Hari Guru 2014 Giveaway RM100




Click banner to join

Assalamualaikum semua
Hari ini, 16 Mei merupakan Hari Guru.

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru-guru yang pernah mengajar saya dari kecil sampai sekarang. Terima kasih yang tidak terhingga buat guru-guru di Pasti Al-Hidayah, Sekolah Kebangsaaan Kor, Sekolah Menengah Kebangsaan Mulong, Maktab Rendah Sains Mara Jeli, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Universiti Malaysia Terengganu.

Begitu banyak guru-guru yang ingin saya sebutkan. Terima kasih buat semua cikgu, teacher, ustazah, sir, mr, miss, madam, doktor dan prof.

Saya bangga mempunyai guru-guru seperti kalian semua. 

Tidal lupa juga buat guru Shaklee, yang banyak mengajar saya jatuh bangun dalam dunia perniagaan ini iaitu iR Suriya Majid dan Master Lyna Noh.

Ucapan Hari Guru ini juga ditujukan buat rakan-rakan yang bergelar pendidik. Setahun yang lalu, saya merupakan seorang pendidik di sebuah kolej swasta. Atas sebab yang tidak dapat dielakkan, saya mengambil keputusan untuk berhenti dan pulang ke kampung halaman.

Apa yang boleh saya kongsikan, begitu indah bergelar seorang pendidik ini. 

Guru yang paling bermakna dalam hidup saya iaitu kedua orang tua saya yang banyak mendidik saya sehingga menjadi seseorang pada hari ini.

Apa yang saya harapkan, doakan saya dapat mengembirakan hati semua guru-guru saya,

Dari jauh, Selamat Hari Guru dan saya doakan guru-guru saya sentiasa dipermudahkan urusan dan sentiasa sihat supaya sentiasa dapat beribadat kepada Allah swt.

Salam Sayang,
Norliyana Madrus.

{ 9 comments.. read them below or add one }

Norhasniza Khalid Norhasniza Khalid 16 Mei 2014 7:54 PTG
Selamat Hari Guru ye...semoga berjaya
Faizal Mohamad Twon Tawi Faizal Mohamad Twon Tawi 20 Mei 2014 10:53 PG
salam

Good Luck! saya dari GA yang sama

http://syukurnyasihat.blogspot.com/2014/05/giveaway-rm100-tunai-sempena-hari-guru.html
ieta mat sa'ad ieta mat sa'ad 22 Mei 2014 1:04 PTG
As salam. Moga berjaya. Saya singgah dari GA yang sama ^__^
Hari Guru 2014 Giveaway RM100
yang baik Ishak yang baik Ishak 22 Mei 2014 11:57 PTG
jasa dan pengorbanan guru wajib dihargai semoga ilmu diberkati.
YB datang dari segmen yang sama no. 17. :)

http://yangbaik.blogspot.com/2014/05/hari-guru-2014-giveaway-rm100.html
HASRUL HASSAN HASRUL HASSAN 26 Mei 2014 12:48 PG
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Saya ingin mengucapkan selamat berjaya kepada peserta GA sempena Hari Guru ini.

Dan terima kasih kerana sudi join GA ini.

Saya akan umumkan pemenang-pemenang untuk GA ini pada 26 Mei 2014. Dan harapan saya semua peserta telah pun blogwalking ke blog peserta-peserta lain memandangkan masa bertenang saya berikan agak lama.

Tahniah diucapkan terlebih dahulu seandainya terpilih menjadi pemenang kelak.

SELAMAT HARI GURU 2014

HASRULHASSAN.COM

#Komen ini adalah komen standard ditulis kepada semua peserta GA ini. :)

Iola Iola 26 Mei 2014 9:12 PTG
hai ^^ malam ni nak blogwalk puas puas..dari segmen yang sama ^^ all the best ya..jom lawat blog saya pula :)

http://iolacaviarofficial.blogspot.com/2014/05/giveaway-rm100-tunai-sempena-hari-guru.html

Pihak EELLEEBEAUTY sangat menggalakkan komentar dari para pengunjung di ruangan komen yang disediakan. Namun kami berharap para pengunjung dapat memberikan komen yang positif dan mengelakkan komen berbaur politik atau perkauman. Segala komentar yang dilontarkan adalah pendapat peribadi pengunjung tersebut dan tiada kaitan dengan pendapat kami.