Guna Bahan Kat dapur Untuk Cantik?

Hah, jangan ada yang tak tau, bahan2 yang ada kat dapur rumah kita tu boleh digunakan untuk cantik juga tau. Bukan sahaja digunakan dalam masakan, malah 2 dalam 1, untuk cantik pun boleh juga.

Mesti tertanya-tanya, bahan apa boleh guna untuk cantik. Tak kan la kuali kot. Hehe. 

Apa yang saya maksudkan kat sini ialah senarai rempah ratus dan juga kekacang yang boleh kita gunakan untuk rawatan kecantikan tubuh.

1. Bawang putih
Bawang putih ni kita biasa gunakan untuk buat sup. Bawang putih dipercayai mampu mengecutkan jerawat dan menghaluskan kulit wajah. Bawang putih juga mengandungi komponen zat organosulfur yang bernama allicin. Zat ini memiliki kemampuan untuk menghaluskan dan melembutkan tekstur kulit serta mampu membantu menghilangkan kesan regangan kulit. Tapi sayang, tidak ramai menggunakannya kerana tidak tahan dengan baunya yang menyengat.

2. Kunyit
Kunyit pula biasanya kita gunakan bersama dengan garam ikan. Kunyit merupakan salah satu petua untuk menghilangkan garis halus dan lingkaran hitam pada mata. Caranya haluskan satu atau dua biji kunyit dan tambahkan sedikit susu. Lalu terapkan pada kulit sekitar mata. Biarkan selama 20 minit, kemudian bilas dengan air hangat. Ia juga berupaya mengusir kelemumur dan memperbaiki masalah kulit kepala yang kering. Selain itu, khasiat kunyit juga dapat melembapkan dan menghaluskan kulit yang kasar.
3. Kacang hazel
Kacang hazel ni kalau makan sedap tak terhingga. Kekacang ini mengandungi banyak nutrisi yang baik untuk kesihatan. Antaranya kalsium yang penting untuk kesihatan tulang dan gigi, zat besi yang memperbaiki fungsi produksi darah serta kalium yang berguna untuk stimulasi sistem saraf dan otot. Selain untuk kesihatan, kacang hazel juga adalah jenis kekacang yang kaya vitamin, mineral dan minyak semula jadi yang berguna untuk menutrisi, menghaluskan dan melembapkan sehingga berupaya memberi perlindungan pada kulit.
4. Minyak zaitun
Selain terbukti menyihatkan jantung, minyak zaitun juga bagus untuk kecantikan kulit kerana kandungan dari minyaknya dapat melembutkan dan membuat kulit lebih kenyal.
5. Minyak bijan
Minyak bijan berfungsi menghaluskan dan melembutkan kulit. Khasiatnnya hampir serupa dengan minyak zaitun namun mempunyai kadar dan aroma yang berbeza. Selain kulit, khasiatnya juga bagus untuk rambut dan kuku yang pecah-pecah.
Bagus kan? Banyak juga bahan2 kat dapur yang kita boleh gunakan untuk kecantikan.

Selain itu, untuk yang nak kulit segar secara semulajadi, sila [KLIK DISINI] . Kat sini ada ceritakan cara semulajadi untuk dapatkan kulit yang segar.

2 comments.. read them below or add one

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid 27 April 2014 2:53 PTG
bahan2 kat dapur memang boleh digunakan untuk kecantikkan kalau kita tau caranya... great piece of sharing dear...
Eellee Nana Eellee Nana 27 April 2014 5:30 PTG
@Farah Waheda Wahid

best kan dh tau caranya,lepas ni boleh je ambil bahan kat dapur :)

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.