Lama tak update apa2 kat sini.
Untuk hari ini, short update dari Nana^^
Setiap hari
Tubuh kita semakin rosak
Semakin berumur
Semakin byk penyakit yg datang
Makanan yg kurang/tiada nutrisi
Sebolehnya nak semuanya instant
Nak semuanya disediakan dlm sekelip mata
Air masak tak diminum tetapi air manis sentiasa nak diisi
Sebab apa? Katanya sebab nak tenaga dari gula
Tanpa berfikir kesan utk jangka masa yg lama
Nak bersenam jauh sekali
Apatah lagi nak berjalan kaki 10 minit sehari
Jika di shopping mall
Sebolehnya nak parking tepi kedai betul
Sebab apa? Letih mahu berjalan
Tidak mahu berpeluh
Stress? Mau tak stress dgn cost of living yg semakin mencanak2 naik
Mana nak cari duit lebih utk bayar itu dan ini?
Jika stress - badan cepat penat - bila selalu penat - tubuh menjadi semakin cepat tua
Saya mengaku saya tergolong dalam golongan di atas
Maka apa yg perlu saya buat?
Sebolehnya nak makan makanan yg kaya nutrisi
Sebolehnya nak jalani kehidupan yg sihat, bersenam berpeluh
Sebolehnya saya akan pastikan pengambilan air masak cukup
Sebolehnya saya nak cuba kurangkan stress - tak mau tua sebelum tua
Akhir sekali, saya akan cuba amalkan makanan tambahan kerana saya tahu saya takkan dapat nutrisi yg mencukupi dari pemakanan harian saya
Kehidupan saya adalah kehidupan saya
Dan saya bertanggungjawab ke atas diri saya utk memastikan saya dan keluarga sihat
Jika bukan diri sendiri, siapa lagi?