Kebaikan ESP Shaklee untuk Ibu Mengandung

Bismillah


ESP Shaklee mempunyai banyak kebaikan dan khasiatnya. Hari ini saya nak kongsikan tentang kebaikan ESP Shaklee untuk ibu mengandung. Diet yang penuh dengan sumber protein untuk ibu mengandung adalah sangat penting. Jom kita semak apakah kepentingan proten ini kepada ibu mengandung.

Sumber


1. Protein penting untuk perkembangan otak bayi. Sesetengah ibu mengandung tidak sedar akan kepentingan protein ini kepada kesihatan mereka dan juga bayi. Otak bayi mula berkembang seawal persenyawaan berlaku lagi. Oleh itu, sangat penting untuk ibu terus mementingkan pengambilan protein setelah disahkan hamil. Otak kita terdiri daripada sel dan sel ini pula dihasilkan daripada protein. 

2. Protein juga sangat penting untuk pembentukan otot bayi. Akibat daripada kurang senaman dan pergerakan, ibu mengandung boleh mengalami kekurangan otot. Pengambilan protein yang mencukupi dapat membantu ibu mengurangkan kehilangan otot ini disamping membantu proses kelahiran.

3. Selain daripada vitamin C, protein juga membantu meningkatkan imun badan ibu hamil. Protein juga lebih mudah dicerna oleh ibu dan juga bayi.

Banyak sumber protein yang boleh kita dapati daripada sumber pemakanan harian kita. Antaranya sumber protein yang boleh kita dapati daripada ikan, daging, ayam, kekacang, telur, tempe. Sumber protein ini bagus tapi kadang-kadang cara memasak yang tidak betul dapat memusnahkan protein kerana protein mudah rosak pada suhu yang tinggi. 

Alternatif lain untuk mendapatkan sumber protein yang berkualiti dan bermutu tinggi ialah sumber protein daripada ESP Shaklee. Apakah yang istimewanya dengan ESP Shaklee ini yang membuatkan ESP Shaklee merupakan antara sumber protein yang terbaik di pasaran?

Tidak dinafikan bahawa banyak minuman yang berasaskan soya di pasaran. Namun, apa yang membuatkan soya shaklee ini lain daripada yang lain. Untuk mengetahui kriteria dalam pemilihan soya yang terbaik untuk kita, boleh baca disini. Semoga dengan perkongsian kriteria ini dapat membantu kita membuat pilihan yang terbaik untuk kesihatan kita. 
Untuk lebih info tentang ESP, boleh baca di sini:

Selain daripada itu, kebaikan ESP kepada ibu hamil adalah seperti berikut:

1. Membantu pertumbuhan plasenta, uterus dan penghasilan susu.
2. Memberi tenaga berpanjangan kepada ibu.
3. Memastikan kesihatan ibu di tahap optimum.
4. Membantu perkembangan fetus.
5. Membantu mengatasi masalah loya atau angin kerana dapat memberi rasa kenyang lebih lama.
6. Membantu menjadikan kulit bayi yang bakal dilahirkan halus, cantik dan kurang sensitif.


1 comment... add one now

eellee eellee 23 November 2013 4:12 PTG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.