Beza GLA Complex Shaklee dan Evening Primrose Oil (EPO)



Ada tak di kalangan kita mengalami masalah haid yang tidak teratur?

Ada tak di kalangan kita yang sedang berusaha untuk hamil?

Ada tak di kalangan kita mengalami masalah jerawat, jeragat dan juga parut-parutnya?


Apa itu GLA Complex?

Mesti kita semua pernah dengan EPO kan? Evening Primrose Oil (EPO) ni familiar di kalangan wanita yang mengalami masalah berkaitan hormon atau masalah dalaman wanita seperti masalah hormon tidak stabil, melegakan sindrom pra-haid (PMS) dan masalah ketidaksuburan. 

Di dalam EPO ni ada GLA. GLA stands for Gamma Linolenic Acid - sejenis acid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - hormon yang membantu mengawalatur proses badan yang normal. Kebanyakan GLA di pasaran dihasilkan daripada EPO (evening primrose oil). 

Di Shaklee, kami ada GLA Complex. 

Apa yang istimewanya, GLA bukan sahaja terdapat dalam EPO, malah terdapat juga dalam bunga lain seperti Borage Flower. Minyak dari Borage Flower inilah yang menjadi bahan utama dalam GLA Complex Shaklee. 

Apa perbezaan EPO dan Borage Flower Oil

Borage Oil mengandungi paras GLA yang lebih tinggi berbanding EPO iaitu sebanyak 25% berbanding 10% sahaja daripa EPO. Terbukti bahawa semakin likat GLA, semin berkesan untuk membantu masalah kesihatan berkaitan kewanitaan seperti Pre-Menstrual Syndrome (PMS).

Apa perbezaan GLA Complex Shaklee dan Evening Primrose Oil biasa?

Keistimewaan GLA keluaran Shaklee, ia diekstrak daripada borage yang mana kandungan GLA-nya adalah 2 kali ganda lebih pekat dan 3 kali ganda lebih berkesan dari EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.

Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Ia turut digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard - antioksidan semulajadi yang dipatenkan. Bioavailabilitynya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu.

Apa kegunaan GLA Complex?
Evening primrose oil atau EPO memang familiar bagi wanita. Biasanya digunakan untuk melegakan masalah kewanitaan seperti sindrom pra-haid (PMS), ketidakstabilan hormon, ketidaksuburan dan sebagainya. Semasa pra-haid, kebanyakan wanita mengalami kekejangan pada bahagian abdomen, sendi-sendi dan payudara. Pengambilan EPO mengurangkan ketidakselesaan ketika masa itu.

Apa manfaat utama GLA Complex?
  • Memelihara kesihatan - borage merupakan herba tradisi kegemaran orang Barat. Ia merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina
  • Mengawal estrogen dan testosteron - GLA membentuk proglandin untuk mengawal hormon lelaki dan wanita, melegakan simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.
  • Menambah kesuburan wanita - Ia mampu mengawal dan mengatur ketidakstabilan hormon wanita sebagai langkah utama untuk menggalakkan kesuburan. Ia juga mampu mengecutkan cyst dalam rahim wanita yang boleh menghalang proses kehamilan. GLA complex membantu tubuh menghasilkan 'cecair kesuburan'. 'Cecair kesuburan' ini memberi 'ruang' untuk sperma terus hidup hingga 5 hari.
  • Melambatkan menopaus - memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, imsomnia, ketidakhadaman dan depresi. Pengambilan jangka panjang mampu melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, dan memberikan tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.
  • Mencantikkan kulit - memperbaiki inflamasi kulit, eczema, elergi, kegatalan, kulit kering, bintik penuaan, tinea, dan kurap. Ia juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma dan artritis.
  • Mencantikkan rambut - memperbaiki tekstur rambut, rambut kering dan masalah rambut gugur.
  • Pelangsingan - merendahkan kolestrol LDL, menghalang penambahan berat badan, memberi tone pada kulit dan otot wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik, etc.
  • Menentang kanser - GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.
  • Menghalang komplikasi diabetes - merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.
  • Menghalang tekanan darah tinggi - menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti arteriosklerosis dan myocardial infarction.
  • Memperbaiki masalah prostat dan kerap kencing pada golongan lelaki.
  • Hiperaktif dan austisma (ADD/ADHD) - terbukti secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.
Siapa sesuai mengambil GLA Complex?

GLA bukan hanya untuk wanita. Sebenarnya suplemen GLA asid linoleik juga sama pentingnya seperti asid amino tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia, ianya hanya boleh diperolehi melalui makanan. Ianya sangat penting untuk kanak-kanak (potong gel dan campurkan bersama makanan), remaja yang membesar, orang dewasa dan juga bagi wanita yang telah menopaus dan lelaki yang telah andropaus (menopaus bagi lelaki)

Berapa harga GLA Complex Shaklee?
Harga runcit untuk GLA Complex Shaklee ini ialah hanya RM91.25


2 comments.. read them below or add one

Fiqa Nsz Fiqa Nsz 16 Mei 2014 10:09 PG
[Infinite Last Romeo Giveaway by Fiqa Nsz]
Jangan lepaskan peluang untuk merebut hadiah menarik yang ditawarkan!
Top Refferal bakal membawa pulang hadiah album Infinite Last Romeo [official original album],
Cabutan bertuah pula mencari seramai sembilan pemenang untuk merebut hadiah seperti MP3 shuffle, Infinite Replica Jersey, Notebook, Infinite Key Holder dan topup!

Giveaway ini berlansung selama sebulan iaitu dari 15 May sehingga 15 Jun 2014.
Jom sertai sekarang sebelum terlambat!

http://fiqansz.blogspot.com/2014/05/infinite-last-romeo-giveaway-by-fiqa-nsz.html

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.