Makanan Penyebab Kanser

Apa yang kita makan menyumbang kepada kesihatan kita. Kali ini saya akan membicarakan tentang kanser. Apakah itu kanser. Kanser adalah pembunuh secara senyap.

Kanser adalah penyakit yang berkaitan dengan sel dalam tubuh kita. Badan kita di bina daripada jutaan unit yang di panggil sel. Sel-sel ini adalah unit asas kehidupan. Sel-sel sama jenis bergabung membentuk tisu dan seterusnya organ seperti jantung, hati, otak, paru-paru dan sebagainya. 
Apabila umur kita semakin meningkat,
secara normalnya sel akan mati dan mengalami kecederaan. Tubuh badan kita akan menggantikan sel-sel ini dengan jumlah dan jenis sel yang betul. 

Kadang-kala sel-sel yang mati ini akan terus berkembang dan bertambah tanpa henti. Sel yang tidak normal ini dinamakan tumor. Tumor ini akan mengelilingi sel yang sihat dan mengambil khasiat daripada sel. Tumor ini mungkin adalah kanser. Sel-sel kanser ini akan berkembang dan tersebar ke organ badan yang lain melalui saluran darah dan limpa.

Kat sini saya nak kongsikan berkenaan dengan makanan yang boleh menyebabkan kanser. Sama ada kita sedar atau pun tidak, makanan yang kita makan seharian boleh menyumbang kepada tahap kesihatan kita.

Berikut merupakan makanan yang boleh menyebabkan kanser:
1. Makanan yang di BBQ
2. Makanan yang di goreng dengan lebih minyak seperti goreng pisang, keledek, kentang fries & wedges, kerepek.
3. Daging yang dimasak dengan api atau suhu yang sangat tinggi.
4. Makanan yang diawet , berlebihan garam atau nitrate. Contoh : makanan tin, telor & sayur masin, sausage, daging salai.
5. Nasi yang disimpan lama. ( mengandungi aflatoksin )
6. Makanan yang berkurangan serat dan tinggi lemak trans.
7. Jangan makan roti yang telah berkulat dan roti yang disimpan lebih 2 hari dalam cuaca panas untuk mengelakkan kanser hati.
8. Elakkan memakan seperti hati, buah pinggang dan otak lembu.
9. Elakkan produk-produk tenusu kerana kebanyakkan lembu diberi suntikan Growth Hormon dimana Growth hormon ini menyokong kepada pengembangan kanser sel.
10. Kurangkan makanan-makanan yang bergula.
l1. Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi MSG.

Untuk kita yang masih sihat ini, adalah penting untuk kita sentiasa berjaga-jaga dalam amalan pemakanan kita. Selain itu, kita juga boleh mengamalkan pemakanan tambahan. Bak kata pepatah, mencegah itu lebih baik dari merawat.

Pemakanan tambahan daripada Shaklee dengan izin Allah dapat membantu kita membaikpulih sistem badan dan mengembalikan tenaga dan dapat membantu membina sel-sel baru dalam badan kita. Insyaallah.

VIVIX SHAKLEE

Vivix adalah minuman daripada Raja anggur Muscadine Grapes yang mengandungi kandungan Resveratrol yang terbaik. Allah s.w.t telah menyebutkan buah anggur di dalam Al-Quran sebanyak 11 kali. Anggur merupakan salah satu daripada buah-buahan istimewa dan paling banyak manfaatnya. Ia boleh dimakan dalam keadaan segar mahupun kering. Ia berfungsi sebagai lauk-pauk serta dapat dijadikan sebagai ubat-ubatan bahkan dapat juga dijadikan sebagai minuman. 

Dalam surah al-Baqarah: 266, surah al-An'am: 99, surah al-Ra'd: 4, surah al-Isra': 91, surah Yaasin: 34, surah al-Naba': 32, surah Abasa: 28, surah al-Mu'minun: 19, surah al-Nahl: 11 & 67, surah al-Kahfi: 32.

Kajian telah menunjukkan bahawa Resveratrol mempunyai kandungan antioksida yang paling tinggi. Daripada kajian juga mendapati bahawa kandungan Resveratrol didapati daripada kulit dan biji Anggur Muscadine .
Antioksida diperlukan pada kadar yang tinggi untuk mendapat kesihatan yang optimum dan dapat membantu mencegah penyakit. Antioksida dapat membantu dan membaik pulih sel rosak yang berpunca dari radikal bebas.
Resveratrol dapat mencegah dari sel kanser merebak kerana resveratrol dapat menghalang dari pembentukkan sel yang tidak normal dalam tubuh manusia merebak.
Menurut Eleanor G. Rogan seorang Profesor dari Uni. Of Nebraska Medical Center. Resveratrol ada keupayaan untuk mencegah peringkat permulaan kanser semasa estrogen baru hendak memulakan proses pengembangan kanser dengan menghalang pembentukkan estrogen DNA adducts ( sebatian kimia yang menyebabkan kanser yang melekat pada DNA) .Dengan ini kami percaya seluruh sel kanser akan berhenti merebak sepenuhnya.VIVIX 10 X MORE POWERFUL berbanding dengan Resveratrol.


2 comments.. read them below or add one

Norhasniza Khalid Norhasniza Khalid 16 Februari 2014 8:09 PG
oh, baru mama tahu, terima kasih dengan info ini dear..

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.