Vitamin B Complex : Apakah kegunaannya?

Kesibukan bekerja pada masa kini menggalakkan budaya pemakanan yang kurang sihat atau tidak lengkap di kalangan masyarakat kita. Akibatnya, ramai yang mula mengambil makanan tambahan atau suplemen untuk memperbaiki kekurangan vitamin atau mineral dalam makanan seharian mereka. Ramai orang memandang sebelah mata kepentingan suplemen. Ada yang tersenyum sinis bila ada yang mengesyorkannya.

Zaman sekarang sekiranya kita tidak lagi mengambil suplemen ibarat kita hidup tanpa internet dan smartphone. Pada zaman serba canggih ni memang kita perlukan suplemen. Suplemen ini termasuklah vitamin A, B Complex, C, D dan E. Antara paling asas yang perlu di ambil setiap hari adalah B Complex. B Complex adalah keluarga vitamin larut air yang perlu dan terdiri daripada tiamin (B1), riboflavin (B2), niacin (B3), Pantothenic acid (B5), pyridoxine (B6),biotin, folic acid dan cobalamin (B12).

Di bawah senarai kepentingan Vitamin B Complex:

  • B1 (Thiamin) - 'The Moral Vitamin' penting untuk sistem saraf dan mood.
  • B2 (Riboflavin) - Penting untuk menukarkan makanan kepada tenaga.
  • B3 (Niacin) - Penting untuk sistem saraf dan membantu menurunkan paras kolestrol.
  • B5 (Pantothenic acid) - penting untuk membekalkan tenaga dan meningkatkan fungsi sistem imun.
  • B6 (Pyridoxine) - 'Woman Vitamin' penting untuk sistem peranakan wanita, meningkatkan tenaga dan sistem saraf.
  • B12 (Cobalamin) - penting untuk pertumbuhan, pembentukkan sel darah merah dan sistem saraf.
  • Biotin - penting untuk mencegah uban pramatang, rambut gugur dan kulit yang sihat.
  • Folic Acid - penting pembentukkan sel darah, DNA dan fungsi saraf.
Apakah manfaat dari vitamin B1, B6 dan B12 ?


Vitamin B1

Sumber : beras merah, kuning telur, ikan, kacang dan gandum

Manfaatnya :

  • melancarkan metabolisme
  • melancarkan peredaran darah
  • mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
  • mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
  • memulihkan gangguan saraf 

Vitamin B6
Sumber : daging, hati, ginjal, ikan, kacang dan beras tumbuk
Manfaatnya :
  • memlancarkan metabolisme
  • meningkatkan kekebalan tubuh
  • menjaga keseimbangan garam-garam mineral
  • membantu sintetis RNA dan DNA

Vitamin B12
Sumber : hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput laut
Manfaatnya :
  • mencegah kerosakan urat saraf
  • membantu pembentukan sel darah merah
  • melancarkan metabolisme sistem tubuh
  • mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEKS

1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.

2. Mengelakkan penyakit beri-beri.

3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.

4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.

5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.

6. Mencegah stress.

7. Menguatkan antibodi tubuh.

8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.

9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.

10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.

11. Mencegah anemia.

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK

1. Merangsang pertumbuhan.

2. Meningkatkan kemampuan berfikir.

3. Memberikan tambahan tenaga.

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA

1. Menambah tenaga.

2. Mengurangkan stress.

3. Melambatkan proses uban di rambut.

4. Membantu meningkatkan konsentrasi.

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG

1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.

2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).

Secara semulajadi, vitamin B1 boleh ditemui di dalam bijirin, roti, daging merah, kuning telur, sayuran berdaun hijau, kekacang, jagung manis, beras perang, buah-buahan beri dan ragi.

Vitamin B2 pula boleh ditemui dalam produk bijirin penuh, susu, daging, telur, keju dan kacang pea.

Vitamin B3 biasanya terdapat pada makanan kaya protein. Ini termasuklah daging, ikan, susu, telur, kekacang dan kacang tanah.

Vitamin B5 terkandung di dalam daging, kekacang dan bijirin penuh.

Vitamin B6 boleh ditemui di dalam pelbagai makanan seperti hati, daging, beras perang, ikan, lepa susu, putik gandum, bijirin dan kacang soya.

Makanan yang secara relatifnya tinggi biotin adalah kuning telur, hati dan sayur-sayuran.

Folic acid mudah didapati daripada ragi, hati, sayuran hijau dan bijirin penuh. 

Vitamin B12 pula boleh diperolehi daripada hati, daging, kuning telur, ayam dan susu.

Kekurangan vitamin B Complex boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.

Selain itu, kekurangan vitamin B Complex juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B Complex akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung.

Saya pilih vitamin B complex Shaklee. Dapatkan vitamin B Complex natural untuk membantu fungsi tubuh kita :)
Lets Keep Our Health To Enjoy Our Wealth!

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.