10 Tip Cantik Luar Dan Dalam

Biasanya, solekan dijadikan penyelamat hari anda untuk menyembunyi masalah kulit letih. Maskara, pemerah pipi dan concealer dikatakan barang mesti ada di dalam tas tangan. Namun, kami ada rahsia bagaimana mahu menjadikan wajah segar tanpa bantuan solekan. Semuanya bermula dari dalam.

1. Bangun awal pagi
Bangun awal pagi untuk melakukan aktiviti sebenarnya boleh membantu. Senaman pagi membantu menguatkan organ anda, tulang dan otot anda setelah sekian lama 'tidur'. Bersenam akan menghantar isyarat ke otak di mana ia akan membantu mengepam darah dengan baik, membantu menjadikan kulit anda sihat, bertenanga dan wajah berseri-seri.

2. Pilih warna cerah
Warna hitam tidak membantu anda tampil berwajah segar sebaliknya memberi ilusi wajah muram manakala warna putih pula menjadikan wajah anda kusam. Maka, pilih warna lembut seperti merah jambu, jingga dan biru lembut untuk menaikkan tona wajah dan wajah lebih sihat.

3.Guna air ais
Membasuh wajah dengan air sejuk membantu 'mengejutkan' kulit anda yang letih. Orang dulu-dulu menggunakan air kaki bukit yang sejuk untuk membasuh muka. Disebabkan itu kulit wajah mereka kekal anjal dan muda. Untuk elak mata bengkak tanpa solek, gunakan belakang sudu yang telah dimasukkan ke dalam peti ais.

4. Aksesori: anting-anting
Untuk mengelakkan diri terlalu polos tanpa sebarang perhiasan wanita, anting-anting adalah aksesori sesuai untuk menampilkan rupa cantik semulajadi. Pilih anting-anting yang boleh memberi reflek pada kulit dan mata seperti anting-anting dari batu permata yang berwarna emerald, turquoise atau amethyst.

5. Minum banyak air kosong
Bayangkan jika pokok tanpa air, pastinya ia akan menjadi pokok yang layu! Begitu juga dengan manusia. Tanpa air, kulit akan kering dan cepat kusam. Sediakan botol air yang besar di atas meja anda setiap hari untuk menghidrasi organ dalaman serta otak untuk menjadikan anda lebih segar.

6. Elak guna elektronik waktu malam
Menurut kajian dari Lighting Research Center di Rensselaer Polytechnic Institute, sesiapa yang banyak menghabiskan masa sehingga dua jam menggunakan peralatan elektronik seperti tablet, iPad atau phablet akan memberi kesan terhadap tahap melatonin yang menyebabkan anda sukar untuk tidur dan berehat.

7. Latihan 20/20/20 setiap hari
Jika anda bekerja dengan komputer setiap hari, cuba ikuti latihan 20/20/20 di mana kaedah ini membantu mengurangkan mata penat dan kemerahan. Ambil 20 saat utnuk melihat sesuatu setinggi 20 kaki setiap 20 minit.

8. Makan atau hidu buah sitrus
Makanan manis dan makanan berasaskan tepung akan membuatkan anda mengantuk pada waktu pagi. Pilih buah sitrus seperti oren, lemon atau limau gedang sementelah buah ini mengandungi kandungan vitamin C yang boleh membantu meningkatkan tenaga dan kesegaran. Jika anda bukan penggemar buah sitrus, menghidu bauan sitrus juga boleh membantu membangkitkan hari anda.

9. Pakai cermin mata hitam
Sepasang cermin mata hitam membantu menyembunyikan wajah bengkak seperti baru bangun tidur, mata kemerahan, berair dan pedih apabila terkena pancaran matahari. Bukan saja membantu menyembunyi mata anda tetapi memberi anda rupa yang kemas dan sedap dipandang.

10. Cubit pipi
Untuk tampak lebih semulajadi, tip mencubit kedua-dua belah pipi membantu anda mempunyai pipi yang kemerahan semulajadi tanpa sebarang solekan. Mencubit bukan bermakna anda perlu mencubit sekuat-kuatnya tetapi tip ini membantu anda yang tidak gemar menggunakan pemerah pipi.

Ramai yang kurang tahu bahawa kecantikan luaran bermula dari kecantikan dalaman. Elak mengharapkan solekan sebagai penyelamat masalah kulit anda sedangkan tip di atas boleh membantu anda lebih sihat dan cantik semulajadi.

Source: Seri Dewi & Keluarga


0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.