Omega Guard Shaklee:Turunkan Paras Kolesterol

Omega Guard Shaklee ni mampu turunkan kolesterol. Masalah kolesterol sering dikaitkan dengan mereka yang berbadan besar atau berisi. Andaian itu salah sama sekali. 

Kolesterol berada dalam badan kita tanpa mengira saiz badan. Orang yang kurus juga turut mempunyai paras kolesterol tinggi. Jangan ingat orang berisi ke boleh dapat kolesterol tinggi,

Kolesterol ni terbahagi kepada dua iaitu kolesterol jahat (LDL) dan kolesterol baik (HDL). Kolesterol jahat ni boleh membuatkan pembuluh darah kita tersumbat manakala kolesterol baik ni pula akan membawa kolesterol ke pembuluh darah untuk dibawa ke hati dan seterusnya akan dikeluarkan dari tubuh. 


Apa itu kolesterol?
Kolesterol merupakan sejenis zat dalam golongan lemak. Ia boleh didapati dengan kadar tinggi dalam lemak haiwan dan sangat rendah dalam sayuran. Sama seperti minyak sapi dan susu yang telah diproses menjadi keju atau mentega. Kandungan kolesterol paling tinggi terdapat pada daging kambing dan kuning telur.

Berikut antara saranan makanan bagi membantu mengurangkan kolesterol dalam badan:

 Ikan dan omega-3

Disarankan pengambilannya sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Antaranya ikan tuna, tuna albacore, sardin, kembung dan hering. Sebaik-baiknya hidangan ikan disediakan dengan cara dibakar, panggang ataupun kukus.

Asid lemak omega-3 yang terkandung dalam ikan dikatakan mampu menurunkan paras kolesterol dalam badan. Ia juga mampu menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko pembekuan darah serta dikatakan dapat mengurangkan risiko kematian mengejut.

Minyak zaitun

Minyak zaitun mengandungi paras antioksidan yang tinggi dan digalakkan diambil sebanyak 23 gram minyak itu sehari untuk mendapatkan manfaatnya.

Kandungan antioksidan di dalam minyak zaitun mampu mengurangkan kolesterol tanpa mengganggu kolesterol baik (HDL). Pilih minyak zaitun tulen kerana ia mengandungi lebih ba­nyak antioksidan yang baik untuk kesihatan.

Badam dan walnut

Kajian menunjukkan badam dan walnut mampu menurunkan paras kolesterol dalam darah kerana ia mengandungi asid lemak tidak tepu yang tinggi.

Asid lemak tidak tepu ini membantu menjadikan pembuluh darah tetap sihat. Malah, sumber kekacang ini juga mengandungi kalori yang tinggi. Segeng­gam kacang yang tidak melebihi 57 gram sudah cukup untuk memberikan kebaikan kepada badan.

Namun, ia tidak boleh diambil secara berlebihan kerana boleh menyebabkan kegemukan dan mening­katkan risiko serangan jantung.

Gandum dan oat.

Oat kaya dengan serat larut yang dapat membantu menurunkan kolesterol tidak baik (LDL) daripada tubuh.

Serat ini berfungsi seperti span yang menyerap kolesterol dan membuangnya bersama najis. Ia boleh ditemui dalam pisang, kacang buncis, barli, epal, prun dan pear.

Jika paras kolesterol dalam badan tinggi, kita boleh:
  • Mengawal pemakanan. Makanan seperti kek, biskut dan kuih-muih yang banyak lemak trans akan meningkatkan pengambilan lemak tidak sihat. 
  • Begitu juga dengan hidangan seperti rendang ayam, daging dan sate yang mengandungi kolesterol dan lemak tepu yang sukar ditentukan kandungannya. Oleh itu, hadkan pengambilannya. 
  • Minum susu tanpa lemak. 
  • Lebihkan makanan berserat kerana ia boleh menyerap kolesterol dalam darah dan mengeluarkan­nya daripada badan. 
  • Ambil makanan me­ngandungi antioksidan misalnya buah strawberi, betik dan labu serta bawang putih. 
  • Hindari aktiviti merokok. 
Antara cara untuk mendapatkan paras kolesterol yang sihat: 
  • Mengurangkan pe­ngambilan daging merah, lemak haiwan dan produk tenusu.
  • Mengurangkan pe­ngambilan makanan yang tinggi kolesterol seperti hati dan sesetengah makanan laut.
  • Mengurangkan pe­ngambilan makanan yang tinggi dengan gula dan karbohidrat ringkas.
  • Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayuran segar.
  • Pengambilan lecithin boleh membantu mengelakkan pemendapan dan memudahkan penyingkiran lemak badan.
  • Senaman berterusan membantu meningkatkan kolesterol baik dan membantu menurunkan kolesterol secara menyeluruh.
  • Elak pengambilan alkohol secara berlebihan kerana ia menyumbang kepada penurunan paras kolesterol baik, sekali gus meningkatkan risiko penyakit jantung.
Bagi mereka yang ingin mengawal paras kolesterol dengan minyak ikan omega 3, saya sangat syorkan Omega Guard Shaklee. Antara kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee.

  • Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diekstrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies).
  • Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.
  • Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.
  • Sangat berbeza daripada produk Omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.
  • 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.
  • Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknolohi terkini. Kaedah ultratulen adalh proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengeskstrak omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB.

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.