Kaki Kejang: Tips Merawatnya

Bismillah. Ibu-ibu yang mengandung sekarang ada alami kaki kejang tak? Sebab utama kaki kejang ketika mengandung sampai sekarang tak dapat dipastikan. Kaki kejang mungkin disebabkan oleh otot kaki si ibu mengalami keletihan kerana membawa beban berlebihan.

Kaki kejang ini juga mungkin disebabkan
oleh rahim yang semakin membesar dan menyempitkan pembuluh darah yang membawa darah dari jantung ke kaki serta menyekat saraf ke kaki.

Kekejangan kaki ini biasanya terjadi pada trimester kedua kehamilan dan keatas. Hal ini kerana perut semakin membesar. Kekejangan kaki ini

Bagaimanakah saya dapat melegakan kesakitan ini?

Apabila kekejangan berlaku:
  1. Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
  2. Urut otot yang kejang itu.
  3. Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.
Bagaimanakah saya boleh mengelakkan kekejangan?

Sesetengah pakar mengaitkan kekejangan kaki semasa hamil dengan kekurangan nutrien tertentu, terutamanya garam. Pengambilan supplement seperti kalsium atau garam magnesium dapat membantu mengelakkan kekejangan.

Ibu-ibu juga boleh cuba beberapa langkah berikut untuk melihat samada ia berkesan atau tidak:
  • Senaman regangan. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.
  • Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.
  • Cuba elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.
  • Cuba elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.
  • Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.
  • Minum banyak air.
Sumber

Untuk mengurangkan kekejangan kaki ini juga, ibu2 boleh amalkan pengambilan susu 2 gelas sehari. Untuk ibu-ibu yang tak suka minum susu, boleh gantikan dengan sumber kalsium yang lain seperti toufu dan sebagainya. Walau bagaimanapun, pastikan pengambilan kalsium mencukupi untuk setiap hari.

Ibu2 juga boleh amalkan sumber kalsium daripada Shaklee iaitu Ostematrix Shaklee. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Ostematrix ini, boleh klik DISINI


3 comments.. read them below or add one

Eellee Nana Eellee Nana 14 Februari 2014 2:15 PTG
@Kisah Si Dairy

my pleasure dear, semoga bermanfaat untk semua^^
Eellee Nana Eellee Nana 14 Februari 2014 2:16 PTG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.