6 Cara Mudah Rawat Chickenpox: Guna Bahan Kat Dapur

Sekarang ni penuh newsfeed kawan-kawan facebook pakat updated kena chickenpox. Rupa-rupanya sekarang ni musin chickenpox ye. Saya dah kena dah sekali chickenpox ni pada 15 tahun yang lalu. Yang Allah, sakitnya tak terkata. Lebih seminggu juga tak hadir ke sekolah. Chickenpox ni rupa-rupanya boleh berjangkit yang disebabkan oleh virus Varicella-zoster, biasanya bermula dengan ruam kulit dan kemudianya akan menjadi lepuh yang gatal. Paling biasa ditemui pada kanak-kanak di bawah 12 tahun, cacar air pula boleh menjejaskan mana-mana orang daripada semua peringkat umur.

Sumber

Lagi haru kan kalau chickenpox ni kena kat anak-anak kita. Kali ini saya akan kongsikan Cara Mudah Untuk Rawat Chickenpox. Insyaallah cara ini akan buat badan rasa selesa, kurang gatal dan lepuh-lepuh. Caranya sangat mudah dan senang tau. Hanya gunakan bahan-bahan di dapur aje.

Jom kita semak apa barang2 kat dapur yang boleh kita guna.

#1. Madu
Biasa kita dengar madu untuk makan aje kan? Madu juga boleh digunakan untuk menyembuhkan cacar air atau chickenpox ni. Dalam madu ada banyak khasiatnya seperti komponen antibakteria semula jadi yang sangat bagus untuk menyembuhkan kerengsaan. Subhanallah, Maha Suci Allah, hebat kan madu ini. Madu juga dikatakan mengandungi gula ringkas semula jadi. Gula ringkas semulajadi ini bersama-sama dengan ciri-ciri ant-bakteria itu mencipta kesan menenangkan ini.
Cara menggunakan madu untuk cacar air atau chickenpox

  1. Sapukan madu dalam lapisan nipis di seluruh kulit di mana terdapat ruam, lepuh atau hanya gatal-gatal.
  2. Biarkan untuk beberapa ketika dan kemudian bersihkan.
  3. Ulangi langkah ini 3-4 kali sehari.

#2. Baking Soda
Yang keduanya adalah baking soda. Baking soda ni kita biasanya guna dalam pembuatan roti dan kek. Sesiapa yang suka buat pastry tu, mesti baking soda ni wajib ada kat rumah. Baking soda ni tinggi alkalinya. Baking soda dapat menghilangkan gatal-gatal. Caranya kita boleh sapu baking soda ni di seluruh badan kita untuk elakkan lepuh dan ruam pada kulit menjadi lebih teruk.
Macam cara nak guna baking soda ni? Jangan pula kita sapu terus pada kulit. Sebelum sapu pada kulit, kita ambil dulu setengah sudu teh baking soda dan campuran ke dalam segelas air. Sponge pesakit cacar ayam dengan air ini. Biarkan ia kering pada kulit untuk memberi kelegaan daripada gatal. 

Kita juga boleh menggunakan hampir 3 sudu besar baking soda dalam mangkuk atau segelas air.
Ambil setengah cawan baking soda dan campurkan dengan air suam atau air sejuk yang disediakan untuk mandikan pengidap chickenpox. 

3. Halia
Selain amalkan mandi degan baking soda, kita juga boleh amalkan mandu dengan air halia. Hah, macam mana tu ye? Di Thailand, mandi halia ni sangat popular. Mandi halia merupakan ubat Thai untuk mengurangkan gatal-gatal yang disebabkan oleh penyakit ini.
Cara sediakan mandia halia untuk chickepox:

  1. Halia serbuk ¼ untuk ½ cawan (anda juga boleh menggunakan keping halia segar)
  2. Tab mandi yang dipenuhi dengan air suam.
  3. Campurkan serbuk halia atau halia keping segar ke dalam air mandian hangat.
  4. Rendam di dalam air ini selama 20-30 minit.
  5. Perlahan-lahan tepuk kering dengan tuala yang bersih tanpa merosakkan kulit kita.


#3. Oatmeal
Pagi-pagi semasa sarapan kita makan oatmeal kan. Kali ini oatmel kita buat mandi pula. Hehe. Oatmeal bukan sahaja dimakan untuk kesihatan jantung dan kurangkan kolestrol malah merupakan salah satu penawar bagi chickenpox. Oatmeal yang dijadikan sebagai bahan rendaman dalam air mandian boleh membantu melegakan kegatalan akibat daripada ruam dan lepuh.
Cara menyediakan mandian oatmeal

  1. Oatmeal-2 cawan.
  2. Tab mandi yang dipenuhi dengan air suam.
  3. Kisar oat dalam pengisar atau pemproses makanan untuk mendapatkan serbuk halus.
  4. Isi tab mandi/baldi dengan air panas, masukkan serbuk oatmeal secara berpusar ke dalam air.
  5. Rendam badan dalam campuran ini.
  6. Kaedah ini bagaimanapun akan meninggalkan keping-keping oatmeal pada kulit dan rambut anda tetapi akan melegakan anda dari kegatalan.


