Petua Atasi Resdung Dengan Selamat

Resdung memang menyeksakan. Pagi2 bangun, bersin satu rumah. Seksa kot. Sapa2 yang ada resdung ni mesti faham macam mana sengsaranya ada resdung ni.

Apa itu Resdung?

Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung iaitu frontal sinus, sphenoid sinus, ethmoid sinus, septum dan maxillary sinus.


Tanda-tanda kita menghidap resdung
  • hidung sentiasa tersumbat
  • ada lendir dari hidung dan tekak
  • sakit atau rasa berat pada muka terutama kawasan di antara mara
  • sakit tekak yang berpanjangan dan berulang kali
  • demam atau rasa tidak sihat berpanjangan
Dah tengok tanda-tandanya? Adakah kita tergolong dalam golongan yang menghidap resdung?
Jika ya, apa kata kita tengok bagaimana pula resdung terjadi.

Bagaimana Resdung Terjadi?]

Mukosa mengeluarkan hingus dalam keadaan biasa (fisiologikal) dan hingus ini mengalir keluar dari sinus melalui lubang kecil yang dinamakan 'ostium' ke dalam rongga hidung. Apabila 'ostium' tersumbat, hingus terkumpul dalam sinus dan keadaan ini mengundang kehadiran kuman yang akhirnya boleh membawa kepada terjadinya resdung.

Resdung boleh disebabkan virus, bakteria atau kulat (fungus). Semakin banyak kes resdung kulat dijumpai, baik pada pesakit biasa atau mereka yang ada kompromi imuniti (ralat sistem pertahanan badan).

Ketika bernafas, setiap orang menghidu masuk ke dalam hidung berjuta spora fungus setiap hari. Bagaimanapun, spora ini tidak dapat membiak dalam hidung atau paru-paru yang segar dan sihat. Ini kerana mukosa hidung dilengkapi dengan sistem pertahanan tertentu untuk melawan fungus atau bakteria. Apabila berlaku ralat dalam sistem imuniti setempat atau umum, spora fungus dapat membiak sehingga menyebabkan resdung kulat.


Seterusnya kita check pula punca terjadinya resdung ini.

Punca Resdung
  • Alahan terhadap jenis makanan tertentu , habuk , parasit (demodex) dan kutu.
  • Apabila kita  mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak.  Seterusnya ia menyebabkan pergerakan udara tidak dapat dikeluarkan.  Kalau udara itu tidak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul dekat dalam tu.  Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak..  Sesiapa  yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.
  • Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung.  Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang "senget" tidak lurus (deviated nasal septum) , risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.
  • Kerosakan atau sakit gigi di bahagian atas boleh menyebabkan resdung.  Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung.  hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus.  Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi ( dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.
  • Disamping itu, kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini.
  • Lebih parah lagi, resdung ini boleh merebak ke bahagian mata.  Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.  Tetapi, resdung tidaklah berjangkit kepada orang lain atau diwarisi oleh keturunan.

Petua Mencegah Resdung
  • Elakkan daripada memelihara binatang berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab
  • Elakkan daripada menggunakan cadar atau selimut yang diperbuat daripada bulu binatang
  • Selalu bersihkan karpet dengan menggunakan vacuum cleaner. Kalau perlu, gunakan vacuum cleaner yang berkualiti.
  • Pakai penutup hidung semasa hendak membersihkan rumah
  • Banyakkan meminum air. Bagus juga amalkan sup panas.
  • Jagalah kebersihan muka
  • Elakkan memakan makanan yang mengundang pada alahan (contoh: makanan laut)
Kat bawah ini juga ada petua yang boleh kita amalkan untuk menghilangkan resdung.

Shaklee juga menyediakan Set Vitamin untuk pesakit resdung. Antara cadangan vitamin tersebut ialah:
  1. Alfalfa Complex Shaklee
  2. Vitamin C Shaklee
  3. B Complex Shaklee

Berikut adalah fungsi setiap vitamin tersebut.

Alfalfa Complex
  • Dapat bertindak mengurangkan keradangan akibat kesakitan resdung
  • Kaya dengan sumber klorofil  dan membantu mengurangkan keradangan terutama akibat dari ekzema, resdung, alergik dan gegata.
* Pesakit SLE tidak digalakkan ambil Alfalfa.

B-Complex 

  • B6 yang terdapat dalam B-Complex, penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan.
  • Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati.
  • Memelihara sistem saraf dan sebagai anti-stress
  • Membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh

Vitamin C Sustained Release
  • Bertindak sebagai anti-histamin tanpa kita perlu mengambil drug anti-histamine 
  • Menstabilkan pengeluaran histamin dari badan
  • Meningkatkan fungsi T-Cell dan Macrophagel ( fungsi sistem pertahanan badan, sel darah putih)
  • Meningkatkan penyembuhan tisu
  • Membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol
Kepada penghidap resdung yang membaca perkongsian saya ini, saya sangat sarankan anda mencuba set resdung shaklee ini. Apa yang penting, kita berusaha dengan cara bebas daripada bahan kimia. Supplement Shaklee ini terdiri daripada bahan semulajadi yang diselidik dan diuji secara klinikal oleh Shaklee.


2 comments.. read them below or add one

Nurul Farahizzati Nurul Farahizzati 10 Januari 2014 1:17 PTG
kawan saya baru2 ni buat rawatan resung, suddenly he got nose bleeding. sy suruh dy pergi check sebab ada certain cases, kanser hidung.
Eellee Nana Eellee Nana 13 Januari 2014 1:41 PTG
yup sis, utk lebih selamat, better cek dlu dgn doc, resdung kita tu tahap mana^^

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.