Advance Joint Healt Tablet: Sokong Kesihatan Sendi

Setiap hari, berdesup-desup whatsapp, pm dan sms masuk bertanyakan Advanced Joint Health Tablet atau nama pendeknya AJHT. Apa yang lagi best bila customer semua bagi feedback yang bagus. Majoriti yang sakit hilang dalam masa 5 hari. 

Ada tak di antara kita atau di kalangan ibu bapa kita mengalami masalah lutut berbunyi letap letup terutama sekali sewaktu bersolat. Nak duduk antara dua sujud pun bermasalah. Ada yang lebih rumit, terpaksa solat secara duduk kerana masalah ini.


Sakit sendi ni bukan aje serang orang berumur, orang muda2 pun boleh kena sakit sendi ni. Sesiapa yang mengalami berat badan berlebihan dan penggunaan sendi yang berlebihan seperti atlet akan mengalami sakit sendi ini.


Oh ya, apa kata kita tengok apa yang dikatakan joint atau pun sendi ni. 


Sendi ni apa ye?



First, ayuh kita kenal dulu apa ini sendi. Sendi membentuk hubungan antara tulang yang memberi sokongan dan membantu kita untuk bergerak. Ianya terdiri daripada tulang rawan, ligamen, tendon dan cecair sinovia sebagai pelincir yang memberi keselesaan dan membantu menyerap hentakan dari impak fizikal.

Bila umur meningkat, tulang rawan ni akan menyusut semulajadi, Tekanan fizikal yang berterusan akan mempercepatkan kerosakan tulang rawan dengan mencetuskan pembebasan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Ini akan menyebabkan joint discomfort. 

Setiap daripada kita pernah kan rasa joint discomfort ni.Kalau ibu bapa kita yang tua, memang lagi lah rasa. Macam kita, duduk lama2 depan lappy, depan computer, pasti sakit tulang belakang, tengkuk kan? AJHT ni boleh membantu melgakan sakit2 sendi dan mengikut klinikal test yang dibuat, kesannya boleh dirasai seawal 5 hari selepas penggunaan. 

Jangan risau.. Shaklee mempunyai formula khas untuk mengatasi masalah sendi. Seterusnya kita tengok macam mana AJHT ni bertindak membantu kita yang sakit sendi ni.

AJHT ni membantu kita dalam 3 cara:
  1. Menyokong keselesaan sendi. Ekstrak Boswellia menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. 
  2. Bertindak sebagai "kusyen". Ekstrak jagung membantu mengekalkan tulang rawan. 
  3. Memelihara tisu penyambung yang sihat. Zinc, copper, manganese dan vitamin C merupakan nutrient penting dalam kesihatan sendi dengan membekalkan segala nutrient untuk kolagen dan komponen tisu penyambung yang memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.

Melalui 3 cara inilah AJHT dapat membantu melegakan sakit2 sendi. AJHT ni sangat bagus sebab ianya dihasilkan dari ramuan aktif iaitu Boswellia yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi. 

Kita tengok pula 10 kebaikan ubat sakit sendi ini:
  1. menyokong keselesaan sendi
  2. membantu kekalkan tulang rawan
  3. memelihara tisu penyambung yang sihat
  4. melancarkan pergerakan harian
  5. sangat berkesan, kesan positif selepas 5 hari pengambilan (ada ujian klinikal tau)
  6. menghalang pembentukan bahan kimia yang merosakkan tulang rawan
  7. anti radang semulajadi
  8. dibuat dari sumber tumbuh-tumbuhan semata-mata, asli dan semulajadi
  9. memberi kekuatan kepada struktur sendi
  10. bertindak seperti kusyen untuk melindungi tulang rawan, juga membekalkan glukosamina (penting untuk binaan tulang rawan dan lendir untuk licinkan sendi dalam tendon dan ligamen.
Jom kita kenal dengan lebih dekat lagi supplement Advance Joint Health Tablet ini.
Q : Apakah Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formulasi proprietary yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.

Q: Siapakah yang memerlukan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Lelaki dan wanita dewasa yang mencari satu produk semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka. Orang muda yang mempunyai gaya hidup lasak dan aktif juga boleh memanfaatkannya.

