Diabetes Semasa Hamil: Cara Mencegahnya

Diabetes Semasa Hamil
Diabetes Semasa Hamil atau dikenali juga sebagai Diabetes Gestasi. Kencing manis ini berlaku semasa proses kehamilan walaupun pada sebelum ini ibu-ibu tidak menghadapi masalah kencing manis ini. Lebih kurang 2-14% daripada ibu hamil menghadapi masalah kencing manis ini.

Diabetes terjadi apabila badan tidak dapat menghasilkan insulin (hormone yang dihasilkan oleh pankreas) secukupnya. Insulin berfungsi untuk mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.
Semasa kehamilan, badan akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi. Jika badan tidak dapat menyediakan insulin tambahan maka badan akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah dan akan menyebabkan diabetes gestasi.
Ibu hamil yang menghidap kencing manis ini akan pulih selepas melahirkan.
Ibu yang Berisiko Diabetes Ketika Hamil
  •  Ibu yang mempunyai sejarah keluarga terdekat yang mempunyai kencing manis. Misalnya ibu atau bapa yang menghidap kencing manis.
  • Ibu yang obes atau mempunyai berat badan melebihi 80kg
  • Ibu-ibu dengan sejarah komplikasi terdahulu seperti kematian bayi didalam rahim, keguguran berulangkali atau mempunyai bayi dengan cacat kongenital
  • Ibu-ibu yang sering mendapat jangkitan kuman di dalam air kencing, atau sering mendapat jangkitan vagina
  • Sering mempunyai gula didalam air kencing semasa pemeriksaan antenatal.

 Tanda-tanda Diabetes Ketika Hamil 
  • Keletihan
  • Cepat dahaga
  • Kerap buang air kecil
  • Penglihatan kabur

Cara untuk mengesan Diabetes Ketika Hamil
  1. Ujian darah yang dinamakan 'modified glucose tolerance test (mogtt)' akan dijalankan.
  2. Dalam ujian ini, ibu-ibu akan diminta untuk berpuasa bermula dari jam 10malam sehinggalah selesai ujian darah yang dijalankan sekitar jam 8 pagi.
  3. Kemudian, ibu-ibu akan diberi minum glukos sebanyak 75 gram dan darah akan diperiksa sekali lagi selepas 2 jam (sesetengah tempat mungkin menggunakan 100 gram glukos dan darah diambil selepas 3 jam)
  4. Ujian ini akan mengesan sama ada ibu-ibu mempunyai kencing manis atau tidak. Sekiranya didapati mempunyai kencing manis, doktor akan menjalankan beberapa ujian lagi yang dipanggil profil gula didalam darah (BSP - blood sugar profile). Daripada ujian ini, doktor akan memberi arahan samada kita perlu mengawal pemakanan sahaja atau terpaksa menggunakan insulin. 

Cara Merawat Diabetes Ketika Hamil

Pemakanan
  

Ibu-ibu perlu mengehadkan pengambilan makanan kepada 20 hingga 25kcal/ kg berat badan iaitu secara amnya lebih kurang 1800 - 2400 kcal.

Pemakanan bergula mestilah dikurangkan. Pengambilan serat adalah penting untuk mengekalkan rasa kenyang. Sayuran mestilah diambil dengan banyak sementara jumlah pengambilan karbohidrat seperti nasi haruslah dikurangkan. Minuman didalam botol atau tin mestilah dielakkan kerana mengandungi terlalu banyak gula.
  
Senaman

Senaman boleh membantu mengurangkan risiko kencing manis. Ibu-ibu boleh melakukan senaman dengan berjalan atau berenang. Ini dapat membantu mengawal kencing manis. 

Suntikan Insulin 

Ibu-ibu yang mempunyai kencing manis semasa mengandung perlu mengawal kandungan gula didalam badan dengan menggunakan suntikan insulin. Kebiasaannya suntikan ini akan diberi 3 kali sehari untuk memastikan kandungan gula dalam badan dalam keadaan stabil.

Bagaimana Shaklee dapat membantu?


VITALEA

Membekalkan zinc yang diperlukan untuk membantu menghasilkan lebih banyak insulin
Membekalkan 19 vitamin & mineral bagi memyokong tumbesaran bayi dan membantu kesihatan ibu hamil
B-COMPLEX

Penting dalam metabolisma gula & pembebasan tenaga kepada sel badan
Membekalkan kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan badan termasuk Asid Folik untuk pembentukan saraf tunjang bayi

OSTEMATRIX

Membekalkan magnesium yang diperlukan oleh pesakit kencing manis (kurangnya magnesium merupakan antara punca kencing manis)
Membekalkan 100% kalsium harian yang diperlukan untuk pembentukan tulang bayi dan menyokong tulang ibu
Sumber kalsium, magnesium dan Vitamin D dapat membantu mengaktifkan pankreas untuk mengatasi masalah kencing manis

Apapun, mencegah itu adalah lebih baik daripada merawat kan? 
Amalkan gaya hidup yang sihat, supaya kita bebas dari risiko-risiko ini dalam kehidupan kita tak kira semasa hamil ataupun tidak.




0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.