Alahan mengandung: 10 Tips Atasinya

Kali ini saya nak berkongsi mengenai alahan semasa mengandung. Ada tak ibu2 kat sini yang mengalami alahan yang teruk semasa mengandung.

Saya rasa teruk sangat alahan saya, adakah ia normal?
Berasa sakit berbanding dengan "berseri-seri" pada peringkat awal kehamilan adalah perkara biasa dan normal. Kesannya adalah berbeza untuk setiap individu. Sesetengah wanita mengalami rasa loya apabila bangun pagi, sementara yang lain mungkin perlu bertahan beberapa minggu atau bulan dengan berasa loya dan hendak muntah sepanjang hari. 

Mabuk hamil boleh menjejaskan anda dari segi fizikal, emosi dan sosial. Kehidupan normal anda akan berhenti sekejap disebabkan kita tidak boleh menangani permintaan kerja, bersosial atau menjaga anak-anak yang lain. Maklumkan kepada keluarga kita bagaimana mereka boleh membantu kita – dengan cara praktikal seperti membeli-belah, memasak, menjaga anak dan melakukan kerja rumah.

Ramai wanita perlu mengambil masa rehat bekerja disebabkan mabuk kehamilan. Mungkin ada di kalangan kita tidak memberitahu sesiapa bahawa kita hamil tetapi ia amat sukar jika kita perlu sentiasa "menjaga penampilan" kita. Seharusnya perlu memberitahu orang lain lebih awal mengenai kehamilan kita untuk mendapatkan sokongan dan bantuan.

Sepanjang tempoh alahan adalah tempoh yang sangat penting untuk baby membina sel2 otak ,mata dan pembentukan otot dan tulang. Tetapi sepanjang tempoh itu jugalah si ibu tidak mampu menelan atau loya terhadap vitamin atau makanan yang berkhasiat. Seandainya di biarkan ibu akan mudah mendapat bacaan anemia. Bacaan HB rendah jangan pandang sebelah mata ye.

Apa yang saya perlu lakukan untuk membantu diri saya?
Sudah semestinya kita sudah mengelak daripada sebarang makanan dan bauan yang membuatkan perut kita memulas. Untuk mengelakkan atau sekurang-kurangnya meminimumkan loya, kita juga boleh:

Tips #1 Makan sedikit dan kerap
Perut yang kosong boleh menambahkan loya. Kekalkan tahap gula secara stabil dalam darah. Cuba makan makanan kering dan hambar dalam jumlah sedikit sepanjang hari.

Tips #2 Makan apa dan bila kita kehendaki 
tetapi elakkan daripada makanan yang berlemak, berempah, berasid atau bergoreng dan kurangkan makan lemak secara amnya. Ambil makanan yang kaya dengan protin dan vitamin B seperti yogurt. Makanan yang mudah dimakan dan dihadam seperti biskut juga boleh diambil.

Tips #3 Simpan snek ringan seperti biskut tawar di sebelah katil kita
Luangkan sedikit masa untuk makan biskut tersebut pada waktu pagi dan berehat sebelum turun dari katil.

Tips #4 Tulis dalam diari bila kita berasa lebih teruk dan lebih baik
Selalunya terdapat pola harian dan terdapat waktu tertentu pada setiap hari untuk anda makan atau minum tanpa terengah-engah.

Tips #5 Cuba minum di antara waktu makan 
terutamanya jika anda rasa sukar untuk minum tanpa muntah semula. Hadkan minuman semasa makan. Pastikan anda minum dengan kerap. Cuba hisap kiub ais jika anda muntah air.

Tips #6 Dapatkan rehat yang secukupnya 
dan ambil masa rehat dari bekerja jika perlu. Tekanan dan keletihan boleh membuatkan mabuk kehamilan lebih teruk.

Tips #7 Hidu buah lemon
Bau sepotong buah lemon boleh mengurangkan loya anda. Tambahkan beberapa hiris buah lemon ke dalam teh ais.

Tips #8 Minum teh halia 
Sediakan teh halia menggunakan akar yang disagat atau ambil sirap halia atau pil. Halia baik untuk melegakan perut dan mengurangkan loya. Walau bagaimanapun, halia perlu digunakan dalam kuantiti yang sederhana dan dengan berhati-hati. Ia juga tidak berkesan bagi sesetengah orang.

Tips #9 Vitamin B6 (piridoksina) atau multivitamin boleh mengurangkan mabuk kehamilan
Jika kita mengambil vitamin semasa kehamilan, kita mungkin kurang mengalami simptom yang teruk. Periksa dengan doktor kita sebelum mengambil sebarang makanan tambahan semasa kehamilan.

Tips #10 Cuba terapi semulajadi
Aromaterapi (minyak limau nipis, lemon atau sitrus) atau homeopati boleh membantu kita tetapi jumpalah pengamal yang berpengalaman dalam merawat wanita hamil.

Sumber: babycenter

Vitamin untuk membantu mengatasi alahan semasa mengandung ialah SET MORNING SICKNESS SHAKLEE. 

Set Morning Sickness Shaklee ini terdiri daripada B-complex dan PepperMint Ginger Plus
B-Complex
  • Kajian menunjukkan bahawa 1/3 daripada wanita yang mengambil Pyridoxine berjaya mengurangkan masalah morning sickness. 
  • Pyridoxine ini adalah salah satu komponen dalam Vitamin B iaitu Vitamin B6. 
  • Kebaikan Pyridoxine ini akan diperolehi secara optimum jIka diambil bersama Asid Folik (B9), Niacin (B3) dan Cobalamin (B12). 
  • Mana kita nak dapatkan semua vitamin ini? Jawapannya, semua ini terdapat dalam B-complex Shaklee. Baguskan? B-complex juga vitamin yang boleh membantu kita berasa gembira dan anti stress. 
PepperMint Ginger Plus
  • Ia tidak akan mengganggu bayi kerana ia dibuat dari bahan semulajadi dan mempunyai sijil KKM. Direka khas oleh pakar herba untuk mengurangkan morning sickness ibu hamil.
  • Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-siri semulajadi yang nyaman dan dan dapat melegakan dan menyamankan perut.
  • Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.
  • Pengambilan vitamin ini akan membantu mengurangkan loya yang dihadapi.  

2 comments.. read them below or add one

Nur Aliyah Syofia Nur Aliyah Syofia 13 Februari 2014 9:55 PTG
hai dear, jom join GA ni http://aliyahsyofia.blogspot.com/2014/02/first-giveaway-sempena-pembukaan-syofia.html

hadiahnye kupon RM50 tau^^ btw done follow u :-)

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.