Tips Segarkan Kulit Muka: Cara Semulajadi!

Bukan senang untuk menjaga kecantikan kulit, malah jika kita seorang yang jenis suka bersolek tetapi langsung tidak mengamalkan petua, kulit wajah mungkin kelihatan lebih cepat kusam dan kering.

Kulit kita juga boleh dijaga dari dalam dengan mengamalkan cara pemakanan yang sihat. Selain itu, kita juga boleh amalkan beberapa petua untuk segarkan kulit kita.
Petuanya:
  • Perah sebiji epal hijau dan sapukan jusnya ke muka. Biarkan selama 10 minit barulah dicuci.
  • Perahkan limau nipis lebih kurang empat sudu dan campurkan dengan satu sudu kecil madu. Sapukan pada muka dan biarkan selama satu jam. Bersihkan dengan air suam.Boleh juga dijadikan sebagai masker dan untuk mengecilkan pori-pori. Amalkan dua kali seminggu. 
  • Bersihkan muka dan biarkan selama lima minit. Sementara itu jerang air sehingga mendidih, kemudian tuangkan ke dalam sebuah bekas. Tundukkan muka kita ke arah bekas itu supaya wap yang panas sampai ke muka. Sambil itu tutup kepala dengan tuala agar wap itu tidak dapat keluar. Amalkan setiap pagi dan malam, beberapa kali seminggu. Lihat kesannya.
Mudah aje kan petuanya. Seterusnya kita perlu sentiasa jaga pemakanan kita seharian. Pemakanan yang sihat dapat menjamin kecantikan kulit kita dari dalam. Sumber terbaik adalah dari buah-buahan dan sayuran kerana kaya dengan pelbagai jenis vitamin dan mineral untuk kulit. Di zaman yang serba canggih ini, agak sukar untuk kita mendapatkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar.

Sebagai pelengkap kepada pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran ini, kita boleh amalkan pengambilan makanan tambahan. Contohnya seperti Sustained Released Vita C Shaklee, 1 tablet Vita C ini bersamaan dengan 7.5 buah oren. Seperti yang kita sedia maklum, vitamin C ini sangat bagus untuk kulit, menjadikan kulit kita kurang cela, tona sekata, segar dan bersih.

Tambahan lagi, Vitamin E Complex pula kaya serta tinggi dengan kandungan anti-oksidan, Vitamin E Complex ini membantu memulihkan kesan atau parut hitam akibat jerawat.

Energizing Soy Protein juga sangat bagus untuk kulit. ESP ini kaya dengan sumber protein dan membantu merangsanag pertumbuhan sel-sel baru pada kulit. Jadi, sel-sel kulit yang rosak akan digantikan dengan segera dan kesannya kulit tidak kering, nampak lembap, gebu dan segar secara semulajadi.

Dengan ini, kita tidak lagi perlu berselindung disebalik make up yang tebal. Saya dah alami kesan positif dengan ESP Shaklee.

Mahu cuba? 

Untuk bulan ini, berbaloi-baloi dibuatnya. Penjimatan berganda. Beli 6 canister ESP, jimat RM324. 
Dapat pula:
  • PERCUMA 1 canister ESP
  • PERCUMA Keahlian Shaklee (seumur hidup)
  • dan BONUS TUNAI RM????
Jangan lupa, tawaran harga HEBAT hanya berlaku pada bulan Mac ini sahaja.

4 comments.. read them below or add one

msredcheesecake msredcheesecake 13 Mac 2014 10:25 PG
try lemon ngan madu...hhee... selalunya makan madu je
Eellee Nana Eellee Nana 16 Mac 2014 7:47 PTG
@msredcheesecake

lemon and madu syok, rasa segar je muka^^

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.