9 Sebab Kenapa Kita Kena Ambil Vitamin



Ada orang kata, tak payahlah ambil vitamin ni, cukup ambil makanan seimbang.

Dulu saya pun fikir begitu, tapi saya fikir begitu untuk penyedap hati sebab kalau saya ambil supplement terpaksalah saya sediakan bahagian tertentu setiap bulan untuk beli supplement dan saya fikir supplement tu mahal. Rupa-rupanya apa yang saya fikir tu semuanya salah.

Saya pun cuba sedaya upaya saya untuk ambil makanan yang seimbang. Tapi susah sebab kehidupan harian saya lebih banyak makan kat luar daripada masak sendiri. Kalau dulu masa belajar alasannya duduk kat hostel, dilarang sama sekali bawa periuk belanga. Hehe. Tapi sekarang dah kerja, alasannya penat nak masak.


Kadang-kadang terfikir juga, berapa la gula yang kita ambil semasa minum kat kedai. Berapa banyak lah penambah perisa yang dicampur semasa makan kat kedai.

Jadinya, kesihatan saya sering terganggu. Saya paling tak suka jika kena ambil cuti sakit. Jadi saya naik risau dan tekad nak betulkan kesihatan saya. Tapi tak berjaya sebab fast food semua tu telan juga.

Kat sini, saya nak kongsikan kepada badan kita sebenarnya memerlukan multivitmin.

1. Faktor sibuk
Kesibukan di zaman moden menyebabkan corak pemakanan kadang-kadang tidak seimbang (dari segi kandungan micronutrien nya), terutama jika kita sering bekerja di luar dan jarang memasak di rumah.
2. Stress (tekanan perasaan, kerja)
Dalam dunia yang sibuk dan mencabar ni, tidak sah jika seseorang itu tidak menghidap tekanan mental. Kehilangan magnesium dan beberapa nutrien penting adalah lumrah dek kerana tekanan perasaan, mental dan sebagainya.

3. Nutrien termusnah akibat dimasak
Haba merupakan faktor utama yang boleh menyebabkan satu-satu vitamin itu terurai. Vitamin boleh bekerja pada suhu optimum iaitu suhu badan manusia (sekitar 36C), lebih daripada itu, ia mungkin akan musnah. Oleh sebab itu, belum terjamin 100% vitamin-vitamin yang terkandung dalam sesebuah makanan yang dimasak dapat digunakan oleh badan kita.
4. Tabiat Makan Memilih
Bagi individu yang tidak suka makan sayur dan hanya bergantung kepada khasiat daging dan makanan laut sahaja untuk mendapatkan micronutrient. Ini adalah tidak mencukupi kerana kebanyakan vitamin dan mineral wujud dalam tumbuh-tumbuhan. Bagi mereka yang mengamalkan diet vegetarian, mereka mungkin tidak mendapat cukup vitamin B12, zinc dan kalsium.

5. Harga yang murah
Secara purata, sebiji pil multivitamin yang diambil setiap hari tidak sampai pun RM1. Jika suami kita boleh menghabiskan wang dengan rokok sehari mengapa harus memberikan alasan untuk membeli multivitamin yang baik untuk kesihatan?

6. Nutrien yang mencukupi ketika kita menurunkan berat badan
Bagi mereka yang mengamalkan diet, pasti ada sesetengah makanan yang kita elakkan. Contohnya ada yang mengelakkan kuning telur, nasi, gula dan lain-lain. Tahukah bahawa tubuh kita memerlukan nutrien yang mencukupi untuk terus berfungsi. Kadar metabolisme pastinya terjejas apabila kekurangan nutrien tertentu, sekaligus ia menjadi rendah dan akhirnya usaha kita untuk turun berat badan akan menjadi semakin perlahan.

7. Kualiti makanan yang semakin rendah
Kualiti sayur-sayuran dan buah-buahan yang tidak lagi setanding kualiti sayur-sayuran yang ditanam zaman dulu. Terlalu banyak bahan kimia digunakan yang mungkin memusnahkan kualiti nutrien yang terkandung di dalamnya.

8. Pencemaran alam sekitar
Kemodenan dan kepesatan teknologi menyebabkan alam sekitar tercemar berbanding beberapa dekad lalu. Sistem pertahanan tubuh kita kian terancam, dan micronutrient yang hanya diperolehi daripada makanan sahaja mungkin tidak mencukupi.

9. Tahap Penyerapan Nutrien Yang Rendah
Tidak semua orang mampu menyerap nutrien dengan baik, terutama golongan yang sudah berumur. Suplemen multivitamin membantu dalam memastikan bekalan vitamin dan mineral kepada tubuh badan sentiasa mencukupi.

Jadi walaupun mungkin kita rasakan kita telah mengambil makanan yang sesuai, boleh jadi kita masih sakit dan tidak sihat kerana sebab-sebab ini. Supplement merupakan makanan tambahan, bukan pengganti makanan. Supplement berfungsi menambah nutrisi yang diperlukan oleh badan dan bukan kita bergantung untuk mendapat nutrisi yang sepenuhnya. Supplement bertindak menampal lompong-lompong akibat kekurangan nutrisi.


2 comments.. read them below or add one

SSurianah Yana SSurianah Yana 2 Mei 2014 9:11 PTG
salam jumaat..btul..sbb2 di ats..mmg btul tept
http://ssurianahyana.blogspot.com/


Eellee Nana Eellee Nana 9 Mei 2014 10:41 PG
@SSurianah Yana

salam jumaat :), atas2 sebab semua ni kita amalkan vitamin :)

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.