Prenatal Vitamin : penting kepada ibu hamil

Bismillah

Ibu mengandung sangat-sangat digalakkan untuk mengambil prenatal vitamin Shaklee supaya ibu kekal HOT!. Hal ini sangat penting kepada ibu hamil kerana:

1. dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil
2. mengurangkan kelahiran pra-matang dan kekurangan berat ketika lahir
3. membantu  ibu kekal sihat
4. memberi kekuatan kepada ibu sepanjang tempoh kehamilan
5. mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu mengalami loya, muntah dan tak selera makan di awal kehamilan

Apa-apa pun mengambil makanan berkhasiat
dan seimbang adalah perkara utama. Jangan pula kita telan vitamin, pastu duk telan makan merapu selama 9 bulan 10 hari tu.

Kat sini saya nak kongsi vitamin yang perlu diambil sepanjang kehamilan :)

1. Iron
Penting untuk pembentukan sel darah merah (hemoglobin) yang membawa oksigen ke seluruh badan. Makanan seperti ikan, daging, merah dan hati pula mengurangkan penyerapan iron dalam tubuh. Begitu juga dengan kalsium seperti susu, keju dan produk tenusu lainnya. Ambil supplement iron sejam sebelum atau 2 jam selepas jika makan makanan tersebut.

2. Folic Acid
penting untuk perkembangan fizikal dan saraf bayi di awal kehamilan. Folic acid ini boleh diamalkan dari sebelum mengandung lagi.

3. Kalsium
Penting untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi ibu. Ibu mengandung cenderung untuk sakit pinggang dan kejang kaki jika kekurangan kalsium. Ibu mengandung perlukan 1000mg kalsium sehari.

4. Omega 3
Penting untuk perkembangan otak, sistem saraf dan penglihatan yang baik. Ikan adalah sumber terbaik omega terutamanya ikan salmon. Tapi hati-hati, ada ikan yang diracuni merkuri akibat pencemaran laut.

Selain mengamalkan pemakanan yang seimbang, ibu hamil juga boleh mengambil alternatif dengan mengamalkan pengambilan makanan tambahan seperti Vitamin Ibu Hamil Shaklee supaya ibu tetap kekal HOT!

1. Vitalea
Multivitamin dengan iron, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yang disarankan oleh RDA.

2. Bcomplex
Lengkap dengan 8 keluarga B termasuk folic acid.

3. Ostematrix
Tablet kalsium dengan magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Supplement kalsium perlu datang dengan pakej lengkap tersebut untuk mengelakkan endapan sesetengah mineral.
*Magnesium dalam Ostematrix juga membantu melembutkan najis, jadi mengurangkan risiko sembelit pada ibu hamil.

4. Omega Guard
Sumber Omega 3 terbaik dari minyak ikan tulen. Mula diambil oleh ibu hamil apabila kandungan mencecah trimester kedua (bulan ke 4 kehamilan).

Boleh juga add on:
1. Vitamin C
2. ESP

Supplement yang TAK digalakkan untuk ibu hamil ialah:

1. Alfalfa
Merupakan sejenis herba, ditakuti boleh menyebabkan berlaku early contraction atau terberanak awal tetapi untuk ibu yang tandem nursing semasa hamil, alfalfa adalah selamat.

2. Vitamin A
Vitamin A ni penting untuk ketahanan tubuh, penglihatan dan perkembangan fizikal tetapi pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan kecacatan. Ambil kurang daripada 5000 IU sehari.

3. Vitamin E
sama seperti vitamin A, walaupun vitamin E dapat menguatkan sistem rahim (bagus untuk ibu hamil) tapi pengambilannya perlu dikawal. Dapatkan nasihat doktor sebelum kita mengambil vitamin E semasa hamil.

Apapun, pengambilan prenatal vitamin sangat penting untuk ibu hamil tetapi ia bukan jaminan tiada sebarang risiko pada kehamilan. Kita berbalik kepada kuasa Yang Maha Esa, kita hanya berusaha. Analoginya seperti memandu kereta dan pakai seat belt, bukan jaminan untuk kita tidak accident tapi kalau berlaku pun mungkin kesannya tak seteruk orang yang tak pakai seat belt kan? Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sebarang pembetulan atau penambahbaikan adalah dialu-alukan.

Terima Kasih.

Rujukan:
1.vitaminsemulajadi.com
2. drzubaidi.com


Prenatal Vitamin : penting kepada ibu hamil

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.