makan durian saat hamil : selamat atau tidak?

Adakah selamat untuk saya makan durian ketika hamil?
Ya, dalam jumlah sederhana. Ini kerana, durian mempunyai kandungan gula dan karbohidrat yang tinggi. Dua ulas durian bersaiz sederhana mengandungi 60 kalori. Durian dianggap sebagai makanan yang mempunyai glisemik tinggi, oleh itu lebih baik jika anda mengehadkan pengambilan durian semasa hamil.


Siapakah yang perlu mengelak makan durian?
Wanita hamil yang menghidap kencing manis (diabetes gestasi) perlu mengelak daripada memakan durian kerana kandungan gulanya yang tinggi.


Seorang ibu bertanya : Saya suka makan durian tetapi sekarang saya sedang mengandung? Saya teringin sangat untuk memakannya tetapi saya takut kerana menurut pandangan jiran-jiran dan keluarga, anak dalam kandungan akan kepanasan jika ibunya memakan durian. Betul ke?


Jawapannya : Tidak betul durian boleh menyebabkan anak dalam kandungan kepanasan. Ibu mengandung tidak dilarang memakan durian asalkan jangan berlebih-lebihan. Tetapi jika ibu mengandung mengalami diabetes, perlu mengelak daripada memakan durian.


Beberapa kajian yang dilakukan menunjukkan manfaat organo-sulfur dan triptofan dalam durian. Bahan-bahan tersebut mempunyai kesan antioksidan. Ia juga mempunyai unsur-unsur anti-mikrobial, anti-bakteria dan anti-fungus yang bermanfaat bagi wanita hamil.

Sesetengah komuniti di Asia masih mengekalkan pantang larang tidak makan durian semasa kehamilan. Sebagai contoh, pendekatan tradisioanl Cina untuk kesihatan, durian dianggap terlalu "panas" untuk dimakan semasa kehamilan. Oleh sebab itu, kebanyakan komuniti Cina di Asia Tenggara menasihatkan bakal-bakal ibu untuk tidak makan raja buah ini. Begitu juga dengan sesetengah komuniti masyarakat melayu kita juga mengamalkan pantang larang tidak memakan durian semasa hamil berikutan "panas" kepada ibu dan juga anak dalam kandungan.

Walau bagaimanapun, tidak ada kajian yang dilakukan mengenai samada durian selamat dimakan semasa hamil. Pada masa yang sama, kaedah sains moden belum membuktikan sebarang sebab yang boleh dipercayai bahawa ianya tidak selamat. Tidak ada sebab untuk memutuskan bahawa memakan durian semasa hamil boleh menyebabkan tekanan kepada si ibu atau ruam lampin kepada bayi yang baru lahir, seperti mana yang digembar-gemburkan oleh masyarakat tradisional.


Walaupun tiada kajian spesifik tetapi doktor tidak menggalakkan wanita hamil untuk makan durian dalam kuantiti yang banyak.


Kredit: http://www.babycenter.com.my



Kredit: http://www.babycenter.com.my
Kredit: http://www.babycenter.com.my

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.