Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee : 1001 Khasiat Untuk Semua

Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee mengandungi 1001 khasiat untuk semua. ESP ialah produk Shaklee yang mendapat pengiktirafan seluruh dunia kerana menjalani kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan dalam Energizing Soy Protein  mengandungi "non-GMO" (tidak diubahsuai secara genetik) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Tambahan pula, setiap 1kg ESP dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten. Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee ini juga mengandungi 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Selain itu, ESP ini juga kaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. ESP ini sesuai untuk mak, ayah, adik, kakak, abang. Boleh dikatakan ESP ni sesuai untuk semua peringkat umur dari tua sampai ke muda. ESP ini jugak sesuai untuk siapa-siapa yang ada diabetes sebab kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39.


Apa itu Glysemic Indexs (G.I)?
Karbohidrat boleh diklasifikasikan berdasarkan bagaimana tubuh manusia
bertindakbalas kepadanya. Kadar penyerapan karbohidrat dan kepantasannya menjadi glukosa dalam darah dikira sebagai satu indeks atau petunjuk. Indeks ini dipanggil Indeks Glisemik (G.I) atau Glysemic Indexs. GI menunjukkan kedudukan makanan dalam skala 0 hingga 100 mengikut paras sesuatu makanan itu menaikkan paras gula dalam darah selepas ia di makan. 

Makanan yang cepat dihadamkan dan ditukar menjadi glukosa dalam darah dipanggil GI Tinggi (high glycemic index) dengan nilai GI lebih daripada 70. Manakala makanan yang lebih lambat menjadi glukosa pula dipanggil GI Rendah (low glycemic index) dengan nilai GI kurang daripada 55. Nilai GI diantara 56 hingga 69 pula dipanggil GI Sederhana (Medium glycemic index) Makanan yang tinggi nilai GI nya menyebabkan kenaikan paras glukosa dalam darah dengan cepat. Sebaliknya , makanan yang rendah nilai GI nya menaikkan paras glukosa dalam darah secara beransur-ansur.

ESP Shaklee ini sangat tinggi kandungan protein iaitu untuk satu hidangan Shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda lebih daripada susu. ESP juga rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia. ESP ini juga menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar.

ESP Shaklee dengan GI yang rendah memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukosa ke dalam sistem badan kita. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting untuk pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangka masa yang panjang.


KENAPA ESP HOT PRODUK, KENAPA CUSTOMER SELALU REPEAT ORDER ESP! ESP UNTUK SEMUA!!

Berikut adalah 1001 khasiat ESP kepada kita semua:

Awet Muda atau Kekal Muda:
Asid amino yang tinggi dalam ESP dapat membantu membina otot, rambut, darah, kuku, kulit, organ, kelenjar. Jadi, ESP adalah kunci untuk kekal muda dan juga mengekalkan tenaga sepanjang hari.

Baik Untuk Hormon:
Kacang soya sangat kaya dengan isoflavones iaitu fungsinya yang sama dengan hormon wanita. Kajian
menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid. Membantu menurunkan kolestrol, mengelak osteoporosis dan risiko sakit jantung.

Baik Untuk Prostat Lelaki:
Elemen genistein dalam soya telah terbukti dapat menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser dari merebak. Ia bertindak memusnahkan segala radikal bebas di dalam sel-sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Selain dari itu, ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, kitaran haid dan prostat.

Kulit Tegang dan Berseri:
ESP membantu merangsang pertumbuhan kulit dan otot baru dan mengurangkan kedutan, bertindak sebagai anti-penuaan, memberikan kesan kulit berseri dan otot menjadi lembut, sekaligus proses pemulihan luka menjadi lebih cepat dan parut luka turut hilang. Kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri. Selain itu, membantu hilangkan parut jerawat di muka juga.

Pembekal Tenaga Segera:
Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih.dan juga meningkatkan sistem imum juga. Jadi, ia dapat menangani masalah migrain, imsomnia dan juga stress. ESP juga akan menyebabkan cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan.

Meningkatkan Memori:
Ingatan menjadi lebih kuat, menjadi semakin cergas, keupayaan seksual diperbaiki dan lain-lain lagi.

Memulihkan Pigmentasi:
Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, masalah kedutan dan juga masalah kesan penuaan. 

Meningkatkan Susu Ibu:
Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu lebih cepat dan banyak. Selain itu, ESP juga membantu menghasilkan susu yang lebih pekat dan berkrim menjadikan bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam.

Menangani Masalah Kesuburan:
Untuk yang alami masalah kesuburan, ESP bantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat dan sempurna sekaligus menaikkan tahap kesuburan dan meningkatkan peluang untuk hamil.


Membantu Perkembangan Fetus:
Membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu mengandung di tahap optimum.

Semakin hari semakin ramai yang mengalami kesan positif dengan ESP. Kesan positif seperti susu badan bertambah, alahan semakin berkurang juga dirasai oleh penggemar ESP. Jika teragak-agak mahu mulakan rutin pengambilan makanan tambahan, ESP adalah pilihan terbaik untuk memulakannya.


Tak rugi rasanya jika mengeluarkan sedikit pelaburan untuk kesihatan dan kecergasan badan yang berpanjangan. Bukankah 'prevention is better than cure'.  


0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.