Cara Mudah Hilangkan Whitehead & Blackhead: 100% Berkesan

Pasti anda tercari-cari kaedah yang mudah dan berkesan bagaimana cara untuk menghilangkan whitehead dan blackhead. Malah mengikut carian kami di Google, kata kunci untuk blackhead removal dan whitehead removal tersangatlah tinggi sehingga mencecah purata 40, 500 carian sebulan.


hapuskan whitehead blackhead
Whitehead & Blackhead bercambah-cambah di hidung

Tiap kali belek2 muka kat cermin mesti menyampah tengok whitehead, blackhead ni kan. Kalau pegang bahagian muka terutamanya bahagian hidung mesti boleh rasa kesan berpasir-pasir whitehead dan blackhead ni. Menyampah kan. Hehe.

Apakah "Blackhead" dan "Whitehead" ni?

"Blackhead" - nama dalam perubatan adalah Open Comedo. Ia adalah lebihan minyak dan kulit mati yang terkumpul pada kelanjar 'Sebaceous'. Bila ia terdedah kepada udara, akan berlaku pengoksidaan. Tindakbalas ini menyebabkan warna lebihan minyak tersebut betukar menjadi hitam. Oleh sebab itu hanya bahagian atas yang berwarna hitam.



"Whiteheads" - nama dalam perubatan disebut sebagai Closed Comedo. Ia adalah jerawat yang terdiri daripada minyak dan kulit serum yang mati dan memalam liang pori-pori di muka . "Whiteheads" boleh ditakrifkan sebagai: sesuatu yang kecil, mutiara atau tompok putih yang terbentuk di dalam kulit di mana sel-sel kulit menyumbat dan menutup folikel rambut (sebab mengapa mereka juga dikenali sebagai Closed Comedo).

Tapi jangan bimbang, ada cara untuk kita hilangkan whitehead dan blackhead ni. Cara paling mudah guna je telur ayam kat dapur. Pernah guna tak?

Untuk yang tak pernah guna, meh kita semak step2 nak buang whitehead dan blackhead dengan telur ni.

Apa yang kita perlukan adalah putih telur dan juga kapas.


BACAGENTLE ACTION MAKE UP REMOVER berkesan hilangkan Whitehead dan Blackhead


So ikut cara ni step by step ;
  1. Ambil sebiji telur ayam pun dah cukup just asingkan putih dan kuning telur tu.
  2. Pukul putih telur sehingga kembang
  3. Bersihkan wajah terlebih dahulu menggunakan pencuci muka atau air (seeloknya air suam) untuk membuka liang pori.
  4. Ratakan kapas muka dengan putih telur
  5. Tekap/tempek/tampal rata kapas [yang telah diratakan putih telur] diwajah sayang2 semua dan biarkan sehingga kapas kering.
  6. Tanggalkan kapas muka dan lihat hasilnya. Then cuci muka dengan air suam atau pencuci muka [ikut keselesaan]
*Nota: Untuk kesan terbaik lakukan tiga kali seminggu dan sayang2 semua akan nampak hasilnya.

Ada sesetengah dari kita tak suka dengan telur ni. Maklum lah baunya busuk. Hehe.

Untuk yang tak suka bau telur, boleh cuba dengan vitamin semulajadi. Yang penting kena konsisten dalam menggunakan Vitamin E ni.

Cara menggunakan Vitamin E dalam merawat "BLACKHEAD" dan "WHITEHEAD"
Cuci muka bersih-bersih dengan air suam.
  1. Cucukkan Vitamin E dan sapu minyak patinya di muka sebelum tidur
  2. Esoknya baru dicuci selepas bangun dari tidur.
  3. Makan Vitamin E 1 hari sebiji.
  4. InsyaAllah masalah di atas dapat diatasi jika konsisten dalam penggunaannya. 
Selain itu untuk mengatasi masalah ni elok juga amalkan langkah-langkah di bawah:-

Pastikan pengambilan air kosong mencukupi 2-3 liter sehari.
  1. Cuci muka sekurang-kuranga 2x sehari.
  2. Tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari.
  3. Makan makanan yang mencantikkan kulit seperti sayur-sayuran dan buah-buahan
  4. Lakukan riadah yang membantu mengeluarkan peluh.
  5. Kawal makanan berlemak dan tinggi kolestrol.
Ni kita tengok sayang2 yang dah berjaya hilangkan whitehead dan blackhead ni dengan vitamin E.



Nak kasi booooommmm lagi, sayang2 semua boleh tambah Shaklee Collagen Powder. Ni tengok sayang2 kita yang berjaya hilangkan blackhead, whitehead dalam masa 5 hari je. Kesan lain yang baik pun dapat jugak.


4 comments.. read them below or add one

MG schmidt MG schmidt 13 Ogos 2014 11:29 PG
skank kn ada readymade egg mask :)
susah n syg lak nk amek putih telur je ..huhu
Eellee Nana Eellee Nana 17 Ogos 2014 2:08 PTG
yup, boleh cuba yg readymade egg mask juga :)
madia madia 15 April 2016 6:16 PG
saya nk tnye ,knpa lepas cuci guna pencuci muka shaklee ,whitehead makin nk kluar ?
Ainie Ainie 23 November 2016 12:31 PTG
I pakai putih telur dan ia amat berkesan utk merawat blackhead di kebanyakan muka saya terutamanya hidung yang dpt blackhead banyak sekali.

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.