Kurangkan Kolesterol Dalam Masakan: 2 Cara Berkesan

Ayam goreng, pisang goreng. Wahhhhhhhh. Semuanya sedap. Tanpa kita sedari, semua makanan ini digoreng dengan minyak. Kurangkan makanan yang berminyak, itulah saranan pakar yang sering kita dengar. Namun, nasihatitu sanggup ditolak jauh kerana nyatanya godaan makanan bergoreng itu lebih sedap dinikmati. Sepinggan kentang goreng atau dua ketul ayam goreng, payahnya untuk mengatakan tidak! Makanan bergoreng dan berminyak, apa buruknya pada kesihatan kita?
Minyak, apa jua pandangan mengenainya, ia mempunyai kandungan lemak yang tinggi dan adalah tidak sesuai untuk “deep fried”. Hadkan penggunaan dua sudu besar minyak sahaja untuk tujuan menggoreng. Cukup tak hanya 2 sudu besar sahaj untuk menggoreng? Setelah kita menggoreng seketika, kita boleh sudahkan masakan kita dengan dengan membakarnya dalam ketuhar gelombang mikro. Wahhhh,bagus juga ni, sama-sama kita apply kan kaedah ini.

Penggunaan minyak berlebihan di dalam masakan untuk tujuan menumis juga akan menambahkan kandungan lemak di dalam makanan dan juga diet kita. Biarpun tidak semua jenis lemak itu tidak baik namun kita tetap dinasihatkan untuk mengawal penggunaan minyak dalam masakan.

Minyak zaitun adalah contoh minyak baik yang mempunyai kandungan lemak baik untuk kesihatan tetapi ia tidak tahan haba menjadikan penggunaannya adalah tidak sesuai untuk gorengan jenis “deep fried”. Penggunaan minyak canola atau minyak sayuran adalah minyak terbaik yang disarankan untuk tujuan gorengan. Kadang2 minyak ini harganya jauh lebih mahal daripada minyak kelapa sawit dan kita tak mampu untuk membelinya setiap masa.

Makanan bergoreng boleh dibahagikan kepada dua iaitu yang digoreng dengan menggunakan sedikit minyak atau “deep” fried yang menggunakan minyak banyak. Secara umum, makanan yang dimasak menggunakan minyak yang banyak juga akan mendedahkan kita pada risiko kolestrerol berlebihan dalam darah.

Apa keburukan makanan bergoreng ini?

Makanan berminyak mengandungi lemak tepu yang tinggi yang mampu mengundang risiko serangan jantung. Kandungan lemak tepu dalam minyak ini diburukkan lagi apabila kebanyakan restoran dan peniaga gerai gemar menggunakan minyak gorengan yang sama berulang kali. Untuk itu, penting bagi kita mengurangkan makanan bergoreng dan elak dari menggunakan minyak yang sama. Buang minyak setelah digunakan.

Minyak berlebihan dalam masakan meningkatkan lagi kecenderungan kita menjadi obes. Menurut kajian di Sepanyol mendapati mereka yang suka makan makanan bergoreng mempunyai korelasi positif untuk obes. Makanan bergoreng juga lazimnya mempunyai nilai kalori dan lemak yang tinggi.

Makanan berminyak juga akan menambahkan lagi ukur lilit pinggang kita. Kandungan kolesterol yang tinggi (akibat dari proses gorengan) juga mampu mengganggu aliran darah dan adakalanya mengakibatkan saluran arteri tersumbat. Ia juga meningkatkan lagi risiko mendapat tekanan darah tinggi.

4 comments.. read them below or add one

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid 4 April 2014 5:37 PTG
kena tahu cara memasak yang betul kann?
Eellee Nana Eellee Nana 4 April 2014 5:54 PTG
@Farah Waheda Wahid

yup, betul2, kita kena tahu cara masak yang betul^^
Nur Haziqah Mohd Rosli Nur Haziqah Mohd Rosli 11 April 2014 9:26 PTG
nice info here. Malaysia is a food paradise. susahnyaaa nak kurangkan lemak2 ni semua...
Eellee Nana Eellee Nana 22 April 2014 10:46 PTG
@Nur Haziqah Mohd Rosli

hehe, tu la dear, makanan semua sedap2

kita kena ambil langkah berjaga2 dgn lemak ni, ada yg baik, ada yg jahat :)

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.