3 Tips Mudah Pilih Cili Kering



Dulu kan, saya mengaku saya tak reti masak, Kalau pergi beli barang dapaur ni, main ambil je apa yang menarik di mata. Yang main peranan masa ni adalah packaging. Nampak pacakaging menarik je, terus ambil. Hehe. Disebabkan separuh daripada hidup saya tinggal kat asrama, nak goreng ikan pun tak berapa nak reti.

Bila mula2 masuk kampus, dapat pula dalam bidang sains makanan. Ingatkan belajar teori je, ruap-rupanya praktikal pun ada. Hah, kan dah padan muka. Kena siap belajar masak lagi.

Dari situ la saya belajar kenal barang2 dapaur ni. Salah satunya cili kering. Rupa-rupanya ada beza cili kering ni, ingatkan sama je.


Saya percaya bagi peniaga makanan, suri dapur kita yang sering ke pasar pasti melihat pelbagai jenis cili kering jenis cili kering dengan rupa bentuk dan harga yang berbeza. Ada yang merah berkilat, merah gelap dan berkedut atau bersaiz besar dari biasa. Yang manakah menjadi pilihan mama, mommies dan ibu sekalian?

Mari sama2 kita kongsikan jenis cili ni mengikut bentuk dan rupanya. Cili kering yang berwarna merah dan berstruktur berkilat memang cantik dipandangan. Tetapi jenis cili kering ini sangat pedas daripada cili kering yang lain. Pada mereka yang sukakan pedas sesuai menggunakan cili kering ini dalam masakan. (Rujuk Gambar A)

Bagi ibu2 yang gemar sambal yang kurang pedas, pilih cili kering yang berwarna merah gelap dan berkedut. Cili kering jenis ini lebih sesuai dengan selera pelanggan kerana tidak terlalu pedas. Saya juga lebih gemar menggunakan cili kering jenis ini dalam masakan. Lebih menepati citarasa semua. (Rujuk Gambar B)

Manakala bagi mereka yang suka makanan yang bersambal tetapi tidak tahan pedas, cili kering gemuk sesuai untuk anda. Cili kering ini saiznya luar biasa daripada biasa dan jarang didapati di pasaraya. 

Macam mana kesayangan semua? Dah tau caranya nak pilih cili kering? Apa lagi, meh sama2 kita serbu pasar :)

0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.