Kulit Berjerawat: 10 Tips Atasinya

"Yana, nak makan apa untuk kulit yang penuh jerawat?" tanya beberapa orang sahabat di whatsapp.
"Yana, ada apa2 tips tak untuk kulit bebas jerawat?" tanya pula seorang sahabat di inbox fb.

Banyak lagi soalan2 tentang jerawat ni dan cara untuk mengatasinya diajukan. Kat sini, saya nak kongsikan tips untuk kulit bebas jerawat.

Jerawat selalunya
muncul di muka, leher, dada dan juga di belakang bahu di mana kalenjar minyak banyak dihasilkan. Jerawat di terhasil bila sebum, sel kulit mati dan bakteria terperangkap dalam laing roma.

Untuk yang ada masalah jerawat, anda boleh mengelakkan jerawat daripada berlaku sekiranya anda mengikut tips-tips yang diberikan. Baca apa yang boleh anda lakukan dan apa yang tidak.

1. Jangan cuci muka anda dengan berlebihan.

Kulit yang kotor tidak menyebabkan munculnya jerawat. Pembasuhan muka yang terlalu kerap dan agak kasar akan menyebabkan muka anda menjadi mudah luka dan sensitif. Malah boleh menyebabkan jerawat anda menjadi lebih parah lagi. Sama juga dengan skrubs dan juga sabun yang mempunyai kandungan kimia yang kasar. Sebaiknya, basuh muka terutama di tempat yang banyak jerawat 2 kali sehari dengan sabun yang sesuai dan juga air yang bersih.

2. Pilih sabun yang bebas minyak.

Sabun bebas minyak tidak akan tidak akan menyebabkan liang muka anda tersumbat atau menyebabkan bintik hitam, jerawat mahupun bintik putih. Pilih produk yang mempunyai label “oil-free”, “nonacnegenic” atau “non-comedogenic”. Cuci muka anda dengan jari-jari anda.

3. Jangan takut untuk makan makanan kegemaran anda.

Elakkan dari makan makanan sembarangan. Pada asasnya semua penyakit adalah berasal dari pemakanan. Terlalu kerap makan makanan berminyak boleh menyebabkan usus tidak sihat, banyak toksik terkumpul di dinding usus dan menghalang penyerapan gizi dan nutrisi. Seelok-eloknya lakukan detoks sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Ambil vitamin sebagai makanan tambahan untuk menyokong kesihatan badan dan kulit. Vitamin penting untuk kesihatan dan kecantikan kulit adalah termasuk Vitamin C. Vitamin C bantu melindungi tubuh dan kulit dari kerosakan sel. Vitamin C berfungsi untuk menghasilkani hormon anti-stress dan interferon yang dapat meningkatkan imuniti badan.

4. Minum banyak air.

Minum air suam dengan banyak membolehkan kulit anda sentiasa dihidrasikan. Juga makan makanan yang sihat seperti buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan vitamin A dan juga vitamin E. 2 vitamin yang telah diketahui memberikan kebaikan pada kulit anda. Sayuran-sayuran hijau dan berdaun seperti sawi dan juga brokoli adalah kaya dengan vitamin E. Vitamin A pula boleh dijumpai di dalam buah-buahan dan sayuran yang berwarna seperti lobak, buah pic dan sebagainya.

5. Jangan gunakan kosmetik yang berlebihan.

Jika jerawat timbul disebabkan penggunaan kosmetik, elakkan daripada menggunakan kosmetik yang tinggi bahan kimia iaitu dpt memutih dan memulih kulit dalam waktu yang singkat. Terutamanya kosmetik yang banyak berasaskan minyak, elakkan. Macam mana nak kenal pasti? Ikut panduan mudah ini. Kosmetik yang berkrim biasanya akan menyebabkan liang kulit tersumbat.Gunakan bahan2 natural untuk merawat kulit. Kosmetik yang berasaskan mineral biasanya ringan dan seperti bedak berkemungkinan lebih rendah untuk menyebabkan liang kulit tersumbat. Sebelum dan selepas anda ‘make-up’ pastikan anda membasuh muka anda.

6. Jangan biarkan diri anda berjemur di bawah terik matahari.

Ianya merupakan mitos yang berjemur atau tanning mampu membersihkan muka anda. Secara faktanya sinar UV mampu menyebabkan kulit anda berisiko untuk mendapat kanser, penuaan pramatang dan juga berkedut. Dan juga terdapat produk jerawat seperti retinoid topikal menyebabkan kulit anda menjadi lebih sensitif selepas anda menjemur diri anda.

