11 Tips Mudah Berhenti Merokok: 100% Berkesan




Sekarang ni banyak kempen di media mengenai kesedaran tentang bahayanya merokok tetapi perokok masih lagi tanpa segan silu menghembuskan asap rokok di khalayak ramai. Untuk berhenti merokok tidak semudah yang disangka dan ia memerlukan komitmen yang tinggi untuk seseorang individu tersebut benar-benar berhenti merokok sepenuhnya.

Oleh itu, saya akan berkongsi dengan anda beberapa tips atau petua mudah untuk berhenti merokok. Petua-petua ini telah dicadangkan oleh Kevin Scott Ferentz, M. D. yang merupakan profesor Perubatan Keluarga dan Komuniti di University of Maryland School of Medicine.


1. Tuliskan Alasan : Tuliskan pada sekeping kertas index berukuran 3" x 5" alasan anda untuk berhenti agar anda boleh merujuk kertas tersebut apabila perasaan ingin merokok kembali.
2. Ketahui sebab-sebab ingin berhenti : Tuliskan sebuah jurnal untuk mengetahui sebab-sebab anda ingin berhenti dan perasaan anda tentang tabiat tersebut. Dalam jurnal tersebut, anda boleh masukkan tentang dimanakah anda selalu merokok, dengan siapa, dan pada waktu bilakah paling kuat perasaan ingin merokok tersebut datang. Rujuk kembali jurnal yang telah anda tulis selepas beberapa hari untuk mengetahui sebab-sebab tabiat merokok tersebut berlaku.

3. Ubah Perlakuan Anda : Pada jurnal yang telah anda lihat, nilaikan dan tuliskan sebab-sebab anda merokok. Kemudian, simpulkan dan buat dua bahagian tentang sebab-sebab merokok tadi dan cara anda menangani perasaan untuk merokok tersebut.

4. Kurangkan kesukaan terhadap Rokok : Salah satu cara mudah untuk mengurangkan rasa terhadap rokok adalah dengan menukar jenama atau jenis rokok yang dihisap. Biasanya, perokok mempunyai minat terhadap jenama atau jenis tertentu yang ada pada rokok. Oleh itu, beralihlah kepada jenama lain yang mempunyai penapis yang lebih kuat, atau bertukar kepada nikotin yang lebih rendah. Ini akan membantu mengurangkan keinginan anda untuk terus merokok.

5. Sebarkan berita : Beritahu dan sebarkan kepada keluarga dan rakan-rakan anda bahawa anda benar-benar ingin berhenti merokok dan memerlukan sokongan mereka bagi menjayakan misi tersebut. Sokongan mereka akan membantu anda berhenti merokok dengan lebih mudah dan cepat.

6. Buangkan semua benda berkaitan rokok : Anda juga boleh membuang benda-benda yang berkaitan dengan rokok, misalnya rokok, bekas menyimpan rokok, mancis, bekas abu rokok dan sebagainya. Walaupun agak payah pada mulanya, namun ini merupakan langkah penting bagi memastikan bahawa anda benar-benar ingin berhenti dari terus merokok.

7. Tetapkan tarikh berhenti merokok : Anda yang menentukan bilakah anda ingin berhenti merokok. Misalnya, selepas sambutan Tahun Baru atau selepas menyambut Hari Raya, anda akan berhenti merokok. Tuliskan tarikh tersebut dan jayakannya. Disiplinkan diri untuk berhenti pada tarikh tersebut.

8. Beri Ganjaran terhadap usaha anda : Bagi menghargai usaha yang telah anda lakukan untuk menghentikan tabiat merokok tersebut, anda boleh memberi ganjaran kepada diri anda sendiri seperti keluar bermain bowling dengan rakan. Selepas dua minggu tidak merokok, anda membawa ahli keluarga pergi bercuti dan sebagainya. Reward yourself cause you worth it!

9. Sekiranya terlanjur merokok, jangan panik : Walaupun anda terlanjur merokok tanpa disedari, jangan panik dan merasakan bahawa anda telah membuat sesuatu yang salah dan anda telah gagal. Cuba lihat kembali sebab-sebab anda berhenti merokok dan usaha yang telah anda lakukan untuk berhenti. Kejayaan berhenti merokok adalah lebih dari apa yang telah berlaku. Jadi, jangan berputus asa. Beritahu diri sendiri, bahawa anda mampu berhenti dan tidak gagal.

10. Jumpa Pakar : Jumpalah doktor atau mereka yang pakar dalam bidang ini. Anda juga mungkin boleh mengikuti kumpulan-kumpulan yang ingin berhenti merokok seperti anda juga. Jadi, teruskan usaha untuk berhenti merokok dan anda bukan orang yang gagal selagi tidak mencuba.

11. Alternatif Vivix Shaklee: Jika masih tidak dapat berhenti, cubalah ambil Vivix Shaklee. Insyaallah Vivix Shaklee dapat membantu anda untuk berhenti merokok.

Testimoni ini menunjukkan teramat bahagia hati seorabg isteri apabila suaminya bukan lagi seorang perokok, Alhamdulillah, dengan berkat sabar berdoa dan berusaha dengan Vivix Shaklee.


vitamin shaklee untuk perokok

Suami yang selama ini setiap masa dengan rokok, fikirlah untuk diri sendiri dan juga isteri serta anak-anak. Cuba fikirkan, sanggupkan penjadi pembunuh secara senyap kepada diri sendiri, isteri dan anak-anak. Cuba berdoa, minta dengan Allah diberi kekuatan untuk terus berhenti merokok.

Isteri mana tak sayangkan suami kan? Isteri bolehlah mencuba pelbagai alternatif yang disebutkan di atas untuk membantu suami. 


0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.