Makanan Dilarang Ketika Menyusui Bayi

Bismillah.

Bayi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu terutamanya dalam 6 bulan pertama kelahiran. Jadi, apa yang dimakan oleh ibu akan disalurkan terus kepada bayi ketika menyusu dan hal ini akan memberikan kesan kepada bayi.


Oleh itu, ibu-ibu yang menyusukan bayi perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang untuk memastikan bayi mendapat khasiat yang secukupnya.


Sering kali kita dengar bayi mengalami masalah kesihatan seperti sakit perut, susah untuk tidur dan para ibu tidak perlu berasa hairan kerana itu semua berpunca daripada gaya pemakanan ibu sendiri.


Ibu yang menyusu khususnya perlu membuat diari makanan iaitu catat apa yang dimakan dan kesannya kepada bayi. Dengan itu, anda sendiri akan dapat lihat dan alami sendiri perubahannya.


Berikut dinyatakan makanan yang perlu dielakkan oleh ibu yang menyusu.


1. Buahan-buahan sitrus

Apakah yang dimaksudkan dengan buah-buahan sitrus? Buah-buahan sitrus ialah buah-buahan yang mengandungi asid yang tinggi seperti lemon, oren dan limau. Buah-buahan ini boleh mengganggu sistem gastro-usus dan salur penghadaman bayi yang belum matang. Bayi yang sensitif terhadap buah-buahan ini akan mengalami ruam lampin.

2. Makanan laut dengan kandungan merkuri yang tinggi

Tahap merkuri yang tinggi dalam makanan laut seperti ikan yu, ikan todak, ikan tenggiri boleh menjejaskan sistem otak dan saraf. Ibu-ibu mestilah bijak memilih makanan laut untuk menu harian. Contoh makanan laut yang rendah kandungan merkuri ialah udang, salmon, tuna dalam tin dan ikan air tawar.



3. Makanan yang membawa kepada alahan

Makanan ini bergantung kepada sistem imuniti bayi. Kadang-kadang makanan yang membawa alahan kepada ibu juga memberi kesan kepada bayi. Antara kesan alahan ialah sakit perut, gangguan tidur, gatal-gatal, ruam dan ekzema.

4. Minuman beralkohol

Minuman ini bukan sahaja diharamkan dalam Islam, malah memberkan kesan yang buruk kepada ibu dan juga bayi.

5. Caffein

Untuk ibu-ibu yang menggemarkan caffein, digalakkan untuk stop seketika pengambilan minuman bercaffein ini. Contoh minuman bercaffein ialah kopi, teh, nescafe, minuman ringan, minuman bertenaga. Minuman bercaffein ini akan dirembeskan ke dalam susu ibu dan menyebabkan bayi mengalami masalah gangguan tidur.

Untuk ibu yang menyusu, elakkan lah mengambil 5 jenis kumpulan makanan tersebut dan banyakkan minum air kosong.


0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.