Sering kali kita dengar, "Eh, saya mengandung, jadi saya kena makan untuk 2 orang la"
Alasan ini tidak boleh dipakai sama sekali. Sebab apa ye? Sebab kita akan
sukar untuk kembali ke berat badan asal kita nanti. Ibu yang hamil ni boleh makan dengan lebih kerap tapi mestilah dalam kuantiti yang sedikit dan pastikan apa yang kita makan tu ada khasiat yang diperlukan.
Khusus untuk ibu-ibu yang hamil, adalah penting untuk kita mengetahui jumlah peningkatan berat badan yang sepatutnya berlaku kepada kita sepanjang proses kehamilan ini. Jangan sampai berat badan kita berlebihan daripada yang sepatutnya dan jangan pula berat badan tak bertambah pun. Kedua-duanya ada risiko tersendiri.
Ibu yang hamil ni disarankan mengalami kenaikan berat badan dalam lingkungan 10 hingga 12 kg sehingga tarikh jangkaan untuk bersalin. Jumlah ini termasuklah 4kg berat badan baby dan selebihnya adalah berat uri, air ketuban yang melindungi baby dalam kandungan.
Kat sini saya kongsikan berat badan ibu hamil yang normal
Kenapa pentingnya kita mengetahuui apa apa yang boleh dimakan dan patut dielakkan sepanjang kehamilan ini? Sebab utamanya adalah untuk emi memastikan kesihatan diri sendiri dan baby yang dikandung sentiasa terpelihara.
Apa yang patut saya makan?
Ketika hamil dan hendak melahirkan, kita memerlukan lebih banyak tenaga berbanding hari-hari biasa. Oleh yang demikian, kita perlu mengambil makanan seimbang dan secukupnya supaya mendapat tenaga yang lebih tinggi.

- 5 minggu 2 kg
- 10 minggu 4 kg
- 15 minggu 6 kg
- 20 minggu 8 kg
- 25 minggu 10 kg
- 30 minggu 12 kg
- 35 minggu 14 kg
Kenapa pentingnya kita mengetahuui apa apa yang boleh dimakan dan patut dielakkan sepanjang kehamilan ini? Sebab utamanya adalah untuk emi memastikan kesihatan diri sendiri dan baby yang dikandung sentiasa terpelihara.
Apa yang patut saya makan?
Ketika hamil dan hendak melahirkan, kita memerlukan lebih banyak tenaga berbanding hari-hari biasa. Oleh yang demikian, kita perlu mengambil makanan seimbang dan secukupnya supaya mendapat tenaga yang lebih tinggi.
Amalkan 4 langkah seperti dibawah:
- Tingkatkan pengambilan kalori antara 200 ke 300 kalori sehari.
- Amalkan makan sedikit tetapi kerap sekurang-kurangnya lima hingga enam kali sehari. Cara ini lebih baik jika anda mengambil makanan terlalu banyak walaupun hanya dua atau tiga kali sehari.
- Banyakkan makan makanan sumber protein dan karbohidrat. Protein sangat penting bagi pertumbuhan bayi dalam kandungan dan karbohidrat penting untuk member anda tenaga sepanjang hari.
- Makan makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral khususnya sumber zat besi. Zat besi diperlukan untuk kekuatan organ dalaman.
- Ibu hamil tidak digalakkan mengambil kumpulan makanan yang disenaraikan seperti berikut:
- Mengambil banyak manisan termasuk gula pasir, gula perang dan golden syrup.
- Gula-gula dan coklat.
- Minuman berkarbonat seperti cola dan jus buah-buahan.
- Biskut, kek, pastry, donut, pai, jam dan apa juga makanan komersil. Ini kerana makanan yang dijual itu kebanyakannya menggunakan banyak kandungan gula.
- Buah-buahan dalam tin.
- Artificial cream.
- Bijirin sarapan pagi yang disalut dengan gula.
- Ais krim yang disalut dengan manisan seperti sirap strawberi atau coklat.
Selain itu, ibu hamil juga boleh mengambil makanan tambahan untuk ibu hamil. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai set ibu hamil ini boleh klik DISINI.