Top 5: Faktor Penyebab Kanser

3 April 2003 | GENEVA -- Cancer rates could further increase by 50% to 15 million new cases in the year 2020, according to the World Cancer Report, the most comprehensive global examination of the disease to date. However, the report also provides clear evidence that healthy lifestyles and public health action by governments and health practitioners could stem this trend, and prevent as many as one third of cancers worldwide.

Anggaran Peningkatan Pesakit Kanser Seluruh Dunia pada Tahun 2020 Boleh Meningkat Sehingga 50% Iaitu Bersamaan Dengan 15 Juta Orang !
Terdapat pelbagai jenis kanser. Anggapan diri masih muda dan mustahil mendapat penyakit kronik seperti kanser haruslah dibuang kerana kanser boleh menyerang sesiapa sahaja daripada umur 18 tahun ke atas. Bahkan ada juga di kalangan kita yang menghidapinya ketika usia masih lagi muda. Kebanyakan pesakit kanser pada mulanya merasa dirinya sihat.


Jenis-jenis Kanser dikalangan Wanita, Lelaki & Kanak-kanak :

Wanita: Kanser Payudara adalah penyebab utama kematian, seterusnya Kanser Paru-paru, Kanser Colorectal dan Kanser Pangkal Rahim, Uterus dan Ovari.

Lelaki: Kanser Prostate adalah penyabab utama kematian, diikuti oleh Kanser Paru-paru, Kanser Colorectal and Kanser Perut ( Stomach Cancer).

Kanak-kanak : Kanser yang biasa menyerang adalah Leukemia, Kanser otak dan Lymphoma.

APAKAH YANG MENYEBABKAN KANSER?

1. Faktor Persekitaran - Karsinogen

Kehadiran agen penyebab kanser, iaitu karsinogen boleh bertindak sebagai faktor yang mampu mengubah DNA sesuatu sel dan menjadikannya sel kanser - berupaya membawa pelbagai perubahan genetik, termasuk pengaktifan onkogen dan penyahaktifan gen penekan tumor .

2. Jangkitan Virus

Terdapat sesetengah kumpulan virus yang mampu mencetuskan transformasi neoplastik pada sel yang telah terinfeksi. Kedua-dua kelas virus, iaitu sama ada virus DNA atau virus RNA boleh menyebabkan sel-sel yang terinfeksi menjadi sel kanser. Dalam kes Kanser Pangkal Rahim, virus HPV memainkan peranan dalam pembentukan kanser.

3. Merokok

Tabiat merokok juga telah dikenalpasti menjadi punca utama berlakunya kanser paru-paru. Risiko yang dihadapi adalah melebihi 20 kali ganda bagi perokok berbanding mereka yang tidak merokok. Bagaimanapun, individu yang tidak merokok sentiasa terdedah kepada asap rokok dan mempunyai risiko tiga kali ganda berbanding mereka yang bebas daripada gejala ini. Bahan karsinogenik yang terdapat dalam asap rokok menjadi punca utama kanser di samping bahan pencemaran alam sekitar yang boleh merosakkan kesihatan dan sistem pernafasan. Lebih daripada 4,000 jenis bahan kimialain yang beracun seperti hidrogen racun sianida, DDT, formaldehid dan sebagainya.

Bahan-bahan kimia ini boleh mengakibatkan pelbagai kanser terutamanya kanser yang berkaitan dengan mulut dan paru-paru!

4. Genetik

Penglibatan faktor genetik atau keturunan dikatakan juga antara faktor penyebab, kerana kelainan genetik melibatkan kehilangan gen penindas atau pengekspresan berlebihan onkogen yang berupaya menyebabkan terjadinya kanser paru-paru.

5. Radikal Bebas

SAINTIS percaya, kehadiran radikal bebas boleh mengancam kesihatan dan menjadi penyebab utama kepada pelbagai masalah kronik.

Malah, kehadiran radikal bebas juga sering menjadi kebimbangan kerana ia dikatakan boleh mempercepatkan proses penuaan dan meningkatkan risiko penyakit seperti jantung, strok, kencing manis, artritis dan kanser.

Saintis juga menganggarkan lebih 3 Trilion radikal bebas menyerang sel badan kita setiap hari. Radikal bebas ialah atom atau molekul yang sangat aktif dan tidak stabil kerana mempunyai satu elektron tidak berpasangan dalam strukturnya.