#4. Bunga Jasmine/Melor/Melati
Kalau dalam Bahasa Inggeris dikenali sebagai bunga jasmine, dalam Bahasa Melayu bunga melor dan dalam Bahasa Indonesia pula bunga melati. Inilah rupanya putih-putih melati kita.
Cara-cara untuk menggunakan bunga Jasmine untuk cacar air:

  1. Minum teh Jasmine 2-4 kali sehari. Kita boleh mendapatkan teh ini di kedai-kedai teh herba. Hanya curam di dalam air panas dan minum.
  2. Bunga jasmine juga boleh dijadikan mandian. Ambil segenggam bunga jasmine dan kisarkan. Campuran bunga Jasmine yg dikisar dengan air beras. Campurkan air beras ini dengan air suam. Mandi dengan air ini. Insyaallah berkesan.

#5. Garam Epsom 
Pernah dengar Garam Epsom tak?  Yang sebenarnya Garam Epsom bukanlah garam tapi merupakan sebatian mineral yang terdiri daripada magnesium dan sulfat dan boleh menjadi sangat berguna untuk melegakan gatal-gatal disebabkan oleh cacar air. Mineral dalam garam Epsom juga melegakan kesakitan dan melegakan keradangan kulit yang berkaitan dengan cacar air.
Cara 1:

  1. Ambil 2 cawan garam Epsom.
  2. Isi tab mandi anda dengan air suam.
  3. Tambah garam Epsom ke dalam air ini. Gaul dengan tangan anda sehingga ia larut sepenuhnya.
  4. Sekarang rendam di dalam air ini bercampur dengan garam Epsom selama kira-kira 15 minit. Kita mungkin berminat untuk rendam selama beberapa waktu lagi.
  5. Keluar dari tab mandi dan perlahan-lahan tepuk dengan tuala badan supaya kering. Berhati-hati supaya tidak merosakkan kulit menggelembung kita.
  6. Rendam setiap hari dalam air garam Epsom hingga chickenpox kita sembuh.


Cara 2:

  1. Ambil garam Epsom 2 cawan.
  2. Panas air 1 gelen (lebih sedikit daripada 3.5 liter)
  3. Satu kain bersih.
  4. Campurkan garam Epsom di dalam air panas.
  5. Celup kain dalam air ini.
  6. Tekap kain tadi pada kulit di mana terdapat lepuh. Biarkan kain sejuk.
  7. Ulangi sebeberapa banyak yang mahu sehingga kita merasa lega.

Selain daripada bahan-bahan kat dapur ni, badan pesakit chickenpox memerlukan nutrien asas termasuk vitamin dan mineral dan juga enzim yang boleh meningkatkan kekebalannya . Bukan itu sahaja, nutrien ini juga membersihkan sisa toksik dari sel-sel untuk merawat cacar air. Jadi pesakit harus mengmabil diet tertentu ketika diserang chickenpox. Antaranya adalah: -


  1. Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan yang boleh menyediakan anda dengan phyto- nutrien yang diperlukan untuk menguatkan sistem imun.
  2. Minum jus yang kaya dengan vitamin A dan C. Jus Carrot dengan daun ketumbar dan sedikit jus lemon adalah baik untuk mengubati cacar air. Tambah madu untuk untuk menjadikannya lebih berkhasiat.
  3. Makan sup ayam dan sup sayur-sayuran.
  4. Elakkan makanan bergula dan diproses serta soda .
  5. Hadkan pengambilan produk tenusu tetapi yogurt boleh diambil.
  6. Hadkan pengambilan daging , roti atau makanan lain yang meletakkan tekanan pada sistem pencernaan anda.
  7. Elakkan garam , cili , mentega dan makanan pedas.
  8. Minum banyak air.


Semoga tips dan panduan untuk penjagaan semasa chickenpox ini dapat membantu ibu-ibu menjaga anak atau bayi yang diserang chickenpox dengan lebih mudah dan membantu mereka merasa lebih selesa. Selamat mencuba dan semoga memberi kesan positif terhadap pesakit. Apapun berjumpa lah doktor jika penyakit menjadi semakin teruk.

Solusi yang terbaik untuk anak-anak yang mengalami cacar air atau chickenpox ini ialah amalkan Set Chickenpox Shaklee. Banyak di kalangan kawan-kawan saya pengguna Shaklee dan dari apa yang mereka kongsikan, set ini baik untuk hilangkan cacar air atau chickenpox ini. Dalam set ini ada 2 jenis produk sahaja iaitu:

1. Herbal Blend
Herbal Blend ini digunakan untuk sapu-sapu pada bahagian yang gatal supaya nanti anak-anak atau kita sendri yang kena chickenpox ini tak tergaru-garu.
2. Basic H
Basic H ini digunakan untuk mandikan anak-anak yang kena cacar air itu. Kasi semua cacar air atau chickenpox hilang.
Semuanya semulajadi, selamat dan berkesan biiznillah.


1 comment... add one now

Mama Darwiish Mama Darwiish 14 April 2014 4:29 PTG
teringat kene chicken pox mase pregnant..allahuakbar...dugaan

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.