Kandungan Vivix Shaklee: Ramuan Semula Jadi

Kandungan Vivix Shaklee terdiri daripada ramuan semula jadi. 4 ramuan semula jadi yang terkandung dalam Vivix Shaklee ialah:


1. Muscadine Grape
Anggur hebat ini ialah satu-satunya anggur di alam semula jadi yang mempunyai lebih daripada satu kromosom, yang mana ahli sains ni percaya ianya dapat mengukuhkan profil polyphenolnya dan berpotensi untuk memanfaatkan kesihatan. Kromosom tambahan inilah yang dipercayai dapat membekalkan sejenis nutrient anti penuaan khas. 

Anggur ini berbeza daripada anggur biasa dan menyediakan lebih banyak faedah kesihatan, fungi imun yang lebih tinggi dan sifat antioksidan yang lebih kukuh. Saiz anggur muscadine ini adalah sebesar bola golf. Disebabkan pertumbuhan alam sekitarnya yang unik, cahaya matahari yang kuat, ia mengandungi banyak polyphenol dan resvetrol. Kandungan polyphenol ini adalah 40 kali ganda lebih tinggi daripada red wine yang terbukti dapat memberikan kesihatan yang baik untuk pesakit jantung, menurunkan tahap gula dalam darah dan melambatkan proses penuaan. 

2. Purple Carrot
Sumber terbaik Vitamin A dan mengandungi phytokimia termasuk carotenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumarins dan sesquiterpenes. Ianya juga mengandungi anthocyanins yang merupakan antioksidan yang tinggi.

3. Elderberry
Elderberry adalah tumbuhan lasak tanah lembap yang boleh didapati di sepanjang tepi jalan dan juga sungai di Eropah dan Amerika Utara. Orang dulu-dulu sudah lama menggunakan Elderberry ni dalam perubatan tradisional untuk mengubati asma, sembelit, artritis dan selesema. Elderberry ni adalah antioksidan yang kuat dan dapat melindungi sel daripada kerosakan disebabkan toksin alam sekitar, pemakanan tidak seimbang dan juga stress.

4. Poligonum Cuspidatum
Orang cina dari zaman daulu dah tau khasiat benda alah ni. Ianya melambatkan penuaan, baik untuk keradangan dan banyak lagi. Tapi ianya mabuk kalau kuat makan. Rugi kan? Jadi aoa orang cina ni buat adalah rebus dan mandi wap untuk radang-radang tu dan hancurkan letak kat kepala untuk lambatkan uban keluar.

Shaklee tau bahan ini bagus dan buat kajian. Shaklee ambil inisiatif asingkan ekstrak yang memabukkan tadi dan menjadikan ianya salah satu ramuan semula jadi dalam VIVIX.

Selain anti penuaan yang bagus, Poligonum Cuspidatum ni juga kaya dengan resveratrol yang mana bersifat anti kanser, anti radang dan segala jenis anti la. Ianya menjadi sirap ajaib Shaklee yang satu-satunya mempunyai ekstrak Poligomum Cuspidatum yang boleh dimakan dengan selamat.

Vivix ini mempunyai 1001 khasiat dan kebaikannya


0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.