6 Punca Badan Letih & Cara Berkesan Atasinya



Pening fikirkan gaya hidup sekarang. Ramai antara kita yang alami sindrom letih dan lesu yang kronik. Tambah-tambah lagi golongan wanita yang bekerja. Dari 8 pagi hingga 5 petang luangkan masa kat office. Balik kerja pula nak kena uruskan kerja rumah pula. Berganda-ganda penatnya.

Keadaan letih dan lesu ini jika diabaikan boleh membawa masalah kesihatan. Apabila badan dah letih, kesihatan dah terjejas, ini akan mengundang kepada stress pula. 

Apakah punca badan letih dan lesu?

1. KURANG TIDUR

Banyak sebab kenapa kita kurang tidur. Antaranya berjaga malam untuk siapkan kerja pejabat atau pun melayan kerenah anak yang tak nak tidur. Sememangnya tidur yang mencukupi iaitu antara 7 hingga 8 jam sehari amat penting bagi mengelakkan kita mengantuk pada sebelah pagi. Dapatkan tidur yang secukupnya supaya badan kita kembali segar dan lebih bertenaga.

2. STRES DAN KEMURUNGAN

Wanita yang mengalami kemurungan didapati merasa letih 4 kali ganda daripada biasa. Stress juga boleh mengakibatkan seseorang itu sukar untuk tidur. Kedua-dua perkara ini saling berkait dan boleh meningkatkan lagi tahap kemurungan dan menjejaskan tahap kecergasan badan. Kawal stress dan cuba elakkan kemurungan dengan melibatkan diri pada aktiviti yang membuatkan kita terhibur.

3. KEKURANGAN ZAT BESI (ANEMIA)

Kekurangan darah akibat kurang zat besi merupakan antara punca utama wanita merasa kelesuan. Biasanya dialami ketika kedatangan haid setiap bulan. Ujian darah dapat menentukan sama ada anda kurang darah atau sebaliknya. Jika diketahui puncanya, pengambilan zat besi, Vitamin B12 dan zat folik dapat membantu.

4. MASALAH KELENJAR TIROID

Kelenjar tiroid di leher bertanggungjawab menghasilkan hormon yang mengatur selia pembakaran makanan kepada tenaga atau apa yang dikenali sebagai tahap metabolism. Jika kelenjar ini kurang menghasilkan hormonnya maka pembakaran tenaga badan adalah pada tahap yang rendah.

5. KURANG MINUM AIR

Badan yang mengalami dehidrasi akan mengalami kelesuan kerana badan kita memerlukan bekalan air untuk berfungsi dan penyerapan nutrient yang baik. Air juga berfunsi untuk menyingkirkan toksin dalam badan. 

6. TIDAK AMBIL SARAPAN PAGI

Sarapan pagi adalah sangat penting untuk memulakan hari kita. Wajib ambil sarapan pagi tau. Ambil yang simple sahaja seperti telur separuh masak atau pun roti bakar. 


Bagaimana nak atasi rasa letih dan lesu?

Pengambilan vitamin dapat membantu mengatasi masalah keletihan dan lesu ini. Antara cadangan vitamin yang boleh diambil ialah:

1. Bcomplex
Ada 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan badan dengan baik. Bcompleks juga membantu untuk melancarkan perjalanan darah kita yang mana penting untuk membawa oksigen secukupnya ke otak. Oksigen yang cukup membolehkan kita dapat berfikir dengan baik dan otak dapat mengawal seluruh sistem dalam badan dengan baik.

2. Vitalea
Multivitamin daripada Shaklee ini mengandungi zat besi yang sangat diperlukan untuk pembentukkan sel darah merah. Zat besi yang terdapat dalam vitalea yang dapat hemoglobin sekaligus meningkatkan bacaan hemoglobin dan membantu mengatasi masalh letih dan lesu. Dengan mengandungi 24 jenis mineral untuk menampung kekurangan nutrisi yang sentiasa hilang disebabkan aktiviti seharian kita termasuk cara pemakanan.

3. Energizing Soy Protein
ESP ini hanya mengandungi kacang soya non-GMO (tidak diubah suai secara ginetik) yang diproses dibawah suhu rendah. ESP adalah booster tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam. Untuk yang tidak sempat mengambil sarapan pada waktu pagi, saya cadangkan anda bancuh sahaja 3 sudu esp dengan air dan minum. Anda akan rasa kenyang berjam-jam. 

4. Performance Drink

Performance drink ni sedap. Rasa oren. Boleh mencegah penyahidratan. Juga menggantikan kehilangan air dalam badan dengan cepat serta mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh seperti minuman isotonik. 

5. Sustained Released Vitamin C

Ia bersifat sustained released iaitu melepas vitamin secara perlahab-lahan ke dalam darah. Vitamin c ini bagus untuk individu yang kerap demam, mudah dijangkiti penyakit serta kerap letih dan lesu.


0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.