Tips Hilangkan Stretch Marks

Kepada ibu-ibu yang hamil, stretch marks merupakan igauan ngeri lebih-lebih lagi kepada ibu yang pertama kali mengandung. Ibu-ibu mengandung anak sulong mesti ternanti-nanti tanda stretch marks ni kan? Berdebar-debar pula jadinya.

Apakah itu stretch marks atau tanda regangan ini sebenarnya? Dan apakah pula penyebabnya?

Stretch marks marks merupakan tanda parut berupa urat-urat putih yang muncul pada permukaan kulit dan biasanya muncul pada bahagian perut, lengan, pinggul, paha, punggung dan juga payudara.

Stretch mark terjadi adalah disebabkan oleh pengaruh hormon kehamilan, yang mana ianya terbentuk apabila terjadi regangan kulit secara cepat hingga merosakkan jaringan tisu-tisu kulit sehingga kulit mengalami regangan secara berlebihan.

Bagi wanita hamil, stretch marks yang muncul biasanya berwarna merah jambu dan agak lebar, lama kelamaan ia berubah menjadi garis nipis berwarna keputihan atau kecoklatan. Selain faktor kehamilan, masalah ini juga terjadi akibat perubahan berat badan secara mendadak selain pengaruh ubat seperti steroid pada ubat gemuk atau asma. Pendek kata, kesan yang hodoh ini amat merisaukan sebahagian besar wanita.

Untuk lebih faham mengenai stretch marks, jom baca petikan ini.
Masa tengah mengandung, kita redha je la kan tengok stretch marks ni. Tapi semasa mengandung juga, kita boleh amalkan tips bagaimana meminimakan stretch marks ini.
  1. Ambil makanan sihat untuk melembabkan kulit. Ambil vitamin prenatal dan makan makanan berkhasiat dengan jumlah kalori yang betul serta mengandungi kalsium, protein, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  2. Minum 8 gelas air masak atau lebih untuk menjaga kelembapan kulit.
  3. Pastikan peningkatan berat badan sewaktu hamil adalah mengikut amount yang disyorkan oleh doktor.
  4. Lembabkan bahagian-bahagian yang dijangka akan terjadinya stretch marks dengan pemakaian losyen atau minyak coco butter atau sebagainya.
  5. Pengambilan diet yang tinggi protein. Protein akan merangsang komposisi kolagen kulit dan seterusnya mengurangkan kesan stretch marks yang ada. 
Bagaimana pula apabila selepas bersalin?

Kat sini ada beberapa petua tradisional yang mampu kembalikan perut kita seperti asal.
  • Salah satu cara ialah amalkan menyapu minyak zaitun di perut tiap-tiap malam sebelum masuk tidur.
  • Boleh juga guna cara dengan perahkan air limau nipis ke atas sedikit kapur sirih. Bancuh sehingga sebati lalu disapu ke perut. Kemudian balut dengan barut. Lakukan setiap kali selepas mandi.
  • Petua lain, boleh juga ramas sedikit asam jawa dengan kapur atau ragi. Campurkan sedikit air dan gaul sehingga sebati. Sapu pada perut ketika hendak tidur malam.

  • Selain itu ibu-ibu boleh juga rebus secupak asam gelugur bersama secupak garam sehingga hancur. Ambil asam gelugur hancur tadi, pupukan ke perut kemudian barut. Amalkan selama 44 hari.
Untuk yang malas nak sapu2 kat perut, boleh cuba amalkan Energizing Soy Protein (ESP) dan juga Vitamin E. Jom kita tengok, apakah kebaikan dua supplement ini:
  • Menghilangkan kedut, parut dan kesan rekahan. Jadi kulit tampak lebih cantik, mulus dan berseri.
  • Bertindak sebagai agen anti-penuaan. Pengamalan vitamin E dalam kehidupan seharian menjadikan anda kelihatan awet muda.
  • ESP berupaya menghilangkan parut di kulit, kerana terjadinya parut akibat kekurangan protein unuk membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati. 
  • Membantu mencegah pertumbuhan sel terutama kanser kerana Vitamin E membantu mengecutkan pertumbuhan sel yang abnormal.
  • ESP Bertindak dengan kadar segera dan terus menyerap ke dalam darah. Ia mengandungi 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. Merupakan sumber protein lengkap untuk menyokong kesihatan sempurna.
  • Mengecil dan mencerahkan kawasan areola yang biasanya akan menjadi besar dan gelap selepas bersalin. Kesannya, kawasan areola akan kelihatan pinkish seperti anak dara semula.
  • Membantu melancarkan peredaran darah dan secara tidak langsung akan meningkatkan kesihatan jantung anda. 
  • Mendapat jolokan “Vitamin Cinta”, pengambilan vitamin E secara konsisten mampu meningkatkan keinginan seksual di kalangan lelaki dan wanita dan membantu menyelesaikan masalah kedinginan antara suami dan isteri. 
  • Melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan bengkak susu daripada berlarutan. 
Testimoni pengguna Shaklee yang berjaya hilangkan stretch marks dengan ESP Shaklee

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.