Keyakinan Diri vs. Keyakinan Kepada Allah

Bismillah.

[ Keyakinan Diri vs. Keyakinan Kepada Allah ]

Suatu malam, 2 orang hawa berbual.

"Aku tak suka buat kerja kat laptop aku. Asyik hang je."

"Macbook se."

"Kalau kau sponsor takpa."

"Minta Allah sponsor."

Dia gelak.


.

Pernah berasa tidak yakin pada diri? Terasa tidak mampu apabila bersandarkan kemampuan diri.

"Minta Allah sponsor? Lol!"

Mungkin ada yang kata begitu. Persoalannya,

"Pernah kita minta?"

Untuk golongan muda, seperti minta Allah sponsor majlis perkahwinan. Ada orang taja daripada arah yang tidak disangka-sangka. Ibu bapa, adik-beradik, sahabat bagi duit belanja.

Sehingga lebih daripada mencukupi.

Tidak mustahil dengan izin Allah.

.

Adakalanya apabila kita sudah ada sesuatu selain Allah, keyakinan dan kebergantungan kepada Allah, semakin menurun.

Contoh, dah ada duit nak travel, kita tidak rasa nak minta Allah sponsor, kerana kita sudah berasa cukup dengan duit di tangan.

Ada perkongsian sahabat maya,

Pernah dengar seorang sahabat dalam rancangan beliau di Ikim fm menceritakan pengalaman beliau mengembara ke negara-negara timur tengah.

Katanya;

"Kalau tak ada bajet, tak ada duit, tak ada pakej, benda tu lah yang akan ajar diri kita bertawakal. Sebab bila tak ada banyak duit, tak ada orang nak bawa kita berjalan, kita cuma ada Allah je yang nak tolong kita sepanjang perjalanan.

InsyaAllah Allah akan kirimkan bantuan, hantarkan orang ke, beri kita jalan ke, ilhamkan kita idea ke. Tawakaltualallah.

Selain tu, kita akan belajar bersyukur dengan apa yang ada. Berasa cukup dengan sedikit. Sabar dengan ujian,susah payah. Sabar sampai berjaya balik sampai rumah. Hehe

Benda ni yang kita sering terlupa bila dah syok sangat pi holiday. Kena banyak mengembara dan melihat dunia dari kaca mata Islam. Itu satu tuntutan. So just travel, get lost, dan ajar diri bertawakal.

---

Antara quote yang boleh digunapakai,

"Have faith in Allah and everything will be fine."

Tidak perlu logik akal untuk mendekati Allah.

Orang yang tidak yakin ketika berdoa, ibarat orang yang pergi hantar laptop yang rosak untuk dibaiki kepada pakar komputer, tetapi mempersoal dan meragui kepakaran beliau untuk baiki. T_T

Antara tip doa dimakbulkan adalah, yakin ketika berdoa. Seperti yakinnya kita setelah tempah makanan di sebuah kedai makan, dan kita yakin, setelah kita tempah, makanan itu sampai dengan betul mengikut apa yang kita minta.

Sumber

Nota: Apa yang utama, kita serahkan sepenuh pergantungan kepada Allah :)

6 comments.. read them below or add one

sYiRa LoKMaN sYiRa LoKMaN 16 April 2014 7:28 PG
..jom join GA April di blog Syira, berlangsung selama seminggu je :)
~Nor Arena~ ~Nor Arena~ 16 April 2014 9:16 PG
salam... singgah sini. ^_^


http://arenamuslimah.blogspot.com/2014/04/giveaway-april-by-syira-lokman.html
Karimah Zulkafali Karimah Zulkafali 16 April 2014 8:11 PTG
Waahhh sentap habis :(

InShaaAllah akan sentiasa kekalkan keyakinan terhadap Allah :D

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.