Cara Mudah Rawat Lebam Bawah Mata: 2 Tips Berkesan

Bertemu kembali, semalam cukup tidur tak? Kenapa pula saya tanya pasal cukup tidur? Hehehe. Hari ini saya nak berkongsi dengan kita2 semua cara yang mudah nak bagi lebam atau lingkaran gelap bawah mata hilang.
Lebam bawah mata di terjadi kat saya bila tak cukup tidur. Tapi ada banyak sebab kan kenapa lebam bawah mata ni boleh terjadi. Apa yang penting lingkaran hitam bawah mata memang agak merunsingkan bagi wanita termasuklah saya sendiri. Hehe. Sayang2 yang baca ni rasa runsing tak? 

Mengikut apa yang saya perhatikan, penampilan seseorang wanita atau pun  diri kita itu akan hilang serinya kalau ada berlaku lingkaran hitam bawah mata dan akan menampakkan rupa kita yang cepat tua.

Ada beberapa punca yang berlakunya lingkaran hitam bawah mata. Jom kita semak kenapa la lingkaran hitam ni duduk bermaharalela bawah mata. Antaranya ialah:

1. Keturunan
Ketipisan kulit di sekitar mata berbeza pada setiap orang, biasanya hal ini disebabkan kerana keturunan. Semakin tipis kulit seseorang, maka semakin nampak jelas bayang-bayang hitam di bawah mata.

Yang keturunan ni, cuba semak balik dengan adik-beradik kita, tak pun mak kita. Tengok balik, deorang alami nasib yang sama dengan kita tak.

2. Alergi
Akibat mata yang gatal kerana alergi, orang akan cenderung menggosok kulit di sekitar mata. Hal ini akan membuat darah memenuhi pembuluh-pembuluh di bawah mata, yang akan membuatnya nampak gelap. Beberapa alergi pada makanan juga menyebabkan lingkaran hitam ini. Pencegahan terhadap alergi dan membiasakan diri tidak menggosok mata perlu dititikberatkan oleh mereka yang memiliki alergi pada mata.

Untuk yang ada alergi ni, sila hati-hati lah ye. Jangan duk gosok mata kuat sangat dan jaga pemakanan kita.

3. Keletihan
Kurang tidur atau keletihan yang berlebihan akan membuat mata bekerja lebih keras sehingga pembuluh-pembuluh darah di sekitar mata juga lebih aktif dan terlihat sebagai bayang-bayang hitam di bawah kulit mata. Rehat dan tidur yang cukup adalah penyelesaian yang paling baik.

Yang keletihan ni selalu terjadi kat saya. Kat sayang-sayang semua macam mana? Maklum lah, kadang2 menghadap report yang bertimbun, inilah akibat bila kerja office diangkut ke rumah. Hehe. 

Untuk yang ada anak, kemungkinan anak meragam malam. Apa-apa pun pastikan kita dapat rehat yang cukup.

4. Usia
Seiring dengan bertambahnya usia, kulit akan kehilangan kolagen yang membuatnya menjadi lebih tipis dan tembus pandang. Dengan demikian bayang-bayang gelap akan semakin nampak. Perawatan untuk meremajakan kulit akan mengurangi lingkaran hitam yang muncul akibat usia.

5. Anemia
Kekurangan zat besi yang merupakan paling umum bagi anemia, juga boleh menyebabkan bayang-bayang hitam ini. Pada masa kehamilan dan menstruasi kulit akan menjadi lebih pucat karena kekurangan zat besi dan hal ini menyebabkan pembuluh-pembuluh darah di bawah mata lebih jelas terlihat sebagai bayang-bayang hitam. Pengambilan supplement zat besi atau penambah darah akan mengatasi masalah ini.

Bagi wanita yang mengalami masalah lingkaran hitam bawah mata ni, pelbagai cara telah dicuba bagi menghilangkannya. Ada yang menggunakan cara tradisional seperti menggunakan hirisan timun, uncang teh dan sebagainya.

Darlings semua cuba cara mana ye? Boleh share dengan kawan-kawan yang di bahagian komen.

Di Shaklee, ada produk yang boleh membantu darlings yang mengalami masalah ini. Tidak salah untuk mencuba dengan pelbagai cara. Dari Shaklee, ada Enfuselle Eye Treatment dan Collagen Powder yang dapat membantu anda mengatasi masalah ini.

Eye Treatment


Berikut adalah antara testimonial penggunaan enfuselle eye treatment dan collagen powder yang membantu masalah ini.



0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.