Ibu mengandung: Cara Memilih Bra yang Tepat

Cara memilih bra yang tepat ini bergantung kepada setiap wanita. Ada yang suka bra yang ada dawai dan lain-lain lagi. Bagaimana pula dengan pemilihan bra semasa mengandung atau menyusu?

Pemakaian bra semasa mengandung atau menyusui bayi adalah
hak peribadi seseorang. Walau bagaimanapun, memakai bra yang memberi sokongan boleh mengurangkan penarikan tisu yang boleh penyebabkan payudara menjadi kendur. Secara amnya, wanita yang mempunyai payudara yang lebih besar selesa memakai bra berbanding mereka yang mempunyai payudara yang lebih kecil.

Bila harus memakainya?
Masa yang sesuai untuk memilih bra semasa mengandung ni bergantung juga kepada setiap individu. Tidak ada masa yang tetap untuk memakainya. Ada yang semasa awal kehamilan, dah mula sibuk shopping bra.

Payudara akan mula bersedia menghasilkan susu pada awal kehamilan lagi. Ada sesetengah wanita, payudara mereka akan membesar lebih awal. Secara amnya, perubahan payudara ini akan berlaku lebih kurang semasa 16 minggu kehamilan. Untuk ibu-ibu yang masih belum memakainya, inilah masanya untuk anda membeli bra tersebut.

Bra yang sedang-sedang dan padan memberikan keselesaan dan sokongan kepada ibu. Kat sini, adalah amat penting untuk ibu-ibu membeli bra yang sepadan dengan payudara ibu-ibu. Pemilihan bra yang lebih besar juga adalah tidak berapa baik.

Benarkah saya tidak boleh memakai bra berdawai?
Ramai wanita suka memakai bra berdawai. Rata-rata mengatakan bra berdawai lebih memberikan sokongan kepada mereka. Walau bagaimanapun, pemakaian bra berdawai semasa mengandung atau menyusukan adalah tidak digalakkan. Kenapa ye? Sebabnya bentuk payudara ibu-ibu sedang berubah.

Semasa menyusukan anak, saiz payudara boleh bertambah atau berkurangan pada waktu siang kerana susu sedang dihasilkan dan dikeluarkan. Pengumpulan cecair pada akhir kehamilan juga boleh menyebabkan payudara membengkak. Kalau kita tengok, hanya sedikit sahaja perubahan yang berlaku pada payudara, namun, bra berdawai yang keras boleh menekan payudara yang sedang membesar. Tekanan ini boleh menyebabkan saluran susu atau mastitis tersekat. Oleh sebab itulah, bra berdawai yang tidak fleksibel tidak disyorkan.

Zaman semakin maju dah. Sekarang ni dah ada bra menyusu yang mempunyai sokongan plastik yang fleksibel yang hampir sama dengan dawai. Bra ini direka untuk mengembang dan bertukar kedudukan selari dengan perubahan bentuk payudara.

Bra untuk penyusuan
Bra yang direka untuk ibu hamil juga boleh digunakan untuk ibu menyusukan juga. Sebenarnya, bra mengandung dan bra menyusu adalah sama.

Kebanyakan bra boleh dibuka untuk menyusukan dan ada sesetengah yang lain lebih mudah digunakan. Yang terbaik ialah cari bra yang boleh dibuka keseluruhan cawannya berbanding dengan jenis 'pintu bumbung' yang boleh menekan payudara semasa menyusu. Ada juga jenis bra yang mempunyai butang/cangkuk di hadapan atau di bahu.

Perlu ke memakai bra ketika tidur?
Memakai bra ketika tidur juga adalah pilihan masing-masing. Ada wanita yang merasakan yang mereka memerlukan sokongan sepanjang masa dan ada pula yang tidak selesa memakai bra ketika tidur. Terdapat juga bra malam yang khas untuk tidur.

Bagaimana menjaganya?
Ibu-ibu sekurang-kurangnya perlu mempunyai 2 atau 3 pasang bra ini memandangkan susu kadang-kadang meleleh, ibu-ibu perlu menukar bra lebih kerap daripada biasa. Bra seharusnya dibasuh dengan tangan dan sedikit sabun. Ibu-ibu tidak perlu merendamnya dalam cecair peluntur. Ini boleh melemahkan fabrik dan boleh menyebabkan kegatalan kulit. Jika bra dijaga dengan baik, ia boleh tahan sepanjang proses kehamilan dan beberapa bulan selepas itu.

Sumber


0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.