VITAMIN DILARANG KETIKA HAMIL

Bismillah.

Assalamualaikum semua, sudah lama rasanya tak update apa-apa kat sini. Ok, hari ni saya nak share beberapa jenis supplement yang boleh diambil oleh ibu mengandung dan yang tidak boleh diambil oleh ibu mengandung. Banyak juga kawan-kawan yang baru berkahwin dan merancang untuk terus hamil  bertanyakan hal ini kepada saya. Alfalfa boleh diambil ke ketika hamil? Vitamin E boleh diambil ke tak semasa mengandung? Berdasarkan ilmu yang saya ada dalam bidang pemakanan, saya akan kongsikan kepada anda semua.



Berikut dinyatakan senarai supplement yang perlu dielakkan oleh ibu mengandung:

1. Alfalfa Complex
2. Vitamin E Complex
3.Collagen Powder
4. DTX Complex
5. Herblax
6. Garlic Complex
7.Carotomax
8. Lecithin
9.Nutriferon
10. GLA Complex
11. Vivix
12. Ginger

Alamak! Banyak jugak ye vitamin2 yang ibu mengandung tak boleh ambil. Ok, nanti saya terangkan kenapa ye.


Ini kerana vitamin tersebut bersifat panas. Contohnya Alfalfa Complex, Garlic Complex, Ginger dan Vivix. vitamin E, Carotomax, GLA, Nutriferon pula mempunyai antikoksidan yang tinggi. Hal ini boleh menyebabkan contraction dan bagi effect buruk pada baby serta boleh menyebabkan keguguran pada awal kehamilan.


Walau bagaimanapun, jika anda perlukan juga untuk mengambilnya, anda perlulah terlebih dahulu merujuk serta mendapatkan nasihat daripada doktor. Doktor lebih arif dalam menentukan keperluan setiap tubuh badan anda.




0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.