Set Menyusu Shaklee: Pilihan Ibu-ibu

Bismillah. SAW.

Sebenarnya Set Menyusu Shaklee ni ada 3 jenis. Untuk yang baru nak mencuba, mungkin agak sedikit confuse. Kat sini, saya nak kongsikan setiap 3 jenis Set Menyusu Shaklee ini.

1-SET B
Set ini merupakan set yang paling asas terdiri daripada Vita Lea, B Complex, Vitamin C & Alfalfa. Set ini sesuai untuk ibu yang baru nak berjinak dengan produk Shaklee. Kiranya untuk ibu yang nak try sama ada set menyusu Shaklee ni sesuai atau tidak.


Siapa yang perlukan?
  • Ibu menyusu yang tidak mempunyai masalah penyusuan iaitu ibu yang memperoleh hasil perahan susu ibu melebihi 3 oz setiap kali pump atau setiap sesi.
  • Ibu menyusu yang mahu memperkayakan nutrisi susu ibu.
  • Ibu menyusu yang sihat dan mahu kekalkan kesihatan tubuh badan ibu.
Vitalea & Vitamin C berfungsi sebagai multivitamin yg mampu meningkatkan kecerdasan mental & ketahanan dr jangkitan. Kita sedia maklum proses menyusu memang memerlukan seseorang yang sentiasa sihat kerana apabila berada dalam keadaan sakit dan tidak tenang, pengeluaran susu juga akan merudum. 

Alfalfa pula adalah agent memperbanyakkan susu & mempercepatkan pengeluaran susu. Selain itu alfalfa juga membantu masalah sembelit & boleh mengurangkan eczema yg dihadapi bayi baru lahir. Vitamin B Complex pula berfungsi untuk pertumbuhan otak & emosi.

2-SET E
Set ini pula adalah gabungan SET B + Ostematrix. Ostematrix adalah pengganti kepada kalsium. Sangat sesuai bagi ibu yang kurang gemar mengambil susu. 

Semua sedia maklum, susu @ kalsium sangat diperlukan untuk ibu menyusu kerana sebahagian daripada zat & nutrisi yang dimakan telah di 'share' dengan bayinya. Jika kita tiada masa untuk membancuh susu & menjadikan itu sebagai alasan, jangan terkejut sekiranya ibu akan mengalami masalah tulang sebelum menginjak usia tua. Jadi SET E sangat sesuai untuk golongan ini ye.

Siapa yang perlukan?
  • Ibu menyusu yang sering kali merasai keletihan melampau.
  • Ibu menyusu yang alah atau alergic dengan susu lembu. Sumber kalsium boleh diperolehi daripada sumber lain juga selain susu lembu.
  • Ibu menyusu yang ada masalah kekurangan kalsium.
  • Ibu menyusu yang stress dengan kerja harian.
3-TRIPLE M
Set ini ialah set yang penuh lengkap dan paling banyak membantu ibu-ibu yang mengalami masalah penyusuan. Ia adalah gabungan SET E + ESP. ESP adalah protein soya yang mampu memekatkan susu & membuatkan baby tidur lena kesan dari kepekatan susu yang terhasil. 

Siapa yang perlukan?
  • Ibu yang ingin menyimpan stok.
  • Ibu yang ingin berjaya tandem nursing.
  • Ibu yang ingin relaktasi (menyambung semula penyusuan yang terhenti).
  • Ibu yang exclusive pumping (anak tidak direct menyusu).
  • Ibu yang mahukan susu untuk anaknya BANYAK+PEKAT+BERKUALITI.
  • Ibu yang mempunyai anak kembar, anak susuan atau baby yang kuat menyusu.
  • Ibu yang ingin melakukan induce lactation (menyusukan tanpa mengandung).
  • Ibu yang menghadapi masalah dimana berat badan bayi tidak meningkat tetapi berat badan ibu semakin bertambah.
  • Ibu yang menghadapi masalah hasil perahan terlalu sedikit iaitu kurang 1 oz untuk setiap kali perahan.


0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.