazirkan sahaja. Kalau alasan tak boleh nak berpisah dengan kopi, itu semua adalah  mindset u all. U are what u think!

PANTANG LARANG MAKAN VITAMIN

Nak makan vitamin, jangan main hentam sahaja. Sebaiknya buat kajian terlebih dahulu. Apakah kandungannya? Halal ke Haram? Apakah kebaikannya? Ada pantang larang ke tak?

Ok, kat sini saya nak kongsi serba sedikit pantang larang yang ada.

Pengambilan vitamin yang mengandungi zat besi atau iron, contohnya kalau dalam produk Shaklee ialah Vitalea. Zat besi tak boleh diambil bersama dengan sumber makanan yang mengandungi kalsium. Contohnya seperti susu, keju, ostematrik, pil kalsium. Sebabnya? Ini semua akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri.

Zat besi ini harus diambil bersama dengan vitamin C kerana vitamin C ini membantu penyerapan zat besi yang lebih optimum.

Mengikut pengetahuan saya, pesakit-pesakit dan keadaan seperti berikut TIDAK BOLEH mengambil vitamin dan supplement seperti yang dinyatakan iaitu pesakit SLE atau lupus tidak boleh ambil Alfalfa dan pesakit talasemia tidak boleh ambil Vitalea.

Untuk ibu mengandung pula, Vitamin E, Alfalfa, GLA, Vivix, Cinch, Carotamax, Lecithin, Nutriferon (tidak boleh diambil kecuali dengan saranan doktor). Vitamin yang tinggi antioksidan tidak digalakkan sama sekali diambil di awal kandungan dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.

Untuk ibu menyusu pula tidak boleh ambil Cinch (disarankan diganti dgn ESP kerana kandungan kalori yg rendah dalam cinch tidak mencukupi utk keperluan kalori ibu menyusu) dan juga tidak boleh ambil Vivix.

Kat bawah in, saya nak kongsi serba sedikit info atau tips istimewa untuk ibu menyusu. Tips ini saya dapat daripada nurse yang bertanggungjawab untuk menggalakkan ibu terus menyusukan bayi selepas dilahirkan.

Apa yang penting ialah niat. Utamakan niat kita. Contohnya, niat kita nak susukan bayi secara ekslusif selama 6 bulan dan seterusnya berjaya menyusu sampai bayi berumur 2 tahu dan selepas itu, barulah kita teruskan dengan memilih vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Apa penting, sediakan jadual pemakanan. Nampak lecehkan tapi sangat berguna^^


0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.