Jadi Ahli Shaklee: Kelebihan dapat Group Online 1st Class

Bismillah. Hari ini saya nak berkongsi mengenai group Shaklee kami iaitu iReach. Group Shaklee kami ni memang best sangat. Nak tau kenapa? Meh la baca sampai habis apa yang saya nak ceritakan ni.

Sebelum ini saya ada ceritakan mengenai Program Jom Hebat Mega yang diadakan di Institut Sosial Malaysia, Sg. Besi pada 15 Mac yang lalu. Program hebat ini mengumpulkan sebahagian besar keluarga besar kami iaitu iReach di bawah didikan Master Zainul dan Master Lyna yang awesome. Inilah kelebihan menjadi Shaklee Independent Distributor yang duduk di bawah group kami.  Walau pun saya tak berkesempatan untuk join, tapi banyak faedahnya. Faedahnya juga saya akan ceritakan. Teruskan pembacaan anda.

Selain bonus dan kelebihan yang ditawarkan oleh Shaklee sendiri, korang nak register dengan Shaklee ni wajiblah memastikan yang bakal upline korang tu best macam family kami ni. Jom kita enjoy tengok video ni dulu.

Program Jom Hebat Mega ini bermula dengan sesi pendaftaran dan kanak-kanak diberikan kertas dan
pensel mewarna agar masa mereka juga terisi di samping menemani mak ayah yang datang untuk mengaut ilmu. Betapa program kami ini sangat-sangat mesra keluarga kan. Selepas itu sesi dari panelis hebat yang terpilih memberikan semangat yang tinggi buat kami. Kemudian, sesi pelacaran web portal oleh Master Zainul yang akan menjadi 'one stop center' buat semua ahli untuk mencari dan berkongsi maklumat tentang Shaklee, blog, FB Page, strategi marketing, coaching dan banyak lagi.

Selain itu ada juga sesi Forum Kain Pelikat iaitu sesi bersama para suami yang menjadi penyokong kuat disebalik kejayaan seorang isteri. Panelis-panelis ini berkongsi rahsia dan cara yang terbaik buat para suami membantu isteri membina kejayaan dalam Shaklee. Ada juga sesi kuiz dan soal jawab antara peserta.

Selepas waktu makan tengahari dan solat, saat yang paling ditunggu-tunggu oleh semua peserta program iaitu jemputan khas Encik Amin Idris. Perkongsian dan motivasi magnet diri yang disampaikan sangat terkesan dalam hati ni tau. Boleh dikatakan setiap program Jom Hebat yang diadakan, Encik Amin akan menjadi pilihan sebagai jemputan khas. Dengan gaya dan penampilan Encik Amin ni, saya confirm ramai yang akan ternganga bila tengok dia secara live di atas pentas..hahaha.

Amacam? Teruja tak? Saya yang tak ada kat sana pun teruja dengan semua perkongsian tau. Mereka-mereka yang hebat ni langsung tak kedekut ilmu dan sentiasa memberikan inspirasi pada downline yang dah dianggap seperti baby dan anak sendiri..hihi.

Untuk yang tak tahu lagi, bagi mendapatkan keahlian Shaklee perlu bayar RM75 atau pun boleh membuat pembelian produk Shaklee dalam 200uv untuk mendapatkan free membership. Bukan setakat free membership, cash back bonus pun dapat.

Ok, cuba bayangkan 2 situasi di bawah..

Situasi 1: Anda bayar RM75 kepada wakil Butik Y untuk dapat keahlian di Kedai Y, kemudian anda dapat membeli baju-baju di Butik Y dengan harga ahli.

Situasi 2: Anda bayar RM75 kepada wakil Butik Y untuk dapat keahlian di Butik Y, kemudian anda dapat membeli barang di Butik Y dengan harga ahli. Melalui wakil ini, Butik Y telah menubuhkan satu kumpulan sokongan untuk mereka yang menjadi ahli. Penuh dengan aktiviti santai tapi berilmu. Sentiasa membuat perjumpaan samada secara maya atau secara berdepan.

Mana satu yang lagi BEST?

Semestinya situasi yang ke 2 kan?

Begitulah yang diibaratkan dengan group Shaklee kami, Group EBH (group di bawah susur galur saya), Group Empayar Jutawan (group besar di bawah ir Suriya Majid), iReach (grup besar di bawah Master Lyna) & Jutawan (group besar di bawah Presidential Master Cery Mamafaiz) penuh dengan aktiviti dan program yang pelbagai. Diajar teknik berniaga, teknik pemasaran, teknik berblogging, tanpa jemu setiap hari. Tak lupa, sentiasa diingatkan untuk menekankan amalan rohani sebagai tunjang kekuatan seseorang.

Pendek kata, saya memang suka sangat dengan group Shaklee saya. Syukur Allah lorongkan saya untuk berada didalam kumpulan ini..

Sentiasa ada program, sentiasa ada aktiviti..

Sekiranya anda mendaftar menjadi ahli di bawah group EBH hari ini, secara automatiknya anda di bawah naungan group iReach yang sangat superb & Jutawan yang awesome!

Bukan senang nk dapat tau. Semua tips2 dan teknik tersedia untuk kita. Tinggal kita aje kene gerak utk dapatkan.

Bermodalkan hanya RM75, hidup anda bakal berubah. Ini bukan skim cepat kaya, juga bukan skim pelaburan. Letak duit dan tunggu duit beranak. No no no

Letak duit RM75, dan usaha gigih duplicate apa yang mentor kita ajar.
Then, duit tu yang datang cari anda!

Jom semua. Ubah kehidupan kita hari ini juga, sebelum segalanya dah terlambat.


3 comments.. read them below or add one

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid 11 April 2014 10:47 PG
siapa2 yang berminat eloklah jadi ahli SHAKLEE kann???
Eellee Nana Eellee Nana 11 April 2014 1:21 PTG
@Farah Waheda Wahid

yup dear, yg berminat untuk berniaga dari rumah pun boleh try...
yang dulu2 just try untuk makan sndri and seterusnya nk bisness pun boleh^^
Eellee Nana Eellee Nana 11 April 2014 1:21 PTG
@Farah Waheda Wahid

yup dear, yg berminat untuk berniaga dari rumah pun boleh try...
yang dulu2 just try untuk makan sndri and seterusnya nk bisness pun boleh^^

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.