Cara Mudah Pulihkan Sunburn: 7 Tips Hebat

Assalamualaikum kesayangan semua.

Sekarang ni kan cuaca panas sangat kan. Suhu boleh mencecah 35 darjah celcius. Untuk sesiapa yang sentiasa terdedah pada aktiviti outdoor pasti merasai bahangnya.
Tak kira lelaki atau perempuan, bila sentiasa terdedah pada aktiviti luar pada suhu yang tinggi pasti akan merasai sunburn atau kulit terbakar. Nak senang lihat lagi, yang pakai tudung tu, bila buka je tudung, nampak lah belangnya kan. Ramai yang ada masalah ni kan. Termasuk lah yana sendiri.
Penyelesaiannya, insyaallah dengan tips berkesan ini dapat membantu mengurangkan sunburn kita tu:


1. Sapukan isi daun aloe vera ke seluruh kulit yang terbakar. Biarkan hingga kering dan bilas dengan air suam hingga bersih. Amalkan setiap hari hingga berpuas hati.
2. Belah dua buah tomato. Gosokkan bahagian isi buah tomato pada bahagian kulit yang terbakar. Biarkan hingga benar-benar kering. Bilas dengan air suam hingga bersih.
3. Kisar 3 biji timun dengan 1sudu besar susu tepung. Sapukan pada kulit yang terbakar dan biarkan hingga benar-benar kering. Bilas dengan air suam hingga bersih.

4. Campurkan sedikit tepung gandum, madu, putih telur, yogurt dan perahan limau nipis menjadi paste. Sapukan pada bahagian kulit yang terbakar. Biarkan hingga benar-benar kering. Bilas dengan air suam hingga bersih. Amalkan selalu hingga berpuas hati.

5. Parut ubi kentang dan timun, gaul rata pastu sapu kat muka yg sunburn. Biar selama 10 minit pastu cuci bersih.

6. Hiris nipis2 tembikai pastu tekan kat muka selama 20 minit pastu bilas bersih. Tembikai ada zat astrigen yang boleh menyejukkan kulit yang terbakar sebab matahari.

7. Nak guna mayonis pun boleh. Sapu je kat muka selepas terkena sunburn.

Mudah sangat kan. Guna je bahan-bahan kat dapur rumah. Untuk sesiapa yang dah terkena sunburn tu, cepat2 ambil bahan2 kat dapur dan dah boleh start buat.

Cuaca sekarang yang panas buatkan kulit rasa tak best sangat. Ada yang rasa kering, menggelupas, kusam dan kasar. Seharian, aktiviti kerja saya banyak dihabiskan di bawah panas terik. Menduga keimanan betul, rasa macam nak tempek je air pack kat muka.

Apa yang saya amalkan ialah sentiasa minum air masak dengan banyak. Minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari.
Lagi satu, saya suka buat petua yang No. 2 tu, potong tomato and sapukan kat muka. Best kan.

Nak tambah best lagi, saya amalkan masker dari Set Kecantikan Kulit Shaklee. Jangan ada yang tak tau, Set Kecantikan Shaklee boleh buat masker jugak tau, bukan terhad pada makan sahaja. Best kan.

Antara vitamin yang boleh dibau masker adalah ESP, Vitamin C, Vitamin E, Vivix dan Shaklee Collagen Powder.

Meh saya ceritakan serba sedikit bagaimana nak buat Masker Shaklee ni. Hehe.

1. Masker ESP+Yogurt
Memang kenalah dengan cuaca panas sekarang ni, masker ESP dan yogurt boleh menyegarkan muka dan menghilangkan kesan sunburn. Campurkan ESP dan yogurt dan sapukan pada muka, amalkan 3 kali seminggu dan insyaallah hasilnya adalah memuaskan.

Selain itu, masker ini juga dapat menggebukan kulit muka.

Saya dah rasai kebaikannya. Suka sangat :)
2. Masker Vitamin E 
Ambil 1 kapsul vitamin E dan pecahkan dengan menggunakan jarum. Picit perlahan-lahan untuk keluarkan vitamin E dari kapsul dan ratakan di sekitar kawasan muka. Best time sebelum tidur ye.

3. Masker Vitamin C
Patahkan vitamin C dan hancurkan dalam piring. Masukkan 1 sudu air dan biarkan 3 minit sehingga kembang. Sapukan pada muka yang telah dicuci. Biarkan kering (20-30 minit) dan bilas dengan air suam.

4. Masker Vivix & Collagen Powder
Masker yang ni mahal sedikit sebab gunakan produk Shaklee yang mahal tapi berbaloi iaitu Vivix dan Collagen Powder. Ambil sedikit Collagen Powder dan sedikit Vivix yang telah dicairkan, digaul rata kemudian sapukan pada muka. Bangun esok pagi insyaallah kulit muka akan gojes dan glowing.
5. Masker Alfalfa
Yang ini dua dalam satu, masker dan scrub. Hancurkan beberapa biji alfalfa campur sedikit air supaya wujud sebatian yang boleh disapu pada muka, Agak-agak airnya ye supaya sebatian boleh disapu pada muka. Biarkan seketika agak-agak dah nak kering gosokkan pada sekitar kulit buat macam scrub untuk buang sel-sel mati berserta whitehead dan black head. Kalau nak buat macam scrub terus pun boleh lepas siap sebatian terus jer gosokkan pada sekitar muka.

Masker dari yang murah sehingga yang mahal semua ada. Insyaallah, semuanya berkesan. Pilih je sayang2 semua nak guna yang mana satu. Disamping makan vitamin-vitamin ini penggunaan sebagai masker juga dapat membantu mendapatkan kulit yang menjadi idaman selama ini.


0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.