6 Tips Mudah Kenal Pasti Anda Hamil




Bagi pasangan yang baru berkahwin, ramai yang teruja untuk hamil cepat. Mereka selalu bertanya, bagaimanakah kita tahu yang kita mengandung?

Kat sini, saya kongsikan antara simptom-simptom yang di apabila kita hamil.

1. Haid terlewat

Menandakan hari pertama haid turun setiap bulan adalah amat penting terutamanya yang selalu terlupa dan haid yang tidak menentu. Tarikh kiraan due date seseorang ibu itu bersandarkan pada hari pertama haid dan bukannya hari terakhir!

Dengan menggunakan formula Naegele untuk mengira ‘due date’. Terdapat perbezaan tarikh ‘due date’ jika kita menggunakan carta roda obstetrik yang banyak klinik-klinik pakai. Perbezaan mungkin dalam beberapa hari sahaja.

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan tarikh ‘due date’ jauh berbeza dengan tarikh ultrasound. Diantaranya adalah haid tidak tetap, penyusuan badan dan pengambilan pil-pil hormone, suntikan dan Implanon sebagai cara mencegah kehamilan. Lebih kurang 40% hari.



Apakah yang perlu dilakukan sekiranya tidak pasti bila haid turun atau menyusu badan atau menggunakan hormon perancang?

Mudah saje. Segera mendapatkan imbasan ultrasound. Diantara 8 hingga 13 minggu, ultrasound memberikan ukuran yang paling tepat kalau dibandingkan dengan kandungan pada trimester 2 dan 3. Jika terdapat lebih dari 2 minggu perbezaan dari tarikh mengikut haid, maka tarikh ‘due date’ menggunakan ultrasound boleh dipakai.

Kelebihan lain selain dari untuk tarikh, ultrasound juga di gunakan untuk menentukan yang kehamilan itu berlaku dalam rahim, bukan kandungan molar dan bukan juga kes-kes keguguran.

2. Loya dan Muntah

Ini adalah lumrah pada trimester 1 dan boleh berlaku bila-bila masa dan kadangkala sepanjang mengandung. Muntah selalunya akan hilang selepas 16 minggu.

3. Kerap kencing

Ini disebabkan pengeluaran air kencing banyak semasa hamil kerana volum plasma meningkat semasa hamil. Keduanya disebabkan tekanan rahim pada pundi kencing.

4. Keletihan/Kepenatan

Ini yang paling ketara pada wanita-wanita yang selama ini mereka amat aktif. Keletihan yang amat sangat mendorong mereka menghabiskan masa tidur dan menjadi ‘malas’. Ini akan hilang selepas 12 minggu.

5. Payudara bengkak, sakit dan sensitif

6. Pergerakan bayi

Biasanya pada usia kandungan 20 minggu bagi anak pertama dan 18 minggu anak kedua keatas.
Apakah ujian awal yang boleh lakukan sebelum berjumpa dengan doctor untuk ultrasound?

Sudah tentu ujian air kencing/Urine Pregnancy Test(UPT). Sekarang banyak kit-kit ujian air kencing. Jadi yang mana elok? Terdapat 2 jenis ujian UPT in. Kebanyakkan ujian kit UPT hanya akan positif jika paras hCG dalam air kencing lebih dari 50 IU/l. hCG adalah hormone yang dihasilkan oleh tisu trofoblastik kehamilan. Kit-kit ini murah dalam RM 10 sahaja. Ada juga kit-kit ujian UPT ini yang boleh positif biarpun paras hCG dalam kencing serendah 25 IU/l. Kit-kit ini selalunya lebih mahal dalam RM 30-40.

Dalam kes-kes yang ‘doubthful’/kurang pasti sama ada seseorang itu mengadung atau tidak,hCG juga boleh di ukur dengan menggunakan darah. Ujian hCG menggunakan darah amat sensitive dan telah menunujukkan positif selepas persenyawaan berlaku!

Paras hCG dalam darah akan meningkat 2 kali ganda setiap 48 jam bagi kehamilan yang normal. Jika kandungan ektopik,kenaikan paras hCB tidak 2 kali ganda. Bagi kandungan Molar pula, paras hCG adalah amat tinggi sekali.

Menggunakan ultrasound pada peringkat awal kehamilan, mungkin sukar kerana dibawah 6 minggu amat sukar melihat embrio dalam kantongnya.

Paling awal jantung embrio dapat dilahat dengan ultrasound adalah 6 minggu jika kita scan dari bawah/vagina dan 7 minggu jika ultrasound secara biasa. Janin akan mula bergerak seawal 9 minggu. Pergerakan ini hanya dapat dilihat dengan menggunakan ultrasound.

Kesimpulan dari perbincangan diatas,jika berasa kita hamil, lakukan ujian UPT selepas seminggu lewat haid dan waktu yang sesuai untuk ultrasound adalah 7 minggu. Ujian ultrasound pada awal kehamilan mempunyai banyak kebaikan selain dari mengesahkan anda hamil ianya juga membantu mengesahkan usia kandungan, dimana kehamilan ini berlaku dan mempastikan kandungan bukan kandungan Molar dan keguguran.

Sumber

Anda hamil dan mahu suplement yang terbaik untuk anda dan bayi anda? Jom ketahui vitamin apakah yang sesuai untuk ibu mengandung --> KLIK SINI

Anda masih berusaha untuk hamil? Jom ketahui Set Kesubururan --> KLIK SINI




0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.