Q: Apakah ekstrak jagung?
A : Ekstrak jagung secara semulajadinya kaya dengan glucosamine yang merupakan gula amino dan merupakan blok binaan utama bagi proteoglikan. Ia digunakan untukmembina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sesendi. Glukosamina mengandungi bahan yang juga dijumpai dalam tendon dan ligament. Ekstrak jagung membantu meningkatkan perlindungan sesendi dan membantu memelihara tulang rawan untuk kesihatan sendi dalam jangka masa panjang.

Q: Apakah Boswellia ?
A: Boswellia merupakan gum resin dari pokok Boswellia Serrata. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia serrata ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

Q: Apakah yang membuat ekstrak Boswellia dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet istimewa?
A: Ekstrak Boswellia proprietari yang digunakan di dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet bukan sahaja mengandungi asid Boswelik AKBA yang berkepekatan tinggi bagi menyokong keselesaan sendi tetapi juga mengandungi unsur-unsur semulajadi lain dalam resin Boswellia yang berkaitrapat dalam memberikan bioaktiviti yang lebih baik berbanding dengan AKBA sahaja. Tambahan pula, ekstrak Boswellia tertentu ini telah ditunjukkan secara nutrisinya dapat menyokong keselesaaan sendi yang lebih baik berbanding satu ekstrak AKBA yang lebih tinggi.

Q: Bolehkah saya mengambil Shaklee Advanced Joint Health Tablet dan OsteMatrix pada masa yang sama?
Boleh. Tiada sebab mengapa anda tidak boleh mendapatkan khasiat kedua-dua product yang dapat menyokong kesihatan sendi anda. Lebih baik lagi anda gabungkan Shaklee Collagen Powder dan VIVIX bagi mengoptimumkan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet

Q : Bila dan bagaimanakah saya mahu menggunakan Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Untuk hasil yang terbaik, ambillah mengikut apa yang disarankan iaitu dua tablet sehari bagi setiap hidangan.

Q: Mengapakah ia bebas daripada chondroitin?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet tidak mengandungi sulfat kondroitin kerana ia tidak akan diserap dengan baik jika diambil secara oral ( ditelan). Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan yang sulfat chondroitin juga boleh mengganggu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina yang lazimnya diserap dengan lebih baik jika diambil secara berasingan.

Q: Mengapa produk tersebut mengandungi Vitamin C?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 100% Vitamin C kerana ia merupakan nutrient penting yang diperlukan bagi sintesis kolagen.Kolagen merupakan satu komponen tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh.

Q: Mengapa produk tersebut mengandungi mineral surih zink, copper (kuprum/ tembaga) dan mangan?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 10% mineral zurih zink, copper dan mangan yang merupakan faktor sampingan bagi enzim-enzim yang membina kolagen dan glikosaminoglikan.

Q: Adalah Shaklee Advanced Joint Health Tablet berasaskan sayur-sayuran?
A : Ya.


Untuk lebih baik, saya sarankan untuk cuba Set Ubat Sakit Sendi Shaklee. Dalam set ni ada AJHT, Omega Guard dan juga Ostematrix. 

Omega Guard bertindak sebagai anti radang, menurunkan kolestrol dan menjaga kesihatan jantung. 

Ostematrix pula sumber kalsium terbaik. Menjaga kekuatan tulang, mengelakkan kejang atau kebas, juga pelancar bahan buangan badan. 

Set nie pula dalam RM323. Harga super special akan diberikan jika buat pembelian dengan saya. 


Oh ya, yang paling penting, ianya vegetable based and 100% natural. Super save tau. Tak rugi melabur untuk kesihatan. Mencegah lebih baik dari merawat. Jangan sampai duit yang kita simpan dihabiskan di hospital. Jadi, jagalah kesihatan sendi. Sendi yang sihat membolehkan kita bergerak aktif. 

Set Ubat Sakit Sendi Shaklee ini juga boleh dihadiahkan kepada ibu bapa kita yang duk ada sakit sendi. Insyaallah kita mampu gembirakan hati mereka dengan Set Ubat Sakit Sendi ini. Sedikit sebanyak kita dapat membantu untuk kesihatan mereka yang lebih baik, Insyaallah.  

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.