TIDAK BOLEH BELANJA DUIT KERTAS RM20 & RM5

Bismillah.

Alhamdulillah, hari ini telah bermula misi menabung RM5 dan RM20. Seronok juga, sekarang pantang nampak duit RM5 dan RM20, terus nak masuk tabung. 

Idea ini saya dapati daripada sharing rakan facebook yang mendapatkan sumber ini daripada Tuan Shamsuddin Kadir yang menyarankan strategi menabung yang selamba, menyimpan tanpa stress.


Bersempena dengan tahun baru 2014 ni, apa kata sama-sama kita praktikkan amalan menabung seperti ini. 

Kita buat sistem TIDAK BOLEH BELANJA DUIT KERTAS RM5 (warna hijau) atau RM20 (warna oren). Walau bagaimanapun, ini bergantung pada status kewangan semasa kita. HARAM kan belanja duit tersebut bagi membolehkan kita menyimpannya. 

Duit terkumpul nanti, bolehlah digunakan untuk membeli emas, membayar hutang yang masih ada atau pun digunakan untuk mendapatkan apa-apa yang kita idamkan.

Mudahkan? Cubalah kita praktikkan ye. :)



0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.