Berniaga - Belajar Pergantungan Kepada Allah

Bismillah.

[[ Berniaga - Belajar Pergantungan Kepada Allah ]]

Andai kita bekerja dengan orang lain, dan bergaji, ada potensi kita mungkin akan bergantung pada gaji kita. Kerana tiap bulan, insya-Allah dapat gaji yang tetap.
Apabila kita berniaga, ada turun naiknya. Tiap bulan tidak semestinya dapat 'gaji' yang sama. Yakni pendapatan syarikat. Ada untung dan rugi.

Berbanding apabila kita bekerja bergaji.

Yang sebaiknya adalah kita meletakkan 100% pergantungan kepada Allah. Oleh sebab, andai kita bergaji
tetap, ada potensi syarikat berlaku sesuatu yang bukan dalam kawalan kita. Nauzubillahi min zalik.

Kadang-kadang apabila kita ada duit yang banyak, kita akan bergantung pada duit kita untuk pergi mana-mana.

Pergantungan kepada Allah akan diterjemah kekuasaan-Nya, apabila kita mahu pergi ke rumah-Nya. Kaabah. Kerana, bukan semua orang yang ada duit yang banyak, dijemput oleh-Nya.

Walau mereka mampu pergi tiap tahun atau tiap bulan, tidak semestinya, mereka dapat pergi.

.Andai kita ada seorang zauj (suami) yang kaya, kita sebagai isteri mungkin akan bergantung kepada dia. Sebaiknya kita juga berusaha sesuatu yang meringankan beban suami.

Andai dia seorang ahli perniagaan, mungkin membantunya menguruskan perniagaannya. Namun, ia tertakluk kepada kebenaran suami.

Andai kita mempunyai keluarga yang berlatar-belakangkan orang kaya, kita mungkin akan bergantung kepada keluarga kita untuk beri duit. Sebaiknya, kita juga mengusahakan sesuatu, untuk bina aset sendiri.

Supaya tidak bergantung kepada keluarga.

"Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu". (Surah Ath Thalaaq: 3)

Insya-Allah kita akan rasa lebih berlapang dada, apabila kita bertawakal hanya kepada Allah.

.Insya-Allah, itu antara perkara penting yang dihadam daripada aspek bisnes. 
Ini adalah kata-kata Cik Puan Insyirah Azhar yang saya kongsikan. 

Alhamdulillah, terima kasih ya Allah. Saya bersyukur sesangat kerana berpeluang menjalankan perniagaan Shaklee. Alhamdulillah, syukur tak terhingga buat Allah kerana saya sangat minat dalam bidang nutrition, Allah dorongkan minat saya dalam perniagaan Shaklee. Dalam masa yang sama juga, saya dapat luangkan masa bersama keluarga ini kerana saya hanya menjalankan perniagaan dari rumah.

Syukur juga saya berada dalam group bimbingan yang betul. Saya berterima kasih kepada kawan-kawan dalam kumpulan saya yang banyak membantu supaya kita sama-sama berjaya.

Bagi saya, sedar atau tidak, perniagaan akan mendekatkan kita kepada Allah. Ini kerana dengan berniaga, kita mengharapkan sepenuh pergantungan kepada Allah.

Terima kasih Ya Allah untuk nikmat-Mu yang tak terhitung.

Untuk sahabat blogger yang membaca contengan saya ini, sekiranya sahabat berminat untuk menjalankan perniagaan Shaklee sama seperti saya, boleh lah sms/whatsapp Nana 014 509 0435. Dengan lapang dada, saya sedia membantu sahabat sehingga berjaya. 



0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.