7. Gunakan ‘Sunscreen’ bebas-minyak
Gunakan ‘sunscreen’ atau pelembab yang mempunyai ‘sun protection factor’ (SPF) 15 ataupun lebih tinggi yang menyediakan perlindungan meluas daripada sinaran ultraviolet (UV A) dan juga UV B. Cari produk yang dilabelkan ‘non-comedogenic’ yang tidak menyumbatkan liang kulit. Pakai pada setiap 2 jam.

8. Pastikan rambut tidak menutupi bahagian muka anda.

Sekiranya rambut anda panjang, pastikan rambut anda diikat supaya ia tidak menjadikan jerawat lebih anda lebih teruk terutama pada waktu siang. Ingat rambut juga mempunyai minyak yang juga boleh menyumbat liang kulit muka anda. Walaupun anda tidak menggunakan apa-apa produk rambut.

9. Jangan sentuh muka anda.

Sentuh atau meraba muka anda menyebabkan jerawat anda menjadi lebih teruk. Berpeluh juga sama, pastikan anda membasuh muka anda selepas anda berpeluh.

10. Jangan picit jerawat anda!

Sekiranya anda melakukannya ianya bukan sahaja membuat ia bertambah teruk malah ia boleh meninggalkan parut. Cuba tahan apabila anda mula nampak jerawat anda mula tumbuh. Terdapat alat yang boleh anda memicit jerawat tersebut. Itu pun selepas jerawat tersebut sudah masak. Di mana anda boleh lihat jerawat anda kekuningan.

Sumber

Bagaimana Vitamin C SR Shaklee boleh merawat jerawat?

Vitamin C berguna dalam rawatan jerawat atas dua sebab utama: ia berfungsi sebagai antioksidan dan ia menyumbang kepada sintesis kolagen.

Sebagai antioksidan, vitamin C membuang radikal bebas yang berbahaya dan menguraikannya kepada sebatian yang tidak berbahaya. Salah satu punca jerawat adalah kerosakan kepada kulit akibat daripada aktiviti radikal bebas.

Apabila radikal bebas dibiarkan pada kulit, mereka memecahkan protein dan asid lemak yang membentuk kulit dan mengganggu pH normal kulit. Kesan-kesan ini terkumpul dan boleh mengubah sifat kulit. Gangguan radikal bebas yang merosakkan kelenjar sebum boleh meningkatkan pengeluaran sebum dan mendedahkan kulit kepada jangkitan bakteria.Untuk mengelakkan tindak balas rantai ini yang membawa kepada jerawat, vitamin C boleh membantu menyerap radikal bebas sebelum ia merosakkan kulit. Ini membolehkan kulit yang dilindungi dan menghalang pembentukan luka jerawat.

Jangan kata kulit saya ok maka saya tidak perlukan Vitamin C. Sejauh mana kulit ok jika setiap hari kita keluar rumah dan terdedah kepada asap dan pencemaran? Kita sendiri tidak dapat melihat dengan mata kasar aktiviti radikal bebas di kulit. Jika hari ini ok, mungkin esok lusa kesan dari radikal bebas ini akan menampakkan hasil. Maka mungkin terbit keluhan:-

" Dulu kulit saya ok, tapi sejak 2 menjak ni tiba2 menjadi2 jerawat timbul. Nak keluar rumah pun malu"

Prevention better than cure. Ya tepat sekali ungkapan ini. Tapi bila dah terjadi jerawat, anda masih boleh merawatnya. Amalkan Vitamin C Shaklee yang dilengkapi dengan teknologi sustained release iaitu pelepasan secara berperingkat jam demi jam.

Apa yang membezakan Vitamin C jenama Shaklee dgn yang lain?
Shaklee Sustained Release Vita-C berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Sustained Release Vita-C mengandungi:
  • Kandungan Vitamin C yang tinggi.
  • Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.
  • Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah *

Perasan tak kat botol Vitamin C Shaklee tertulis perkataan Sustained Released (pelepasan masa)? Apa maksud vitamin C ni bertindak mengikut pelepasan masa?

Sebiji Vitamin C Shaklee mengandungi 500mg vitamin C dan ianya dirembeskan secara perlahan-lahan dalam badan mengikut keperluan badan kita tadi. Ini sangat bagus kerana vitamin C bersifat larut air dan ianya mudah dihapuskan dalam keadaan tertentu contohnya jika kita stress, berhadapan dengan cuaca panas dan banyak lagi. Namun apabila kita demam dan selsema, dinasihatkan anda mengambil dua biji vitamin C iaitu sebiji waktu pagi dan sebiji lagi waktu malam. Selain itu vitamin C itu digalakkan agar dipatah dua sebelum ditelan. Untuk apa ya? Ianya untuk memastikan vitamin C itu merembeskan kesemuanya vitamin C 500mg. Ini kerana semasa kita sakit badan kita memerlukan vitamin C pada kadar yang lebih tinggi dari biasa.

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.