8 Perbezaan Collagen Shaklee : Kesan Lebih Tip Top



Saya dapat banyak pertanyaan tentang apa beza kolagen Shaklee dengan kolagen lain. Bukan ke semua kolagen sama je.

Jangan tak tau ye, kolagen Shaklee ni ada beza tau dengan kolagen yang lain. Nak tau apa beza kolagen Shaklee ni? Meh kita kupas satu2.

Beza yang paling ketara ialah Shaklee tak tambah apa-apa perasa dalam kolagennya untuk menjadi lebih sedap tapi yang istimewanya Shaklee gabungkan ramuannya supaya lebih tip top. 

Kalau tak ada apa-apa perasa, mesti lah tak sedap kan?

No, no, no. Sedap je kolagen Shaklee ni. Kita boleh campurkan dengan apa-apa minuman kegemaran kita. Saya pula lebih suka campurkannya dengan hot chocolate. Sekali rasa, terus rasa nak lagi. Tak percaya? Kena cuba dulu tau, lepas ni pasti termimpi-mimpi nak lagi. Hehe.

Saya ada satu soalan untuk anda? Anda sanggup bayar produk dengan harga mahal beratus-ratus hanya untuk rasanya yang sedap ke? Tepuk dada, tanya selera anda. 

Bagi saya, sudah semestinya kita bayar mahal-mahal untuk dapatkan kesan yang tip top. Betul tak?

Lagi, apa bezanya kolagen Shaklee ni? Takkan tak ada rasa je kot.


Ada lagi bezanya kesayangan semua. Bezanya kat ramuan, meh kita tengok apa ramuannya:

1) kolagen daripada sisik ikan merah

Sumber kolagen premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan

2) Ekstrak biji Camellia Japonica

Terdiri daripada asid oleik, atu omelien dan pelembab kulit yang hebat, dan isoflavon; antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.

3) Ekstrak Pfaffia

Pfaffia yang juga dikenali sebagai ginseng brazil, apabila digabungkan dengan ekstrak biji Camellia Japonica, membantu pembentukan kolagen dan asid hyaluronic. Dengan kemampuan luar biasa mengikat amaun air yang banyak, asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembab dan licin.

4) Elastin daripada kolagen ikan

Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastik

5) Vitamin C dan vitamin B

Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit kita.
Vitamin B turut serta dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen di dalam sel

6) Ekstrak kekerang

Glucosamine ekstrak kekerang adalah penting dalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata

7) Lactobacillus Acidophillus
Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen

Shaklee gabungkan 7 ramuan ini untuk bagi kesan yang lebih tip top. Jadi, nak tunggu apa lagi? Nak biarkan kulit terus mengendur? Ohhh tidak, lebih baik anjalkan dari sekarang.


0 comment... add one now

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.