Resepi Mee Kuning: Mudah dan 100% Homemade



Kita beresepi lagi hari ini. Kali ini mee kuning. Dulu masa belajar kat kampus, lecturer ada ajarkan juga cara buat mee kuning sendiri. Kelebihan kita buat mee kuning sendiri ialah tak pahit payau gtu. Sebab apa ye? Sebab asid borik terlebih sudah. 

Semenjak dua menjak berada dalam jabatan kesihatan ni, saya jadi lebih berhati-hati dalam memilih makanan. Lagipun, apa yang kita makan menyumbang kepada kesihatan badan kita. Betul tak?


Resepi mee kuning yang akan saya kongsikan ini insyaallah lebih bersih dan halal serta dari air tangan kita sendiri. Lagi satu, sangat menjimatkan tau. 500gm tepung gandum dapat menghasilkan 1.5kg mee kuning. Wah, raya mee kuning kita. Hihihi. Resipi ini saya perolehi daripada facebook Puan Tahrunnisah Jali

Resepinya
500gm tepung gandum
1biji telur + pewarna kuning + 2 sudu besar air kapur + air = 200ml
(pewarna ni agakla ye jangan banyak sangat). Kalau kunyit jika dicampur dengan air kapur akan jadi warna oren nanti, sebaik2 pewarna kuninglah.
Mee kuning homemade

Caranya
1. Panaskan air dalam periuk untuk merebus mee ni dan masa nak masukkan mee nanti masukkan garam dalam 2 sudu besar.(Saya tak masuk dalam gandum sebab nak jaga mesin dari berkarat)
2. Masukkan tepung gandum dalam bekas dan tuangkan air.
3. Gaul sebati.
4. Doh ni agak keras sedikit dari doh karipap ye.
5. Tak payah bagi licin pun tak apa, asalkan semua sebati je.

Ini doh mee. Tak payah uli sampai licin, macam dalam gambar ni pun ok, sebab nanti nak masuk mesin mee
6. Bahagikan 3 bahagian dan leperkan.

Masukkan doh dalam mesin yang takde gigi tu untuk nipisnya. Sebelum masuk tu kena leper kan sikit senang proses nak pulas nanti. Buat 2x ye.

7. Menggunakan mesin mee, masukkan doh pada bahagian yang tiada gigi dan laraskan no.1... (kalau mesin mee saya ada 6 laras (1-6) 1 bukaan paling besar dan 6 tu bukaan paling kecil/ halus)... ada juga yang laras bukaan ada 1-9 (1 tu laras bukaan paling besar dan 9 tu laras paling halus/nipis) alirkan doh pada mesin tersebut sehingga habis buat 2x ye..(2x masuk)


Inilah hasil kepingan mee kuning

8. Kemudian laraskan semula ke no.4. (bagi laras bukaan 1-6). atau 6@7 bagi laras bukaan 1-9 masukkan kepingan mee tadi yang ni tuk nipiskan mee buat 2x.

Kemudian masukkan ke mesin yang ada gigi halus tu, pulas sampai habis.
9. Kemudian masukkan kepingan yang dah nipis ni pada mesin yang ada gigi halus tu. Masukkan kepingan mee tadi dan pulas sampai habis.

Mee yang belum direbus
10. Sekarang masa nak merebus mee. 5 minit rebus mee. Masa masukkan mee jangan kacau dulu ye, biarkan dalam 1-2 minit, baru kacau ye. Kalau kacau masa taruk mee nanti mee tu putus. Cukup 5 minit toskan mee.

Rebus dalam 5 minit ye atau 4 minit. Agak-agak dah nak masak cantik, angkat dan toskan..

11. Tos kan mee dan terus masukkan mee dalam air paip biasa (ini untuk menghilangkan kanji pada mee ni. Kacau2 la mee ni ye untuk buang kanji, toskan semula mee sehingga kering dan masukkan 3 sudu besar minyak masak dan gaul mee sebati).

Lepas toskan mee buang air rebusan masukkan dalam bekas yang isi air paip ni untuk buang kanji. Kacau2 la supaya kanji2 tu terkeluar, kemudian tos kan semula.

Dah tos masukkan 3 sudu minyak masak dan kacau sebati

Senangkan resipi mee kuning ni. Apa lagi, jom la kita try sama-sama. :)

{ 14 comments.. read them below or add one }

Nanie Nanie 7 Mei 2014 9:17 PG
Dulu kecik2 selalu tengok mak buat... tapi masa anak2 kecik tak merasa nak tengok mama diaorang buat! hehe...
Eellee Nana Eellee Nana 7 Mei 2014 9:23 PTG
@Nanie

hehe, yg buat sendiri ni sedap lagi, sekarang kekangan masa, dah tak sempat nak buat dah.. hehe
Dalila yusof Dalila yusof 31 Mac 2015 2:09 PTG
mudahnyer, mesin takde..hu2...
Noorul Aini Noorul Aini 19 Jun 2015 7:06 PG
kapur tu gn brand apa?x jumpa la yg halal..kalau skip blh ke?
kisah earty kisah earty 30 Disember 2015 10:42 PG
dah try..tapi kite takde mesin tu.. ;-(
Tanpa Nama Tanpa Nama 5 April 2016 11:48 PG
Sy buat smlm..lepas rebus..then angkat..mee tu jadi hancur..putus prndek2.rasa nak nangis je.kenape ye jadi mcm tu
ayu thab ayu thab 7 Jun 2016 2:58 PTG
nampak sgt mudah nanti nk try,mesin pn dh lme tak guna. thanks ye :) . yg xde mesin tu beli laaa mesinnya tak mahal mne pn,berbaloi
ayu thab ayu thab 7 Jun 2016 3:05 PTG
mungkin awk kacau lebih awl n tak biarkan selama 1-2 minit sblm kacau. hanya pendapat
Zakiah A Ghani Zakiah A Ghani 21 Februari 2017 12:36 PTG
Terima kasih resipi nya in shaa Allah boleh cuba. Sesiapa nak beli mesin mee tu saya ada jual. Boleh pm Zakiah 0193381834.😊
Khairul Azmee Khairul Azmee 2 Julai 2017 8:04 PTG
Jenis Tepung apa yg sesuai..Gandum Biasa atau Gandum Protien Tinggi??
Khairul Azmee Khairul Azmee 2 Julai 2017 8:04 PTG
Jenis Tepung apa yg sesuai..Gandum Biasa atau Gandum Protien Tinggi??

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.