Menu Ibu Berpantang: Bawal Kukus Berhalia

Untuk ibu-ibu yang berpantang, apa menu yang korang biasa masak? Memasak menu untuk ibu berpantang perlu teliti dan berhati-hati dalam soal pemilihan bahan-bahannya. Ibu selepas bersalin perlu makan makanan yang tinggi protein bagi membantu memulihkan luka yang dialami dan mengembalikan tenaga yang hilang.

Kat sini, saya nak kongsikan salah satu menu yang sesuai untuk ibu berpantang.



Bahan-bahannya:
  • 1 ekor ikan bawal (bersaiz besar)dilumur sedikit garam
  • 150 ml air
  • 2 sudu makan jus limau nipis
  • 3 ulas bawang putih diracik halus
  • 2 sm halia diracik halus
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 1 tangkai daun ketumbar dihiris
  • 10 biji kurma merah
  • 2 sudu makan minyak
  • 2 sudu kecil sos ikan
  • Garam secukup rasa
Cara menyediakannya:
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih bersama halia di dalam kuali. 
  2. Masukkan air, jus limau, bawang merah, kurma merah dan sos ikan, biarkan mendidih. 
  3. Masukkan bawal, taburkan sedikit gula dan tutup kuali supaya naik wap. Kecilkan api. Biarkan seketika sehingga bawal masak dan mesra dengan ramuan. 
  4. Hidang bersama daun salad. 

*Ikan bawal tinggi protein dan kaya dengan zat mineral yang boleh membantu memulihkan kesihatan tubuh ibu.

Sumber: Pa&Ma

Selain itu, ibu-ibu berpantang juga boleh mencuba Set Bersalin Shaklee yang bagus untuk ibu berpantang.


0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.