1001 Khasiat Soya untuk Ibu Hamil

Ada tak ibu2 kat sini yang suka minum susu soya? Biasanya kat mana ibu2 dapatkan sumber soya tersebut? Kali ini saya akan kongsikan mengenai khasiat susu soya ketika hamil. 
Seperti mana yang kita tahu, susu soya ini mempunyai banyak khasiatnya dan sangat diperlukan untuk membantu proses pertumbuhan janin dan untuk mempertahankan keadaan kesihatan ibu hamil. Antaranya khasiat
yang boleh didapati daripada susu soya ini adalah protein dan vitamin B.

Protein merupakan bahan penting untuk membentuk pelbagai sel baru. Pembentukan sel baru pada janin sudah tentu merupakan sebahagian daripada proses perkembangannya. Sementara vitamin B, khususnya B6 diperlukan oleh janin dalam membentuk saluran penghantar isyarat atau pesan daripada otak melalui sistem saraf iaitu neurotransmitter. Bagi ibu sendiri, vitamin B dapat mengurangkan bahkan mencegah masalah loya dan muntah di awal kehamilan.

Selain itu vitamin B1, B2 dan B3 yang terkandung di dalam susu soya juga berfungsi membantu proses pembentukan tenaga baik untuk janin mahupun ibu hamil sendiri. Sementara asid folik yang juga terdapat dalam susu soya bermanfaat untuk mencegah berlakunya kecacatan dalam kandungan.

Seterusnya kita tengok apa lagi kebaikan susu soya ini:
  1. Nilai tambahan iaitu sebagai sumber zat gizi, susu soya memiliki sejumlah manfaat bagi kesihatan tubuh anda selama proses kehamilan.
  2. Hanya mengandungi protein dan sebabnya susu soya boleh menjadi sumber protein bagi ibu hamil vegetarian.
  3. Tidak mengandungi laktosa – apabila ibu tidak mampu mencerna laktosa(lactose intolerance) maka susu soya adalah jalan penyelesaiannya.
  4. Tidak mengandungi hormon seperti susu lembu maka ia tidak berisiko untuk mengganggu kerja sistem hormon ibu hamil mahupun janin.
  5. Banyak mengandungi isoflavon- khasiat yang merupakan fitoestrogen ini berfungsi membantu menurunkan kadar kolesterol. Selain itu unsur ini juga membantu memperkecilkan risiko terkena kanser, antaranya adalah kanser payudara.
Dalam Shaklee, sumber soya nya adalah ESP (Energizing Soy Protein), merupakan makanan tambahan yang tinggi protein. Untuk mengetahui kelebihan ESP untuk ibu hamil ini, boleh klik DISINI.

Jangan Minum Berlebihan
Segala yang berlebihan pastinya akan kehilangan manfaatnya. Begitu juga kalau mengambil susu soya. Kandungan unsur estrogen di dalam susu soya iaitu isoflavon dikatakan dapat menekan penghasilan hormon tiroid, khususnya bila diambil sehingga 40 miligram sehari.
Pengambilan susu soya secara berlebihan juga dapat mengganggu penyerapan beberapa zat nutrisi. Ini terjadi akibat tingginya kadar unsur fitat. Unsur ini akan menghalang penyerapan mineral dan penguraian protein.

Jangan Abai Sarapan Walau Asyik Muntah
Ibu mengalami 'morning sickness' dan tidak berdaya untuk bersarapan kerana asyik muntah? Jangan begitu. Kajian membuktikan sarapan sangat penting terutamanya buat ibu hamil.

Sarapan akan membantu tubuh dalam menstabilkan kadar gula darah sebagai tenaga untuk menjalani proses metabolisme di seluruh tubuh anda serta pelbagai lagi kegiatan sebelum tiba waktu makan tengah hari.

Ibu perlu perhatikan ketika trimester pertama aspek kualiti gizi dari makanan yang ibu ambil jauh lebih penting berbanding aspek kuantitinya. Jadi ambillah makanan untuk sarapan mahupun makan tengah hari dengan variasi menu yang kaya dengan gizi.
Selain mengamalkan sarapan pagi, ibu-ibu juga boleh mencuba set morning sickness. Set morning sickness dapat membantu mengurangkan rasa mual, loya, muntah dan dalam masa yang sama dapat memberikan khasiat kepada ibu hamil dengan izin Allah.

Sekiranya minum susu membuatkan ibu berasa mual, pengambilan susu tetap boleh ibu penuhi dalam bentuk pelbagai jenis makanan olahan yang mengandungi susu seperti puding, ais krim dan yogurt. Sekiranya ibu tidak dapat mengambil makanan tersebut, ibu boleh mencuba ostematrix daripada Shaklee iaitu makanan tambahan yang tinggi dengan kalsium.

Ibu-ibu hamil juga boleh mencuba Set Kehamilan Trimester 1 sebagai makanan tambahan untuk memberi khasiat kepada diri sendiri dan juga anak dalam kandungan.

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.