Makanan Untuk Banyakkan Susu Ibu

Bismillah

Gigih saya mencari makanan untuk banyakkan susu ibu. Bagi ibu-ibu yang baru mendapat anak sulong, banyak ilmu penyusuan yan perlu digali. Ok kat sini, saya nak share makanan yang membantu untuk banyakkan susu ibu. Saya masih lagi belajar dan mencari serta dahagakan ilmu penyusuan ini. 

Apa yang dapat saya kongsikan di sini ialah:

  • Banyakkan minum air atau jus buah-buahan atau makanan bersup (sehari dlm 3 liter)
  • Banyakkan minum susu. Sebaiknya mengambil hidangan susu 3 hingga 4 hidangan sehari.
  • Banyakkan makanan berprotein .Protein penting kerana komposisi utama dalam susu ibu ialah protien dan protein diperlukan utk membina sel, kulit, rambut dan pertumbuhan yang sihat. Dalam Shaklee, untuk dapatkan sumber protein, boleh lah ambil ESP (energizing soy protein). Alternatif kepada ESP adalah Mealshake.
  • Cuci halba atau jintan manis bersih-bersih. Selepas itu, keringkan dan simpan dalam bekas yang tertutup. Cara menggunakannya, rendam 1 sudu halba atau jintan manis dalam segelas air panas selama 15 minit. Kemudian, tapis dan minum airnya. 
  • Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. 
  • Makan nasi panas bersama halia muda (hiris nipis2) campur dgn air asam.
  • Minum air asam jawa direbus dengan gula merah bersama dengan asam keping.
  • Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Rebus hingga didih. Minum air rebusan 2-3x sehari.
  • Ambil lobak putih. Cuci bersih dan kisar sehingga halus. Campurkan dengan segelas air suam. Minum 2x sehari. Juga boleh dibuat sup lobak putih..
  • Sapu sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Layur pada api sehingga layu.Setelah agak suam, tekap daun sirih tersebut pada payudara. Amalkan setiap hari.
  • Giling daun bunga melur atau daun pucuk manis sehingga halus dan tampal di sekeliling payudara pada waktu pagi sebelum mandi. Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak. 
  • Makan lebih sayur-sayuran especially sayuran yang dapat membanyakkan air susu ibu seperti petola, daun kucai, brokoli, lobak putih, seleri, sawi putih, peria, ulam pegaga, ulam jantung pisang dan juga bayam.
Apa yang dapat disimpulkan ialah para ibu perlu mengambil makanan mengikut piramid makanan untuk membolehkan bayi anda mendapat nutrient yang secukupnya melalui penyusuan susu ibu.

Selain itu, para ibu juga boleh amalkan tips2 seperti berikut:


1. Kerapkan Menyusu / Mengepam
  • Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.
  • Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu.
  • Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.
  • Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.
2. Jangan Tunggu Payudara Penuh
  • Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!
  • Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.
  • Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.
3. Minum banyak Air
  • Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.
4. Fikir Bayi Fikir Susu
  • Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
  • Masa nak mengepam lihat ler gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin...
5. Berdisiplin
  • Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam... masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7.
6. Tendum Pumping
  • Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik.
7. Teknik Marmet
  • Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. 
  • So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet bleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampk sikit, tapi ada beza tuh...
8. Menyusu / mengepam Lebih Lama
  •  Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
  • Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
  • Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x tau!! Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah.
9. Penyusuan Malam
  • Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.
10. Urutan
  • Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.
sumber:http://www.mamafaiz.com

Selain itu, pengambilan supplement juga membantu untuk menambahkan susu ibu. Untuk pilihan supplement, boleh klik DISINI.

2 comments.. read them below or add one

Phoebe Phoebe 25 Januari 2014 7:51 PTG
Salam perkenalan. Thanks for sharing Eellee. Banyak petua yg sy x pnah dgr pun sebelum ni. Next time tau da apa perlu dibuat bila nak banyakkan air susu.. ^^
Phoebe Phoebe 25 Januari 2014 8:17 PTG
Salam perkenalan. Thanks for sharing Eellee. Banyak petua yg sy x pnah dgr pun sebelum ni. Next time tau da apa perlu dibuat bila nak banyakkan air susu.. ^^

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.