Untuk menjadi stabil, atom atau molekul ini perlu mendapatkan satu elektron. Caranya ialah dengan mencuri satu elektron daripada molekul lain dan molekul ini pula akan menjadi radikal bebas kerana ia tidak lagi stabil.

Bagi mengembalikan kestabilannya, molekul kedua ini akan mencuri elektron daripada molekul lain dan proses ini akhirnya akan membentuk rantaian radikal bebas.

Rantaian reaksi spontan ini akan menyebabkan kerosakan fungsi sel dan boleh membawa kepada kematian awal sel berkenaan.

Dari mana datangnya radikal bebas ini? Radikal bebas dikenal pasti berpunca daripada beberapa sumber, iaitu:

· Makanan tidak sihat — Makanan berlemak, bergoreng dan hangus (seperti kepingan hitam pada sate atau ikan bakar).

· Minuman beralkohol.

· Rokok — Sebatang rokok dikatakan membebaskan 3 trilion radikal bebas ke dalam sistem peredaran darah.

· Tekanan — Semua bahan kimia dan sesetengah hormon endokrin menghasilkan radikal bebas.

· Bahan kimia toksik (seperti racun serangga).

· Sinaran ultra ungu.

· Pencemaran alam sekitar.

Penghasilan radikal bebas berlaku sepanjang masa dan ia sukar dikawal.

Bagi mengimbangi kemusnahan sel akibat serangan radikal bebas ini, ramai penyelidik, terutama dalam bidang kesihatan dan kecantikan, berlumba-lumba mencipta barangan mengandungi antioksidan.

Antioksidan adalah bahan yang dikenal pasti dapat menghapus atau melemahkan radikal bebas dengan mendermakan satu elektron atau mendermakan satu elektron kepada radikal bebas. Inilah caranya antioksidan bertindak menstabilkan radikal bebas, sekali gus melindungi kerosakan sel badan.

Antioksidan boleh ditemui dalam beratus bahan semula jadi, terutama sayur-sayuran dan buah-buahan. Pigmen yang memberi warna kepada sayur dan buah yang secara umumnya dipanggil fitokimia inilah sumber antioksidan terbaik. Inilah sebabnya kita disaran mengambil lima hingga sembilan hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari.

Bagaimanapun, dalam keadaan hidup kita hari ini, saranan pakar pemakanan itu sukar diamalkan. Apatah dengan kaedah penyediaan makanan yang kurang baik, bahan antioksidan boleh hilang begitu saja.

Vivix adalah minuman daripada Raja anggur Muscadine Grapes yang mengandungi kandungan Resveratrol yang terbaik. Allah s.w.t telah menyebutkan buah anggur di dalam Al-Quran sebanyak 11 kali. Anggur merupakan salah satu daripada buah-buahan istimewa dan paling banyak manfaatnya. Ia boleh dimakan dalam keadaan segar mahupun kering. Ia berfungsi sebagai lauk-pauk serta dapat dijadikan sebagai ubat-ubatan bahkan dapat juga dijadikan sebagai minuman. Dalam surah al-Baqarah: 266, surah al-An'am: 99, surah al-Ra'd: 4, surah al-Isra': 91, surah Yaasin: 34, surah al-Naba': 32, surah Abasa: 28, surah al-Mu'minun: 19, surah al-Nahl: 11 & 67, surah al-Kahfi: 32.

· Kajian telah menunjukkan bahawa Resveratrol mempunyai kandungan antioxidant yang paling tinggi. Daripada kajian juga mendapati bahawa kandungan Resveratrol diadapati daripada kulit dan biji Anggur Muscadine .

· Antioxidant diperlukan pada kadar yang tinggi untuk mendapat kesihatan yang optima dan dapat membantu mencegah penyakit. Antioxidant dapat membantu dan membaik pulih sel rosak yang berpunca dari radikal bebas.

· Resveratrol dapat mencegah dari sel kanser merebak kerana resveratrol dapat menghalang dari pembentukkan sel yang tidak normal dalam tubuh manusia merebak.

· Menurut Eleanor G. Rogan seorang Profesor dari Uni. Of Nebraska Medical Center. Resveratrol ada keupayaan untuk mencegah peringkat permulaan kanser semasa estrogen baru hendak memulakan proses pengembangan kanser dengan menghalang pembentukkan estrogen DNA adducts ( sebatian kimia yang menyebabkan kanser yang melekat pada DNA).Dengan ini kami percaya seluruh sel kanser akan berhenti merebak sepenuhnya.

· VIVIX 10 X MORE POWERFUL berbanding dengan Resveratrol.



0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.