Set Kesuburan Shaklee: Usaha Untuk Cepat Hamil

Bismillah

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti ingin mempunyai anak sendiri. Anak adalah anugerah Allah yang tidak terhingga nilainya. Apabila sudah bertahun-tahun berkahwin, Allah masih menduga dengan tiada zuriat. Jangan putus asa, kita disarankan berusaha selagi kita mampu. Salah satu usaha untuk hamil ialah dengan Set Kesuburan Shaklee.


Kenapa Set Kesuburan Shaklee?

  • Set ini memperbaiki kebolehan seksual lelaki
  • Menyeimbangkan hormon bagi wanita.
  • Memberi kesihatan kepada sistem reproduktif. Ini sangat penting untuk pembentukan janin ketika hamil.
  • Meningkatkan bilangan sperma.
  • Memanjangkan jangka hayat sperma apabila dilepaskan.
  • Meningkatkan motiliti sperma dan halang sperma dari bergumpal.
  • Tambahkan hormon estrogen bagi isteri dan testosterone bagi suami.
  • Kehidupan di atas katil lebih hangat dan mesra.

Pakar Oncology Malaysia, Dr Hamid Arshad juga menyarankan pengambilan multivitamin selama 3 hingga 6 bulan untuk meningkatkan tahap kesuburan dan menampakkan kesannya. Juga perlu mengawal emosi agar tenang dan tidak tergopoh-gopoh.
Banyak sebenarnya punca yang boleh menyebabkan ketidaksuburan ini. Setiap orang berbeza masalahnya. 

Punca Lelaki Tidak Subur
  • Testis yang tidak normal
  • Gangguan hormon
  • Teknik Hubungan Seks yang kurang berkesan
  • Faktor psikologi
  • Jangkitan atau kecederaan pada testis
  • Terlalu gemuk.

Punca Wanita Tidak Subur
  • Kekurangan ovulasi.
  • Berat badan 
  • Usia yang lanjut
  • Masalah Tiub Fallopio
  • Masalah lain : Fibroid, Tumor dan masalah Serviks,
Apa yang penting untuk kita ialah sentiasa mengingati Allah. Kita perlukan kekuatan dan keyakinan yang tinggi terhadap Allah. Jangan pernah mengenal erti putus asa. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Apa yang ada dalam Set Kesuburan Shaklee?
Sek kesuburan Shaklee mengandungi set asas yang terdiri daripada vitalea, bcomplex dan juga vitamin C.
Vitalea
  • Mengandungi 28 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan seorang yang dewasa. Pengambilan vitalea dapat membekalkan dan menyeimbangkan keperluan nutrisi dalam badan dan seterusnya meningkatkan kesihatan secara menyeluruh. Jadi, suami dan isteri perlu melengkapkan kesihatan diri dengan mengambil multivitamin ini.

Bcomplex
  • Vitamin B ini bersifat anti stress. Hal ini penting untuk suami isteri dapat menikmati mata "bersama". Bagi suami, Bcomplex penting untuk menjana tenaga. Bagi isteri, Bcomplex penting untuk merancang kehamilan. Lengkap dengan vitamin B6, B12 dan asid folik. Pengambilan asid folik bersama dengan vitamin B amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia dan juga boleh menyebabkab masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neutral (pembentukan tulang belakang yang tidak sempurna).
Vitamin C
  • Bersifat sustained release di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama  dalam tubuh badan. Vitamin C mengandungi antioksidan yang tinggi di mana ia dapat menghalang sperma daripada bergumpal dan menjaga kualiti sperma. Sperma yang tidak sihat dan tidak tangkas akan ada masalah untuk bersenyawa dengan ovum. 

Vitamin E


  • Terkenal sebagai "vitamin cinta". Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian, kualiti sperma & menyuburkan organ reproduksi . Juga dapat menambahkan bilangan sperma. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki. 
Zinc Complex
  • Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose Nucleid Acid). Secara keseluruhannya, zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat. 

GLA
  • Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan "cecair kesuburan" atau pun cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi). Selain itu, GLA juga berfungsi untuk menyeimbangkan hormon bagi memberi pusingan period yang tetap dan juga kurangkan kesakitan ketika datang bulan. Jika ada cyst, GLA ini juga dapat membantu untuk mengecutkannya. 
Alfalfa Complex
  • Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.Ini paling penting untuk isteri. 
Set Kesuburan Shaklee ini mampu memberi harapan kepada pasangan yang menginginkan cahaya mata.

Alhamdulillah, bertahun-tahun lamanya menantikan cahaya mata sendiri, akhirnya customer-customer ni berjaya juga hamil. Jom kite tengok testimonial Set Kesuburan Shaklee ni. Kita merancang, Allah yang menentukan. Tak salah berusaha kan?









0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.