11 INISIATIF & KREATIF Untuk BERSEDEKAH




Semakin memberi semakin bertambah. Indahnya hidup dengan memberi. Sebenarnya, tiada alasan untuk kita tidak memberi.

Kat sini, saya kongsikan salah satu inisiatif dan juga kekreatifan kita untuk sentiasa bersedekah.

1. Belilah beberapa buah kerusi dan letakkan di dalam masjid supaya dapat diguna oleh orang lain yang ingin menggunakannya ketika solat. (amalan yang biasa diamalkan di masjid-masjid arab mekah & madinah).

2. Letakkan di tingkap rumah kita dengan segelas air atau makanan untuk burung-burung yang datang hinggap.

3. Bila kita dapat gaji setiap bulan, asingkan terus dari sumber pendapatan kita untuk disumbangkan kepada anak yatim.

4. Jika kita majikan, apa salahnya belikan makanan untuk pekerja, atau pun belikan juga sarung tangan atau stokin untuk diberikan kepada para pekerja.

5. Sediakan juga satu kotak di dalam bilik kita. Setiap kali kita merasakan seperti melakukan dosa kecil, masukkan RM1 sekurang-kurangnya ke dalam kotak tersebut. Genap 1 bulan, kita buka kotak itu dan bersedekahlah dengan wang tersebut. Lakukan ini setiap bulan.

6. Jika kita hadir dalam majlis apa-apa, belilah air mineral, niatkan untuk bersedekah kepada orang-orang yang memerlukan ( orang tua, orang yang sakit, kanak-kanak dan sebagainya)

7. Jika kita mengisi minyak kereta, kemudian datang petugas untuk kembalikan wang baki, biarkan bagi wang itu untuknya (sedekah atau hadiah)

8. Belilah al-quran dan letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa banyak pahala yang akan kita dapat pada setiap huruf jika quran tersebut digunakan.

9. Berikan perasaan gembiran kepada setiap orang, khususnya kepada mereka-mereka yang sedang ditimpa kesedihan dengan senyuman dan ucapan doa yang tulus.

10. Hadiahkan senyuman pada setiap orang yang kita jumpa. Berikan salam dan bertegur sapalah dengan ucapan yang baik kerana semuanya itu adalah sedekah.

11. Sebelum tidur, maafkan semua orang yang telah menyakitkan hati kita.

Selamat bersedekah...

6 comments.. read them below or add one

Nelly Sapri Nelly Sapri 16 Mei 2014 12:53 PTG
Terima kasih kerana mengingatkan Nelly yang teralpa tentang nie..

Salam singgah http://cintanelly.blogspot.com/
Yan Saflina Yan Saflina 16 Mei 2014 2:13 PTG
Inisiatif bersedekah yg sangat best dan mudah dipraktikkan..

nak cuba semua nya nanti, tp nak try tang no.5 tu...:)

Salam perkenalan, :)

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.