Soya Penyebab Kanser: Sejauh Mana Kebenarannya?

Soya menyebabkan kanser? Sejauh manakah kebenarannya? Ini juga disebabkan kandungan phyto-estrogen di dalamnya. Dan ini juga 50-50. Berdasarkan kajian pendedahan pada phyto-estrogen dalam kadar yang tinggi dan berterusan boleh meningkatkan risiko kanser terutama kanser payudara.

Tetapi kajian juga menunjukkan pengambilan soya dalam diet harian berupaya mengurangkan risiko kanser. Ini juga selari dengan banyak kajian yang dilakukan di kalangan orang Asia yang
rata-rata mengamalkan produk soya dalam diet harian. Dan paling penting pastikan soya itu non-GMO. Sememangnya banyak kajian menunjukkan phyto-estrogen berupaya mengurangkan risiko kanser terutama kanser payudara.

Apakah itu GMO? Sila Klik DISINI

Bukan lagi rahsia, melalui pemakanan yang berasaskan soya ia mampu mengurangkan risiko terjadinya kanser payu dara di kalangan wanita.

Perkara terbukti apabila satu kajian secara klinikal telah dilakukan oleh Yayasan Penyelidikan Kesihatan Awam Tokyo, di bawah Kumpulan Penyelidikan Bakteria Asid Laktik dan Kanser Payu Dara .

Penyelidikan dilakukan oleh pensyarah di Jabatan Pembedahan, Universiti Kyoto, Jepun, Dr. Masakazu Toi bersama seorang pensyarah dari Jabatan Biostatistik di universiti sama, Dr. Yasuo Ohashi. Mereka mendapati pengambilan soya dan juga pengambilan minuman yang mengandungi bakteria Strain Shirota iaitu minuman susu kultur, Yakult, secara tetap dan berterusan mampu mengurangkan risiko yang boleh membawa kepada kanser payu dara.

Banyak pertanyaan tentang tentang kesahihan khabar angin, sama ada kanser payudara disebabkan oleh meminum air kacang soya atau memakan produk makanan berasaskan soya seperti tauhu dan tempeh? Jawapannya tidak.
Menurut Dr. Zubaidi, memang tidak dapat dinafikan air soya dan produk makanan berasaskan soya mempunyai phytoestrogens, iaitu bahan biokimia semulajadi yang menyerupai hormon estrogen. Oleh kerana hormon estrogen boleh menyemarakkan lagi kanser payudara, maka persoalan seperti ini timbul.

Walaupun dalam ujikaji di makmal, phytoestrogens boleh merangsangkan pertumbuhan sel-sel kanser payudara, tetapi dalam kajian klinikal, ramai saintis gagal membuktikan dakwaan ini. Malah ada kajian klinikal yang mendapati pengamalan produk makanan berasaskan soya boleh merendahkan kebarangkalian mendapat kanser payudara.

Mengikut peraturan klinikal, satu kajian yang sahih haruslah mendapat keputusan yang sama apabila diuji berkali-kali dengan kaedah yang sama. Jika ada kajian yang dapat membuktikan sesuatu penemuan, tetapi apabila diulang semula oleh saintis lain ia tidak memberikan apa-apa keputusan yang sama, maka kajian itu sangat diragui.

Satu laporan dalam The Journal of the American Medical Association pada tahun 2009, para saintis mengkaji semula data yang dieprolehi dari seramai 5,042 wanita Cina yang dikaji dalam kajianShanghai Breast Cancer Survival Study mendapati bahawa soya merendahkan risiko untuk mendapat semula kanser payudara yang telah dirawat. Oleh kerana kajian ini dilakukan di China, dan belum di negara-negara lain, maka penemuan ini masih tidak disahkan lagi.

Banyak kajian perlu dijalankan bagi membuktikan dakwaan sama ada soya akan menyebabkan kanser payudara atau soya boleh mengelakkan kanser payudara.

Sumber

ESP merupakan Susu berasaskan soya, protein sayur-sayuran senang untuk di hadam dan tidak mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh menyumbang kepada penyakit kanser. Protein dapat memberikan tenaga dan penghasilan semula sel-sel yang lebih sihat.

Kajian menunjukkan bahawa isoflavon iaitu fitokimia yang terdapat dalam kacang soya mengurangkan paras kolesterol serum dan risiko mendapat penyakit jantung. Isoflavon juga didapati boleh mencegah pertumbuhan sel kanser dan mengurangkan risiko osteoporosis di kalangan wanita. 

Kajian menunjukkan bahawan genistein dan daidzen menyekat angiogenesis atau pertumbuhan pembuluh darah baru yang menyebabkan pertumbuhan tumor. Ahli sains juga menyedari bahawa genistein menambahkan kemujaraban ubat kanser. Institut Kanser Kebangsaan Amerika Syarikat ketika ini, mengkaji kemungkinan menggunakan genistein sebagai ubat mencegah kanser.

Air digunakan untuk mencuci bagi mengekalkan bahan penting seperti isoflavones, genistein dan diadzein. Di samping itu ahli – ahli sains menemui satu lagi bahan di dalam kacang soya yang mempunyai formula kimia yang sama dengan ubat tamaxifen yang digunakan secara rutin pada hari ini bagi merawat sebahagian besar pesakit kanser payu dara. Kajian – kajian yang dilakukan ke atas binatang mendapati, kesemua bahan – bahan ini mampu menghalang pertumbuhan sel – sel barah kulit dan usus besar .

Elemen genistein dalam soya telah terbukti dapat menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser dari merebak. Ia bertindak menghapuskan segala radikal bebas dalam sel-sel badan yang akan bermutasi DNA, yang akan menukarkan sel-sel badan menjadi sel-sel kanser. Selain dari itu, ia juga bertindak menjaga ovari dan rahim, prostat dan kitaran haid.

Semakin hari semakin ramai yang mengalami kesan positif dengan ESP. Jika teragak-agak mahu mulakan rutin pengambilan makanan tambahan, ESP adalah pilihan terbaik untuk memulakannya.

Tak rugi rasanya jika mengeluarkan sedikit pelaburan untuk kesihatan dan kecergasan badan yang berpanjangan. Bukankah 'prevention is better than cure'.

Untuk bulan ini, berbaloi-baloi dibuatnya. Penjimatan berganda. Beli 6 canister ESP, jimat RM324. 
Dapat pula:
  • PERCUMA 1 canister ESP
  • PERCUMA Keahlian Shaklee (seumur hidup)
  • dan BONUS TUNAI RM????
Jangan lupa, tawaran harga HEBAT hanya berlaku pada bulan Mac ini sahaja.

nota: Pre Order juga dibenarkan.


Nak beli 1? Pun boleh jugak. Harga runcit biasa RM150. 

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.